Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » bilangan pletelet rendah dalam darah

bilangan pletelet rendah dalam darah

BILANGAN PLATELET DARAH KURANG DALAM DARAH 

 

platelet

“Salam doktor. Boleh doctor  terangkan mengapa platelet darah boleh rendah. Sebelum ini anak saya berusia 1thn mengalami demam panas suhu antara38-39°c. Bila buat pemeriksaan demam denggi adalah -tive. Bacaan platelet awal 174 dan hr ke3 menjadi 129. Demam sudah tiada tp tanda demam campak kelihatan. Bagaimana saya hendak menaikkan bacaan platelet darah anak saya?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Jmlah platelet dalam darah yang rendah dinamakan “Thrombocytopenia”.  Platelet adalah sel darah yang penting dalam pembekuan darah.

 

Bacaan platelet yang normal antara 150,000 hingga 450,000 per mikroliter.  Jika kurang dari 150 000, bermakna pesakit mengalami thrombocytopenia.

 

Jika bilangannya berkurangan, dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan luaran atau dalaman yang tidak berhenti sehingga menyebabkan kematian terutama apabila bilangan platelet kurang dari 15 000.

 

Kekurangan sel darah ini disebabkan oleh jangkitan virus  seperti denggi, leukemia, masalah sistem pertahanan tubuh, atau kesan sampingan ubat.

 

 

Selain dari pemeriksaan darah, ia dapat dikesan apabila ada tanda-tanda seperti :

 

1. Kulit mudah menjadi lebam walaupun hanya dicubit perlahan

2. Pendarahan ke dalam kulit yang dilihat sebagai ruam bintik-bintik merah, biasanya pada bahagian peha dan betis.

3. Pendarahan luka yang sukar berhenti

4. Pendarahan spontan dari gusi atau hidung

5. Pendarahan  dalam air kencing atau najis

6. Bagi wanita, ia menyebabkan aliran darah haid yang banyak secara luar biasa

 

Thrombocytopenia dirawat dengan mengenal pasti punca penyakit atau keadaan yang menyebabkan thrombocytopenia. Apa bila rawatan yang sempurna diberikan tubuh dapat menghasilkan sel-sel darah platelet dengan mencukupi.

 

Bagi kurangan  platetlet yang serius, pemindahan darah kepada pesakit dilakukan. Tiada ubat yang spesifik bagi meningkatkan bilangan platelet darah.

 

Oleh itu beberapa petua boleh diamalkan iaitu dengan memakan sop ketam dan rebusan daun betik. Belum banyak kajian mengenai keberkesanan petua ini, namun ia berbaloi dan tidak berbahaya untuk dicuba.

 

Wallahua’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: