Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Sperma yang berkualiti rendah

Sperma yang berkualiti rendah

 

sperma

“Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.

 

Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.

 

Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.

 

Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :

 

1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan bahan genetiknya.

Pada permukaan di ujung kepala sperma terdapat  enzim hialuronidase dan proteinase yang berfungsi untuk menembusi lapisan  ovum.

2.  Leher  yang menghubungkan  kepala dengan badan.

 

3.  Badan   mengandungi  mitokondria yang berfungsi sebagai penghasil tenaga  untuk pergerakan sperma.

 

4.  Ekor  berfungsi untuk mendorong sperma bergerak ke hadapan.

 

Sebarang kecacatan pada kepala, leher, badan dan ekor sperma dikatakan sebagai sperma yang mempunyai kualiti yang rendah.

 

Kecacatan pada kepala yang mengandungi genetik yang rosak juga  akan  menghasilkan janin yang lemah dan mudah keguguran di awal kehamilan.

 

Kecacatan pada kepala di mana jika sperma mengalami kekurangan enzim hialuronidase dan proteinase, akan menyebabkan sperma gagal menembusi  permukaan telur ovum dan kedua-dua sperma dan ovum tidak dapat disenyawakan.

 

Kecacatan pada badan dan ekor akan menggagalkan pergerakan sperma menuju kepada ovum, dan sperma gagal disenyawakan dengan ovum.

 

Oleh itu saya mencadangkan agar saudara mengambil suplemen Proxeed Plus dan Co enzyme Q10. vitamin C dan vitamin E sebagai menggalkan pembentukan sperma yang matang dan sihat.

 

Boleh mendapat info di  https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia.

 

Wallahu a’lam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: