Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kualiti Udara Dalam Rumah Juga Perlu Diberikan Perhatian

Kualiti Udara Dalam Rumah Juga Perlu Diberikan Perhatian

KUALITI UDARA DALAM RUMAH JUGA PERLU DIBERIKAN PERHATIAN

 

mask

 

“Salam doctor. Saya pesakit asthma yang agak teruk, pernah dalam sebulan, saya dimasukkan ke dalam wad sebanyak 4 kali. Saya telah melakukan terbaik untuk mengelakkan diri dari melakukan aktiviti luar, banyak minum air dan menggunakan penutup muka bagi apabila berada di luar rumah. Bagaimana cara lain untuk saya lakukan agar saya kurang diserang asthma?. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Apabila kita bercakap tentang pencemaran udara, kebanyakan orang menumpukan semata-mata kepada kualiti udara di luar rumah dan terlepas pandang bahawa udara di dalam rumah boleh tercemar juga.

 

Pencemaran udara di bandar-bandar utama Asia Tenggara merupakan antara yang paling teruk di dunia, menyumbang kepada kematian kira-kira 500,000 orang setiap tahun akibat penyakit kronik yang melibatkan saluran pernafasan.

 

Apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih tinggi daripada biasa terutama dalam suasana berjerebu, doktor selalunya menasihati pesakit untuk mengelakkan aktiviti luar.

 

API 1

 

API 2

 

Di Malaysia, kualiti udara biasanya diukur dengan menggunakan indeks API yang mengukur  lima bahan pencemar utama di udara: sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida, zarah dengan diameter kurang daripada 10 μm dan paras bumi ozon.

 

Kenderaan bermotor, pembersihan hutan, pembakaran terbuka dan kebakaran hutan, penjanaan kuasa, aktiviti pembangunan dan industri adalah sumber utama pencemaran udara yang utama di Malaysia.

 

Walau bagaimanapun, satu penyelidikan baru-baru ini yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) dan Kesihatan Kanada menunjukkan bahawa tinggal di dalam rumah mungkin tidak dapat untuk mengelakkan pencemaran udara.

 

Pencemaran udara di dalam rumah mungkin lebih buruk daripada yang di luar, terutamanya berpunca dari bulu dan rambut manusia dan haiwan peliharaan, dan serat dari pakaian dan permaidani.

 

Untuk memastikan kesihatan yang baik, terutama pada pesakit yang mengalami penyakit pernafasan seperti asthma yang teruk, adalah penting untuk memastikan kualiti udara di dalam dan di luar rumah adalah optimum.

 

Sudah tentulah pesakit kronik yang melibatkan saluran pernafasan terpaksa menggunakan penapis udara untuk mendapatkan udara yang lebih bersih. Ini sajalah cara yang terbaik untuk mengurangkan kekerapan mereka diserang masalah sukar bernafas, terutamanya pesakit asthma.

 

Wallahu a’lam

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!