Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL  

dental check up

 

“Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,

 

Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun seusia 6 minggu? Adakah besar keberangkalian terkena jangkitan? Benarkah sewaktu mengandung tak boleh mencabut gigi? Dan juga sebelum tu saya ada melalukan x ray gigi. Itu sahaja soalan saya. Mohon nasihat dan penjelasan dari doc jika tak keberatan. Terima kasih. Wassalam”  

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil.   Oleh itu lakukanlah pembersihan gigi dan pemeriksaan dental setiap tahun walaupun sedang hamil bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada gigi dan gusi. Ia selamat, malah digalakkan.

 

Ada beberapa kajian yang mengaitkan jangkitan di dalam mulut dan gusi pada wanita hamil dengan kelahiran pramatang. Namun ini tidak berlaku pada semua wanita hamil.   Saya menasihatkan wanita yang hamil, supaya mengurangkan prosedur-prosedur yang agresif ketika pemeriksaan gigi. Beritahu doktor bahawa anda sedang hamil, dan umur kehamilan.

 

Prosedur-prosedur yang agresif haruslah diminimakan ketika tempoh kehamilan. Ini termasuk menampal (filling) menggunakan amalgam.   Ia haruslah dielakkan ketika berada dalam fasa trimester pertama. Belum banyak kajian tentang kesan amalgam pada bayi dalam rahem. Ini tidak bermakna amalgam selamat digunakan oleh wanita hamil. Oleh itu elok tangguhkan prosedur agresif itu kecuali ianya amat perlu dilakukan seperti kes mencabut gigi yang sudah rosak teruk (a root canal atau tooth extraction).

 

Jika perlu menampal gigi untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman pada gigi, seelok-eloknya dilakukan selepas umur kehamilan mencapai fasa trimester kedua.   Apabila telah memasuki fasa trimester ketiga, wanita hamil tidak lagi selesa untuk berbaring di atas kerusi dental kerana berat bayi akan memberi tekanan pada abdomen. Jika boleh, tangguhkan sehingga melahirkan bayi.

 

Prosedur seperti pemutihan gigi haruslah ditangguhkan sehingga melahirkan anak. Ini akan mengurangkan apa jua risiko kepada bayi.

 

Wanita hamil juga boleh mengunakan ubat kumur yang mengandungi chorhexidine iaitu antiseptic yang boleh digunakan jika gusi terlalu bengkak dan sensitif hingga mengeluarkan darah ketika memberus gigi.   Inilah perlunya wanita hamil memberitahu doctor tentang kehamilannya.

 

Beberapa ubat antibiotik yang digunakan adalah selamat. Antibiotik yang diberikan oleh doktor biasanya dalam kategori B yang selamat digunakan semasa hamil.

 

Begitu juga dengan ubat bius, sebagai contoh Lidocaine yang digunakan sebagai pelali tidak menjejaskan bayi dalam rahem kerana jumlahnya sedikit.   Malah suntikan ke gusi hanya menyebabkan rasa kebas pada tempat yang disuntik, bukannya ke seluruh badan.   Selalunya doktor akan memberikan pada dos yang minima.

 

Setakat ini belum ada lagi bukti kajian santifik yang menunjukkan bius yang disuntikkan di gusi ketika prosedur dental memberikan kesan negatif pada bayi.   Walaupun dos yang diberikan minima, pesakit haruslah berasa selesa ketika rawatan diberikan. Jangan menahan sakit kerana akan memberikan ‘tekanan’ (stress) pada pesakit dan bayi. Mintalah ditambahkan ubat bius jika perlu.

 

Pemeriksaan x ray perlu dielakkan pada wanita hamil terutama pada fasa trimester pertama kerana pembentukan organ janin sedang berlaku. Tangguhkan sehingga melahirkan bayi kecuali jika ia benar-benar perlu.   Walaubagaimanapun menurut American College of Radiology, mengesahkan bahawa  satu dos sinaran x ray tidak memberikan kesan kepada bayi dalam rahem, apatah lagi jika bayi telah cukup sifatnya.Ini kerana kedudukan rahem adalah jauh dari gigi yang di xray. Kedua, penggunaan apron yang mengandungi pelindung akan menghalang sinaran xray sampai kepada bayi.

 

Bagi wanita yang telah menjalani semua prosedur yang saya sebutkan tanpa mengetahui kehamilan mereka, tiada banyak yang bleh dilakukan.   Banyakkanlah berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk kehamilan kita kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.  Banyakkan bersedekah semoga ALLAH selamatkan kehamilan puan.

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: