Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Motivasi » Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

wad hospital

 
Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi.

 

Alhamdulillah dia tetap menjalankannya.

Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga.

Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya.

Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah. Begitulah rutinnya.

Selepas pemeriksaan terakhir dibuat, 3 bulan selepas kalau tak silap saya, doktor sangat terkejut. Doktor tidak menjumpai di mana kanser tersebut!

Sehinggakan doktor berkata ‘Where is your kanser? Where? Where?’. Doktor sehingga mengatakan, anda seperti tidak pernah terkena sakit tumor! Doktor India tu sangat terkejut dan bertanya apa yang di makan oleh kawan saya tu.

Kawan saya hanya menjawab “saya banyak berpuasa. Jarang sekali makan. Itu pun hanya ubat ubatan yang diberi. dan saya sangat percaya Tuhan saya. Saya minta sihat dari Dia”.

Subhanallahhh. Begitulah kisahnya. Alhamdulilah sahabat saya itu kini sihat walafiat malah dapat bekerja seperti biasa. Inilah kehebatan menyakini Rabb kita, sungguhpun doktor telah mengesahkan kita akan tiada harapan. Namun Allah lebih mengetahui.

Seperti yang dikongsi oleh Runtun Qalbu di fanpage https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: