PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN

“Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”.

Waalaikumussalam.

Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.

Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.

Antara puncanya ialah:

1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan yang banyak. Kitaran haid juga menjadi tidak teratur menyebabkan ketidaksuburan kerana tiada ovulasi.

2. Fibroids iaitu ketumbuhan yang tidak berbahaya yang berlaku dalam rahem.

3. Endometriosis

4. Jangkitan kuman di kawasan pelvis (Pelvic Inflammatory Disease) terutamanya kuman chlamydia yang harus dirawat dengan antibiotik.

4. Endometrial Polyps, iaitu ketumbuhan yang tidak bahaya dalam rahem .

5. Endometrial Cancer iaitu ketumbuhan yang bahaya dalam rahem tetapi ia jarang berlaku.

6. Hypothyroidism iaitu  masalah kekurangan hormone thyroid.

7. Wanita yang menggunakan alat pencegah kehamilan ‘intrauterine contraceptive device’ (IUCD) juga mengalami masalah ini.

8. Pesakit yang menggunakan ubat pencair darah seperti warfarin.

9. Pesakit yang mempunyai penyakit ‘darah cair’.

10. Wanita yang baru menghentikan pengambilan pil atau suntikan pencegah kehamilan.

Jadi saya mencadangkan jika seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang banyak setiap bulan, haruslah berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan.

Carilah doctor wanita yang berpengalaman yang dalam melakukan pemeriksaan dalaman dengan sempurna dan baik.

Jika puan hanya mengalami masalah ketidakseimbangan hormone, saya mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM sebagai suplemen bagi memulihkan kitaran haid puan.

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!