Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?

Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami.

Perlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?

Saya menjawab, “Berkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan”.

Doktor, selama ini saya tidak pernah berkhatan. Tidak ada kekurangan pun. Keperluan apa? Doktor bersekongkol dengan mereka yang menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka!”

Saya tergamam dengan dakwaan itu. Saya mencari-cari punca. Mengumpulkan segala rasional untuk menjawab dakwaan itu.

Satu hadis bermaksud,

Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai”. ( Riwayat Muslim)

Hadis itu tidak mengkhususkan kepada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berpendapat bahawa, hadis-hadis yang mewajibkan khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khatan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan ianya harus bagi wanita. Ia digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika ia merosakkan wanita.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009  telah memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walaubagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Suatu penderaan atau penghormatan?

Namun begitu ada suara-suara yang menyatakan kerisaukan terhadap amalan berkhatan pada kanak-kanak perempuan terutama yang disuarakan oleh World Health Organization (WHO).

Kaedah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w sebenarnya menjelaskan kekeliruan dan salah faham ini.

Dalam satu riwayat hadis:

Seorang wanita (Umm Atiyyah) biasa melakukan khatan di Madinah. Nabi s.a.w berkata kepada beliau : ”Janganlah potong keterlaluan kerana adalah ia baik bagi seorang wanita dan lebih disukai oleh suami” Sunan Abu Dawûd, Bab 41, #5251.

Begitu juga dengan satu hadis dari  Al-Tabarani menyebut :

“Potonglah kulit luar (kulit yang menutupi clitoris) dan janganlah potong terlalu dalam (sehingga memotong clitoris itu sendiri), ianya akan menceriakan wajah (bagi gadis) dan disukai oleh suami”

Kaedah berkhatan yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w ialah membuangkan sebahagian kecil kulit yang menutupi clitorisnya (dinamakan prepuce). Baginda juga dengan jelas menegah melakukan khatan secara keterlaluan (membuang clitoris) kerana boleh membahayakan bayi perempuan itu dan akan mengurangkan kehendak (desire) terhadap suaminya.

Ramai yang beranggapan bahawa dengan melakukan khatan, akan mengurangkan syahwat wanita itu dan menghalangnya kepada sesuatu maksiat.

Namun saya berpendapat bahawa tujuan berkhatan adalah sesuatu yang berbeza. Ia merupakan suatu penghormatan kepada wanita Islam dengan menghargai sensiviti wanita terhadap kehendak seksualnya, dan menuju kebahagian rumahtangganya.

Perkataan “…akan menceriakan wajah (bagi gadis) dan disukai oleh suami” memberikan indikasi bahawa Islam amat sensitif dan prihatin kepada keperluan naluri wanita. Jika keperluan seksnya dapat dipenuhi oleh suami, tentu saja ia menyumbangkan ke arah pembersihan jiwa wanita itu.

Dengan membuang kulit yang menutupi clitoris akan menyebabkan seseorang wanita itu mudah mendapat klimax (orgasm) ketika berjima’ bersama suaminya. Clitoris yang terdedah mudah untuk dirangsangkan berbanding jika tidak dikhatan kerana kulit prepuce yang menutupi clitorisnya.

Kaedah-kaedah berkhatan

a) Membuang kulit yang menutupi (prepuce) clitoris saja. Ianya sama dengan kaedah mengkhatankan kanak-kanak lelaki. Organ kelamin tidak dicederakan. Ianya adalah berkhatan secara ’sunnah’. (rujuk rajah TYPE I)

b) Membuang prepuce, clitoris (clitorectomy) bersama sebahagian labia minora, kemudian dijahit dan hanya untuk meninggalkan pembukaan saluran kencing dan faraj. Ini suatu kezaliman dan mencacatkan. (rujuk rajah TYPE II)

c) Membuang keseluruhan clitoris, labia minora dan sebahagian labia majora, lalu dijahit dan meninggalkan pembukaan kecil untuk saluran kencing dan faraj (air kencing dan darah haids keluar dari lubang yang sama). Kaedah ini dinamakan  Pharaonic dan amat jelas kezalimannya dan melakukan kecacatan yang ketara dan kekal. (rujuk rajah TYPE III)

Ini jelas bahawa cara kedua dan ketiga bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Rasullullah s.aw. Ianya menyalahi Shari’ah yang mengharamkan kita membuang mana-mana bahagian anggota kita.

Kedua-dua kaedah (b) dan (c)  adalah suatu kezaliman dan dilakukan oleh mereka yang jahil agama.

Apakah wanita diharamkan menikmati kepuasan seks?

Islam tidak menghalang wanita menikmati kepuasan seks secara halal (berkahwin) sebagai mana lelaki juga dibenarkan menikmatinya. Malah Islam membenarkan seorang wanita menuntut cerai jika suaminya gagal memberikan kepuasan seks secara nyata (akibat kelumpuhan atau gila).

Berkhatan secara zalim dengan membuang clitoris atau/dan mengecilkan pembukaan lubang farajnya adalah suatu yang tidak dapat diterima akal. Ianya menghalang wanita yang sudah berkahwin menikmati hubungan bersama suaminya. Ia adalah kekeliruan antara keperluan syariah dengan kebiasaan adat.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (061210)

14 comments

  1. Dr, saya just nak tau… sy dah berkahwin 5thn, anak 2, umur 29, and bagi saya, saya tak pernah rasa nikmat sex itu… and saya tak rasa sex itu seronok.. saya nak tahu, adakan itu berkaitan dgn khatan masa kecil saya? mana tau, masa kecil2 takat bidan kpg yg buat… and mereka mgkin dah memotong sehingga bhgn clitoris? mcm mana kita nak tahu?? thanks Dr..

    • Kepuasan seks itu bukan setakat clitoris saja puan. Apa yang penting hubungan antara suami dan isteri. Eloklah berjumpa dengan mana2 kaunsellor yang boleh membantu jika ianya penting bagi puan. Banyak perkara akan ditanya dan diperbincangkan. Saya bukan kaunsellor.

  2. assalamualaikum dr! Tahniah n pembaca berpuas hati dgn penjelasan itu. Memang menepati dr segi fakta islam-fekah-sains-fitrah-hukum alam. Terima kasih doc

  3. Assalamualaikum doktor. Saya rase bersyukur kerana di pertemukan dengan blog doktor nie. Kebetulan saya mencari2 diskusi berkenaan dengan berkhatan bagi bayi perempuan. Saya mempunyai anak perempuan yang sudah berumur 1 tahun 6 bulan tetapi saya tidak pasti samaada anak saya sudah menjalani proses berkhatan selepas sahaja di lahirkan. Salah saya juga kerana memandang ringan perkara ini sehinggalah ibu saya memberitahu supaya cepat2 menghantar anak saya untuk di selesaikan proses berkhatan ini. Saya ingin bertanyakan kepada doktor, di manakah tempatnya untuk saya pergi mendapatkan khidmat berkhatan oleh doktor yang bertauliah. Kalau boleh tidak lah jauh dari rumah kami iaitu di semenyih. Pertolongan doktor amatlah saya hargai. Terima kasih.

    • Wa alaikum mus salam… Maaf puan saya tidak ada kawan2 di semenyih. Puan boleh bertanya dengan klinik2 yg diuruskan oleh org Islam kita (tahu melalui nama klinik). Tanyakan pada staff pendaftaran. Insya Allah mudah. Sebelum berkhatan cuba tanyakan bagaimana dia menjalankan proses khatan itu.. wa allahu a’lam.

  4. assalamualaikum dr.

    cume ingin bertanye, ade had umur yg sesuai utk khitan bayi perempuan?

    terima kasih..

    • Wa alaikum mus salam, had umur bagi kanak-kanak perempuan apabila dia bukan lagi kanak-kanak kerana apabila sudah remaja dia mempunyai persaan malu, maka maruahnya harus dijaga. Apatah lagi banyak perbahasan tentang tuntutan berkhitan di kalangan kanak-kanak perempuan.

  5. Selamat sejahtera….Bayi perempaun saya baru beusia 38 hari… ade kah di klinik kesihatan ade menyediakan perkhidmatan berkhitan untuk bayi perempuan.. saya di putrajaya..

  6. Assalamualaikum Dr,
    Anak perempuan saya sudah berusia 5 tahun dan belum berkhatan. Soalan saya perlukan kaedah pembiusan digunakan bagi mengurangkan kesakitan dan bagaimana pula dengan kosnya? terima kasih.

    • Assalamualaikum Dr, Anak perempuan saya sudah berusia 5 tahun dan belum berkhatan. Soalan saya perlukan kaedah pembiusan digunakan bagi mengurangkan kesakitan dan bagaimana pula dengan kosnya? terima kasih.

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Boleh lakukan dengan cara bius pengsan (general anesthesia) di mana-mana hospital swasta, kos dalam RM1500-2000. Saya cadangkan agar berbincang dengan pakar paediatric surgeon untuk keterangan lebih lanjut di mana2 hospital swasta atau kerajaan.

  7. Salam dr…ank sy telah dikhatankan oleh bidan kg ketika berumur 45hr..namun,selesai proses berkhatan dilakukan,tiada darah pada kapas yg digunakan dan ini bermakna tiada darah yg keluar..soalan sy adakah dibenarkan dlm islam cara ank sy dikhatankan di mana tiada darah keluar..sekiranya salah adakah ank sy boleh dikhatankan sekali lg dan adakah boleh dibezakan sama ada telah berkhatan ataupun sebaliknya sekiranya sy mmbuat pemeriksaan di klinik?

    • Salam dr…ank sy telah dikhatankan oleh bidan kg ketika berumur 45hr..namun,selesai proses berkhatan dilakukan,tiada darah pada kapas yg digunakan dan ini bermakna tiada darah yg keluar..soalan sy adakah dibenarkan dlm islam cara ank sy dikhatankan di mana tiada darah keluar..sekiranya salah adakah ank sy boleh dikhatankan sekali lg dan adakah boleh dibezakan sama ada telah berkhatan ataupun sebaliknya sekiranya sy mmbuat pemeriksaan di klinik?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat bahawa sama ada keluar darah atau tidak, itu tidak penting, tetapi struktur yang harus dibuang haruslah tiada lagi di kemaluan bayi. Ini kerana potongan itu terlalu kecil ada kalanya tidak mengeluarkan darah, tetapi pemeriksaan doktor boleh bezakan sama ada bayi Puan Ira telah menjalani khatan yang sempurna atau tidak.

  8. Assalamualaikum Dr.

    Atas ketidakpekaan saya dahulu, anak perempuan saya yang sekarang ini berumur 2 tahun 7 bulan masih belum berkhitan.
    Bagaimana utk saya melaksanakan proses itu dan apakah kaedah terbaik utk berkhitan bagi kanak2 perempuan berumur 2-3 tahun?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top