Tidak Datang Haid Selama 6 Bulan

Saya menerima email dari seorang wanita, sekembalinya saya dari bercuti di Kuala Lumpur. Saya amat bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi.

“Salam, drzubaidi..

Saya ingin bertanya masalah saya. Saya telah berkahwin pada bulan Febuari 2011. Kali terakhir saya kedatangan darah haid pada bulan April 2011, selepas itu saya tidak mengalaminya sehingga sekarang. Saya sangat risau kerana sebelum ini saya tidak pernah mengalami masalah ini.

Saya melakukan ujian UPT dan mendapatinya negative. Perut saya menjadi kembung seperti wanita hamil dan saya sering muntah. Saya mengalami kelesuan dan rakan-rakan memberitahu muka saya pucat. Saya rasa letih dan mengantuk. Kemudian masalah-masalah itu hilang dengan sendirinya.

Kali terakhir saya pergi ke klinik kerajaan pada Ogos lalu untuk pemeriksaan. Doktor kemudian mengarahkan saya untuk mengambil ubat untuk “turun darah” yang boleh didapati dari klinik swasta. Saya tidak berani kerana saya hairan mengapa doktor menyuruh saya mendapatkannya di tempat lain dan bukan di klinik kerajaan itu sendiri.

Saya harap doktor memberikan sedikit panduan untuk saya.

Wanita bermasalah,

AYER KEROH MELAKA (091011)”

 

Wa’alaikumussalam. Saya doakan puan diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian yang diberikan olehNYA.

Puan bukanlah orang yang pertama dan terakhir menghadapi masalah ini. Masalah puan adalah masalah yang sering ditanyakan kepada saya ketika bertugas di Pusat Kesihatan dan melalui email.

Dalam bahasa perubatan, apabila seorang wanita tidak kedatangan darah haids yang lama, wanita itu dikatakan sebagai mengalami “amenorrhoea”.

Amenorhoea bukanlah fenomena yang normal kecuali pada kanak-kanak perempuan yang belum baligh, wanita hamil, wanita yang telah memasuki fasa menopause, atau wanita yang telah menjalani pembedahan mebuang rahem (hysterectomy). Mereka tidak mengalami kadatangan haid dan fenomena ini adalah normal.

Bagi masalah puan, keadaan ini dinamakan sebagai “secondary amenorrhea”, iaitu darah haid tidak datang kerana disebabkan penyakit. Oleh kerana kitaran haid seorang wanita sememangnya agak kompleks, jadi ia melibatkan banyak organ, kelenjar dan hormon.

Sebenarnya banyak punca kelewatan haid yang lama seperti mana yang puan hadapi. Bagi wanita yang bekerja, stress di tempat kerja boleh menyebabkan kelewatan haids.

(Saya ada menulis dalam blog berkenaan ini di s i n i)

Selain daripada stress, kegemukan (obesiti) juga boleh menyebabkan masalah ini. Ramai wanita yang tidak menyedari berat badan mereka semakin bertambah, dan akhirnya mereka mengalami masalah kitaran haid.

Begitu juga jika seorang wanita terlalu kurus, sama ada berpunca dari tidak ada selera makan atau mengawal pemakanan dengan sengaja untuk kelihatan kurus. Wanita yang melakukan aktiviti fizikal secara aktif juga boleh mengalami masalah yang sama. Hal ini saya telah kupas di s i n i.

Kemurungan juga mengganggu kitaran haids. Seperti stress, kemurungan akan mengganggu keseimbangan saraf dan hormone dalam otak. Keadaan menjadi lebih rumit, jika masalah kemurungan  menyebabkan wanita itu terpaksa mengambil ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang merawat kemurungan boleh menyebabkan kelewatan haid yang lama.

Selain dari itu, wanita yang mengalami masalah penyakit kronik juga menghadapi masalah ini. Penyakit-penyakit kronik seperti Pulmonary Tuberculosis, SLE, penyakit yang melibatkan kelenjar thyroids, Polycystic Ovarian Cyst (PCOS) dan selepas menjalani pembedahan yang besar akan menyebabkan ketidakseimbangan ini.

Oleh kerana banyak punca, maka cara terbaik mengesan punca ketidakseimbangan hormone ini dengan cara melakukan beberapa ujian.

Antara ujian yang dilakukan ialah dengan cara memberikan ubat “turun darah” yang sebagaimana difahami oleh kebanyakan wanita. Ujian ini dinamakan “Progestin withdrawal test”.

Selalunya doktor akan memberikan ubat hormon progesterone selama 7 hingga 10 hari. Setelah beberapa hari tidak memakan ubat itu lagi, darah haid akan keluar. Oleh itu menggunakan ‘pil turun darah’ bukanlah rawatan yang terbaik kerana ia lebih kepada ujian bagi mengesan punca ketidakseimbangan ini secara kasar.

Cara terbaik ialah dengan melakukan beberapa ujian darah untuk mengetahui kandungan hormone progesterone, prolactin, estradiol dan testosterone, FSH dan  LH.

Pemeriksaan ultrasound pada abdomen (trans-abdominal) atau melalui faraj (trans-vaginal) juga harus dilakukan untuk melihat struktur pada rahem dan organ ovari.

Pemeriksaan CT scan kepala dan otak dicadangkan jika doktor mengesyaki pesakit mengalami ketumbuhan kelanjar pituitary.

Jadi rawatan kepada masalah ini bergantung kepada puncanya. Oleh kerana puan masih lagi belum mempunyai anak, saya menasihatkan agar puan melakukan pemeriksaan yang lengkap kerana masalah kitaran haid ini saling berkait rapat dengan kesuburan. Pemeriksaan bagi masalah ini akan menyelesaikan masalah tidak datang haid dan kesuburan puan sekaligus.

Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (121011)

Rujukan:

Master-Hunter T, Heiman DL. “Amenorrhea: evaluation and treatment” Am Fam Physician. 2006;73:1374-1382.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

69 comments

  1. Salam Dr..

    Sy ingin minta penjelasan dari Dr tentang masalah sy… Last sy period pertengahan bulan march..dan selepas itu langsung tiada haid.. berat badan sy memang makin bertambah..

    Dr ada berikan sy ubat turun darah..selepas seminggu sy makan ubat, period sy kluar jugak sehingga hari ke 8..

    dan sekarang sy memang sedang usaha utk turunkan berat badan sy..

    adakah selepas sy makan ubat turun darah, peluang sy untuk hamil sudah tiada? ada kesan sampingan ke?

    untuk pengetahuan Dr, sebelum berkahwin period sy dua bulan sekali sj..

  2. salam, saya nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan”Policystis Ovarian” adakah ianya mebahaya? adakah seseoarang wanita akan mandul disebabkan penyakit ini?apakah tanda-tanda awalnya ?

  3. assalam..dr sy juga mengalami kitaran haid yang tak teratur sejak bln 4 2011..dr ada menyarankan agar sy mkn ubat turun darah haid selama 3 hari..n selepas 4 hari haid sy turun tp yg sy musykilkan hanya lendir sahaja yg turun pada hari pertama n kedua..pada hari ketiga hanya lendir putih sahaja..dr tersebut ada memberikan pil progyluton n meminta saya mkn pil tersebut pada hari pertama kedatngan haid..dengan keadaan haid saya yang sebegitu, sy was2 untuk mkn progyluton yang dibekalkan..saya dah mkn pil tersebut pada hari pertama haid..adakah perlu sy menghentikan pengambilan progyluton?apakah fungsi sebenar dan kesan sebenar progyluton?adakah pil tersebut menyebabkan haid sy hanya keluar lendir sahaja?terima kasih dr..

  4. salam…dr.sye pnh menggunakan injection utk family planning.lbih kurang 7bulan kitaran haid saye tepat dan sejak bulan 7 hingga sekarang saye tidak lgi period n berat badan bertambah…sye cube utk berdiet tapi berat tidak jugak turun.adakah penyebab saya tidak period menyebabkan berat saya bertambah??ape yang perlu saye lakukan…bantulah saye…terima kasih.

  5. assalammualaikum Dr…. sy sudah 3 tahun berkahwin tetapi blom dikurniakan zuriat… sy xpernah miss period tetapi sejak drpd menjalani pembedahan appendiks pd bln 10 period sy tersangkut pd bln 10 Dan period pd bln Nov…. sekarang sy baru habis period tetapi slit je Kali nie period sy agak pelik sgt sbb darah xbyk cuma byk kluar clogs atau setups mcm ketulan daging… adakah ini kesan sampingan drpd bius terlalu byk ketika pembedahan….?

  6. assalamualaikum..
    Dr..sy sdh 11 bln xdtng haid..
    sy dah ada sorang ank..tpi sy dah b’cerai gan suami sy..
    selepas sy b’salin dulu haid sy mmg normal..
    tpi sejak bln 1 thn lalu haid sy t’tiba stop d situ dan xdatang sampai la skung.. berat bdn sy naik m’dadak s’hingga 20kg.. padahal sy dah kawal p’makanan sy..tpi berat sy tetap m’naik..sampai2 sy dah 2bln xmkn nasi..
    risau akn k’gemukan..
    pinggang sy slalu rasa sakit..
    bkn sbb sy penat..
    klu sy duduk sy mesti rsa k’sakitan ini..
    s’belum nie xpernh b’laku..
    tpi selepas sy xdtng haid..
    sy slalu je derita sbb sakit pinggang..
    nk b’diri lama ckit pun xble dah..
    posisi baring je yg bwat sy xpernh rsa sakit kat pinggan nie..
    tolong sy Dr,..sy xtau nk bwat apa lgi.. sy msh muda bru b’usia 20thn..tpi sy dah alami sakit mcm nie..bdn pun lemah dan sy rasa xlarat nk bwat apa aktiviti pun..di sbbkn k’sakitan yg sy alami..harap Dr ble bantu sy..

  7. salam doc,sy sorg surirumah mempunyai 2 cahayamata.tinggi saya 163 cm dn berat 75kg.selepas melahirkan anak ke2(umur anak 9 bulan) haid pertama sy dtg.selepas 2 minggu sy ke hospital utk memasang implano..2 bulan selepas itu br haid sya datang selama 2 minggu.selepas itu haid terus xdtg haid sehingga sekarang..sekarang dh msuk bulan ke7 msh tidak dtg.adakah ianya normal kerana sy msih menyusukan anak sy.sy ade mendengar bhw mslh ini tidak elok utk kesihatan kita,jd ramai mencadangkan sy membuang implano tersebut.sejak sy memakai implano ini berat sy naik 5 kilo dlm tempoh 2 bulan..hrp dpt penjelasan doc.sy amat risau ttg hal ini.terima kasih

  8. azura ab rahman

    as salam..doktor sy bru 7 bln mlahirkn ank yg ke 3 dan mmpunyai mslh diabetis insulin sejak ank ptama iaitu kira2 thn 2006.semasa mlahirkan ank yg ke 3 ni sy ada mslh uri lekat.bole x doktor terangkan mgape uri lekat ni terjadi.adakah kmungkinan mslh diabetis yg sy alami?

  9. saya nak tahu mengenai masalah saya yang tidak period setelah bersalin. saya berkahwin tahun 2002, dan tahun 2003 bulan 4 saya keguguran. untuk makluman, period saya normal dari saya sekolah form2 sehingga selepas berkahwin dimana setiap bulan saya haid seperti biasa. kemudian bulan 7 tahun yang sama (2003) saya mengandung anak sulung selepas gugur 2 bulan. selepas bersalin saya tidak menyusukan anak tetapi period saya tidak datang hampir setahun dan saya mula buat treatment di ppum dimana ujian darah telah dilakukan dan didapati hormon ? (saya x ingat) amat tinggi reading 1000++ kemudian diberikan saya ubat hormon hingga reading turun. ct scan juga dilakukan tetapi tiada masalah dan period saya datang 3 bulan tetapi bila saya sendiri cuba stop makan ubat , period tak datang balik..saya ada jumpa hamid arshad dan beliau memeriksa peranakan saya juga tiada masalah dan diberikan lagi ubat hormon dan period saya datang bila makan ubat . akhir sekali saya cuba dptkan treatment di hospital puteri dan doc disana juga mengatakan rahim saya tiada masalah dan memberi saya ubat hormon untuk aktif pengeluaran telur..masalah ini berlarutan selama 5 tahun ..sebelum akhirnya saya pregnant pada tahun 2009 dan saya masih mengalami masalah yang sama tidak period setelah bersalin pada bulan 6 /2010. hingga kini saya tidak buat sebarang treatment kerana mengharapkan period datang sendiri malangnya setelah sethn 7 bulan period saya langsung tidak datang period. saya ingin minta pendapat doc apa yang saya harus lakukan adakah saya perlu makan ubat hormon sepanjang hidup saya dan apakah kesan sampingan dari ubat hormon. harap doc dapat bantu saya.

  10. Salam dr, masalah saya hampir sama tapi agak luar biasa. Dipendekkan cerita, saya tidak dtg haid sejak tahun 2007 hingga sekarang. Jadi lebih 5 tahun saya tidak ada haid. Saya pernah jmp doktor pakar pd thn 2008, dia bagi saya mkn diane selama 6 bulan,alhamdulillah haid keluar tp selepas tk mkn diane,haid tak keluar lagi. Saya baru berkahwin 3 bulan lalu dan mahu dpt anak. Tolong advice saya doktor apa patut saya buat. Utk makluman,bmi sy 29.

  11. salam dr,

    nak tanya kalau nak buat ujian kesuburan dimana?
    boleh bagi tak senarai tempat yang bole pg di sektar selangor @KL

    • Wsalam. Puan boleh menghubungi TMC. Saya tidak berhasrat untuk mengiklankan pusat kesuburan ini, namun beberapa pesakit yg saya rujukkan ke sana, alhamdulillah. Ia bergantung pada rezeki dan semangat yg ditunjukkan oleh pesakit.

  12. salam,

    saya mengalami masalah yang hampir serupa… setiap bulan period saya akan dtg tepat pd masanya… setelah saya mengikuti program untuk hamil… setelah 6 bulan mengambil pil kesuburan dan ubat untuk hamil… tarikh period saya akan tetap iaitu pada 6hb setiap bulan… alhamdulillah… cuma saya berasa sedih kenapa saya masih belum hamil walaupun berbulan bulan mengikuti program doktor. pada 14.2.2012 saya telah menjalani hydro iaitu suntikan yang membersihkan saluran ke rahim saya. proses tersebut agak menyakitkan. yang menjadi persoalan saya … selepas menjalani hydro.. saya tidak lagi kedatangan haid.. setelah melakukan ujian di klinik lain… ianya masih negatif dan doktor telah memeriksa puting dan rahim saya…alhamdulillah tidak ada tanda2 ketumbuhan atau kanser… oleh itu, saya ingin meminta nasihat , apakah yang harus saya lakukan skrg..apakah masalah atau punca ketidak hadiran period saya…. terima kasih

    • Wsalam. Saya belum pernah mendengar tentang rawatan “hydro iaitu suntikan yang membersihkan saluran ke rahim”. Boleh puan dapatkan nama yang lengkap..

  13. sy tak pernah datang haid dr dilahirkan sgga skg,dah brapa kali buat rawatan,smua d0kt0r2 pakar ckp xda mslah,dan pnca mslah tidak ketahu smpi ke saat ini.?mcm mana d0kt0r?

  14. salam..sya telah 7 tahun bkahwin tiada zuriat..buat rawatan ksuburan didapati ada endometrosis stage 4..dah buat operation(bln 4/11) & diberi lucrin slama 6 bulan(shingga bln 9/11)..tidak datang haid selpas rawatn tersbut doc beri ubat untuk keluarkan haid pada (bln 2/12) & shigga kini masih belum didatangi haid..doc,saya nak tahu apa masalah yg saya hadapi sebenarnye..terima kasih doc..

  15. salam doctor. sebelum ni kitaran haid saya normal cuma sejak 2 bulan kebelakangan ini sahaja saya tidak datang haid. kenapakah ini terjadi? nak kata saya ada penyakit kronik, takde pulak. operation pun takde. boleh terangkan tak?

  16. salam doktor,

    saya berusia 40tahun.berat badan saya 85kg.ketinggian saya 159cm.Adakah saya masuk fasa menaupose sbb haid terakhir saya 23/2/2012 sehingga sekarang.saya dah check UPT tp negative.Adakah saya penyakit darah tinggi menyebabkan haid saya terhenti.Untuk pengetahuan doktor, saya tidak makan ubat period turun spt yang diberikan oleh doktor.saya tak berani.

    apakah perlu saya makan ubat itu atau tunggu sehingga haid saya keluar…

  17. Salam dr,sy nk tanye..apakah bhaya jika slepas bsalin tidak dtg haid selama 10bulan? Mtk jwpn dri dr. ye..

  18. Assalamualaikum dr. saya tidak datang haid selama 3 bulan. Pada masa yang sama saya tidak boleh makan. Jika saya makan saya akan mengalami muntah-muntah.Berat badan saya juga semakin berkurangan. Pragnency test juga telah saya lakukan dan menunjukkan ianya negatif.Saya harap dr.dapat membantu. Terima kasih.

  19. salam..

    saya mengalami masalah haid yang tidak teratur.Last saya datang haid pada bulan 7 tahun 2011 dan sampai sekarang saya blum datang haid.Kalau masuk bulan ni dah 9 bulan saya tak datang haid.Nak kata saya ni hamil,tak jugak.Sebab saya br brumur 18 tahun.Melakukan hubungan seks dengan mana2 lelaki pun tak pernah.Boleh doktor terangkan apa yang sedang berlaku kpd saya sekarang ni??

  20. As’salam dr,
    Saya belum berkahwin. Pada bln July’12 saya telah berjumpa dgn dr swasta bagi mendapatkan rawatan utk melasma saya. Dr tersebut telah memberi saya Transamin 250 dan saya telah mengambilnya selama 6-7bln. Tampa saya sedari, period saya juga tidak dtng dlm tempuh itu. Jan’12 saya telah berhenti mengambil pil tersebut, dan period saya telah datang semula. Pertanyaan saya, benarkah Transamin 250 ini boleh menghilangkan melasma yg saya hadapi ketika ini. Dan adakah dr tersebut telah memberi saya ubat yg salah, yg tiada kaitan lansung dgn massalah saya. Trima kasish

  21. salam doktor…

    Saya telah mengamalkan pengambilan ubat subur clomid 50 mg pada bulan march lepas,diambil dari hari ke3 piriod sehingga hari ke7.masalah saya sekarang,saya tidak datang haid selama lebih sebulan bermula daripada april lepas..padahal haid saya adalah balence selama ini iaitu pada 4hb setiap bulan.saya telah melakukan pemeriksaan pcnency test tetapi nagetif..persoalannya,adakah ini salah satu daripada keburukan clomid?risau plak sebab haid tiba2 terhenti..

  22. slm sjhtra dr,saya ingin bertanya dengan dr ttg haid saya..saya mengalami haid yg tidak seimbang ttpi slma ne kitaran haid saya sntsa ok…tpi tahun ini sangat merisaukan saya,bln januari saya ada haid tapi bln fbri saya xde haid,tpi saya haid lagi pada blan march.tpi xde dtg haid lagi pada bln april shgga bln mei…saya inginkn penjelasan dari dr.saya sangat risau dengan keadaan saya.d katakan mnpos..saya masi berumur 22 lagi..harap doktr dapat membantu saya….tapi saya tak nafikan…haid saya tak teratur selepas berat badan saya naik shgga 75…..adaka faktor kegemukan tersebut mmbuatkan saya menglmi mslah trsbut….saya da cek upt ttpi negative….

  23. adakah nomal jika anak mnyusu bdan haid xdatang..skg dekat 2 thn haid xdatng.anak still full mnyusu

  24. dr, period pertama saya ketika berumur 13 tahun, then 9 bulan selepas itu baru kedatangan period ke 2.. Perkara ini berterusan dan kadang2 dlm setahun hanya sekali je sy period.. Skrg sy berumur 20 tahun dan period terakhir saya adlh 8 bulan yg lepas,,tapi setakat ini saya sihat dan sy jg blm berkahwin.. Blh x dr terangkn punca serta adkh prkara ini normal shj?

  25. saya mengalami keguguran pd 2/4/12 dan habis nifas 9/4/12 pd usia kandungan 6minggu..sehingga sekarang sy masih belum period dan kerap sakit pinggang dalam 1mggu kebelakangan ini perut sakit seperti sengugut..buah dada saya pula membengkak dan rasa sakit seprti mahu period tetapi sehingga hari ini keadaan sy mash same…saya ada berjumpa doktor di hosppital kerajaan dan maklumkan sakit yang saya alami tetapi hanya diberikan ubat tahan sakit.

  26. Nordina Binti Ahmad Fathil

    salam,

    saya ingain mendapatkan nasihat dari Dr, last saya period bln 2 thn 2011, lepas tu saya langsung x dtg period smpi sekarang may 2012.. berat bdn sy makin bertambah walaupun sy kurang makan. apa yang perlu saya buat? dan saya belum berkahwin.

    saya harap Dr dapat menyelesaikan masalah saya.
    terima kasih

  27. assalamualaikum,sya nak tanya sikit pasal haid,saya berumur 12 tahun.saya baru saja datang haid 24/4/2012.persoalan saya ialah benarkah 2 bulan pertama tak dtg haid?

  28. salam,
    Doktor saya berumur 37 tahun dan telah berkahwin 9 tahun. Saya tidak datang haid sehingga umur 17 tahun dan telah mendapatkan rawatan hospital kerajaan. Saye di berkan ubat seperti perancang keluarga rasanya namanya “Prempak”. Saya telah datang haid dan perlu mengambil ubat tersebut setiap bulan untuk memastikan saya datan haid. Setelah 3 tahun berkahwin saya membuat rawatan hospital swasta dan doktor mengatakan rahim saya kecil dan saya tidak ada telur kerana tiada ovulasi. Untuk pengetahuan saya berhenti mengambil ubat setelah berkahwin. Soalan saya adakah ada rawatan untuk saya dan adakah peluang untuk saya hamil?

  29. Assalamualaikum..
    Saya belum berkahwin,tapi saya pernah melakukan hubungan seks,Sebelum ni haid saya teratur..tapi sejak akhir2 ni haid saya tidak datang dah dua bulan,saya pergi klinik,doktor beri saya ubat untuk turunkan darah,tapi sampai sekarang masih tidak datang..

  30. assalamualaikum doktor, saya wanita yang masih belum berkahwin, sudah hampir 4 tahun saya tidak mempunyai darah haid. saya telah bertemu dengan doktor pakar di sebuah hospital swasta. doktor berkenaan memberitahu punca masalah saya adalah di sebabkan obesiti. pada masa sekarang saya mengalami masalah perut membesar dan keguguran rambut yang krritikal. doktor di hospital tersebut telah membuat ultrasound dan tiada sebarang ketumbuhan tetapi beliau menyatakan bahawa saya akan mengalami kesukaran untuk mengandung.. saya sangat susah hati dan bersedih akan keadaan saya sekarang.. apakah saya perlu menguruskan berat badan? dan bagaimana dengan keguguran rambut?? apakah yang perlu saya lakukan. seorang ahli farmasi meminta saya memakan pil yang mengandungi ‘zink’ apakah cara ini betul? saya harap doktor dapat membantu saya di dalam permasalahan ini..terima kasih.

  31. A’kum Dr,
    Saya ingin bertanya mengenai kitaran haid saya..selepas bersalin anak sulung pada awal 2011,saya menggunakan kaedah suntikan depo sebanyak 3 kali sebelum bertukar kepada pil yasmin (tukar kerana darah keluar tidak henti iaitu lebih kurang setitik darah setiap hari). Saya guna pil yasmin selama 3 bulan dan selama itu haid saya teratur.

    Bagaimanapun, kini telah 4 bulan saya berhenti menggunakan pil yasmin.Selama 4 bulan tersebut, haid saya teratur iaitu tetap kitaran 28-30 hari.Yang menjadi masalah ialah lebih kurang 5-7 hari sebelum haid sebenar keluar, beberapa titis darah keluar sekali sahaja sehari dan bersih (tidak keluar darah lagi) seterusnya. Keadaan ini berterusan hingga kini.

    Adakah ini disebabkan masalah hormon x stabil atau jangkitan kuman? Jika masalah hormon, bilakah anggaran jangka masa yang perlu untuk hormon stabil?

    Adakah ini akan menjejaskan peluang untuk hamil?

    tq,wassalam

  32. salamm.dr..saya berumur 20 thun..spanjang tahun nie saya xpnah datang haid..saya perg ke klnk kerajn tp dr kta saya xda apa.. saya sangat lemah..kadang ada yg kata saya mandul. tlong la dr berithu apa masalah saya.

  33. haid keluar berketul selama 4 hari adakah itu normal’

  34. salam..saya pown mngalami msalah period,,tuk pengetahuan doc,saya mang beric..sebelum nie,sye x prnah mngalami period xteratur..sjak last years n taon nie..sye mngalami period x tratur,perut kerap skit n kmbung,,kdang2 rase loya2..sye ad jumpa doc pakar..ble scan..xde pape sakit..terbaru,,3blan xdtg period..doc ad bg ubt pkse haid..n mkn selama 10 hari,,lpas 2 period datang,n perut skit sgt2..n now,,period sye still xdtg,ad org cdangkan tuk amek ubt hormon..perlu ke sye mngambil ubt 2..n pe jalan penyelesaian.perlu ke sye mngambil ape2 ubt,tuk mnlancarkan perjalan period sye..

  35. As Salam doktor,

    sy mengalami masalah kitaran period dimana period sy seperti berikut:

    i) 17/1/2012-27/1/2012
    ii)4/3/2012-10/3/2012
    iii)1/5/2012-8/5/2012
    iv)18/7/2012-24/7/2012

    bagaimana cara pengiraan untuk mengetahui waktu subur?

    Utk makluman doktor skrg sy mencuba Lumiglow utk m,endapat kitaran period yang tetap.Minta pandangan doktor. Terima kasih

    • Utk makluman doktor skrg sy mencuba Lumiglow utk m,endapat kitaran period yang tetap.Minta pandangan doktor. Terima kasih

      Saya tiada pengetahuan mengenai produk itu.

  36. Tuan doc lngin saya b.tanya d sini tentang masaalah yg saya alami. Saya dtg haid sewaktu umur saya 11 thn.period sayaok selama 2 thn tetapi ia berhenti begitu aje.banyk ubat yg saya mkn dan selallu nya saya d beri tahu iammasazlh hormon tapi apakan daya haid saya tk dtg juga.doc macammanz nk mengatasi masaalaah ini dan bilasaya berkhwin blh ke saya mengandung dan apa yg patut saya buat?

  37. assalamualaikum dr.sya belum berkawin dan umur saya 21thun,masalah saya haid x teratur,saya last period 5/5/12 dan sampai sekarg sya blum dtg period lagi..sya harap dokter dapat mnyelesaikan masalah sya,tetapi keputihan saya bnyak keluar & kadang2 berut saya sakit macm segugut tapi bila sya cek x ada darah pun yg keluar cuma keputihan sahaja…

  38. Salam Dok,saya Ryta umur 33thun ingin bertanya iaitu mengapa saya sudah mendapat rawatan suntikan Lucrin Depot sebanyak 4 kali suntikan means dalam 4 bulan berturut2 saya disuntuk iaitu dari 10 june 2012-sampai 5 sep 2012,tapi haid saya tetap datang juga setiap bulan?????Info dari Doktr amat saya hargai TQ Dktr.

  39. salam doktor..saya ada masalah yg merisungkan… selama satu tahun stengah saya ambil suntikan perancang d klinik kesihatan…suntikan perancang itu membuatkan period saya x teratur..bulan pertama tidak de period…bulan strusnya datang tidak henti slama hampir sbulan lebih atau shingga tarikh suntikan sterusnya.darah berwarna coklat atau merah darah ikan busuk… kerana masalah itu saya berhenti ambik suntikan dan meneruskan dengan pil yg dibeli di farmasi…bulan pertama ambil pil period dtng sedikit slama 5 hari.bulan ke2 ambil pil period hanya dtng 2 hari warna coklat2…selepas itu saya dah stop ambil pil…masalahnya skrng dlm masa 3 bulan ni hanya shari je period dtng itu pun hanya tompokan coklat..x sampai satu hari….bulan lepas saya ada wat urin test tp negatif..sejak akhir2 ni saya selalu rasa pening2, kembung perut, angin x mau keluar, sembelit, mudah penat..sebenarnya apa masalah saya yea doktor

  40. salam. Dr,

    saya belum berusia 28 tahun belum berkahwin,masalah haid saya kadangkala terlalu cepat & kadang kala lambat, pernah juga haid sya selama sebulan ,dlm mggu pertama haid byk selepas itu sedikit selama sebulan.Masalah segugut sya xda kecuali sakit perut yg sedikit, sya selalu ye akan sakit pada bahagian belakang pinggan dan leguh pada semua anggota badan.Pada bulan lepas haid datang 20/7/12 habis pasa 30/7/12 dan saya dtg semula pada 6/8/12 hanya sedikit dan berterusan 17/8/12 . Pda 30/8/12 saya datang semua dgn byk berhenti pada 8/9/12 . Sekarang 10/9/12 saya datang semula.
    Boleh Dr. jelaskan

  41. salam doktor..saya dah seminggu lewat datang haid.adakah kemungkinan saya mengandung.dan boleh tak saya ambil ubt untuk keiuarkan haid.coz saya masih tak bersedia…lagipun saya dah makan ubat dos tinggi.makan makanan yang ada cuka.macm macm lagi kerana sy tk terpikir saya akan mengandung…….mcmane doktor

    • salam doktor..saya dah seminggu lewat datang haid.adakah kemungkinan saya mengandung.dan boleh tak saya ambil ubt untuk keiuarkan haid.coz saya masih tak bersedia…lagipun saya dah makan ubat dos tinggi.makan makanan yang ada cuka.macm macm lagi kerana sy tk terpikir saya akan mengandung…….mcmane doktor

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: Cara terbaik buat ujian air kencing UPT dulu. Bila sah hamil, berbincang dengan doktor. Hukum menggugurkan kehamilan saya telah bincang di http://drzubaidi.com/blog/?p=2827

  42. khairunnisa andi jaenor

    salam dr..
    Saya bersalin pada 110612(anak sulung),selepas 2minggu bru saya datang haid.. Air kencing saya dijangkiti kuman.. Dan masalahnya sampai harini saya tak datang haid..saya risau saya mengandung lagi sedangkan anak saya baru masuk 4bulan..ekonomi kami pun belum tentu kukuh..saya belum sedia untuk anak kedua..saya harap dr. Dpat memberi advice yang terbaik..
    YANG MENGHARAP BANTUAN.

  43. salam doc…

    sy gadis berumur 23tahun.. sy mngalami masalah tdak dtg haid slma 6 bulan.. sy dah pergi klinik n buat mcm2 pemeriksaan, katanya tiada masalah.. sy dah mkn pelbagi ubat yg diberikan namun hadi sy tdak dtg jugak… doc bantulah saya… sy prnah terlanjur.. dan sy sgt runsing memikirkan masalah haid sy..

    • salam doc…sy gadis berumur 23tahun.. sy mngalami masalah tdak dtg haid slma 6 bulan.. sy dah pergi klinik n buat mcm2 pemeriksaan, katanya tiada masalah.. sy dah mkn pelbagi ubat yg diberikan namun hadi sy tdak dtg jugak… doc bantulah saya… sy prnah terlanjur.. dan sy sgt runsing memikirkan masalah haid sy..

      Wsalam..boleh emailkan hasil pemeriksaan yang telah dilakukan pada saya di drzubaidiahmad@gmail.com, TQ

  44. yatshamsuddin

    salam doktor….saya berusia 25tahun dan bakal berkahwin…sekarang ini, haid sy telah terlewat 2bln..dan jika sy makan sebarang ubat ketika sy demam atau magrain… haid serta merta akan terus berhenti… keadaan ini menjadi ketakutan bagi sy yg bakal mendirikan rumah tangga dalam beberapa bulan lagi… adakah ini akan melibatkan tahap kesuburan sy? dan bolehkan saya hamil nanti jika sudah berkahwin nanti?

    • salam doktor….saya berusia 25tahun dan bakal berkahwin…sekarang ini, haid sy telah terlewat 2bln..dan jika sy makan sebarang ubat ketika sy demam atau magrain… haid serta merta akan terus berhenti… keadaan ini menjadi ketakutan bagi sy yg bakal mendirikan rumah tangga dalam beberapa bulan lagi… adakah ini akan melibatkan tahap kesuburan sy? dan bolehkan saya hamil nanti jika sudah berkahwin nanti?

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: wsalam. terlalu awak untuk mengatakan bahawa saudari mengalami masalah ketidaksuburan. Jangan risau, inysa ALLAH saudari boleh hamil. Ubat penahan sakit memang boleh menghentikan haids pada sesetengah wanita kerana ubat itu menghalang pengecutan rahem. Dengan itu, apabila rahem tidak mengecut, darah haids tidak akan keluar.

  45. Salam doktor…sy b’umur 35thn dan m’nyai 3 org anak..sy m’amalkan pil perancang keluarga (nordette)..br2 ni suami g outstation slm sebulan lbh so sy stop la mkn pil ni slps haid pd 27/9/12..sepatutnya haid yg berikut pd 27/10/12 ttp samp skrg msh x keluar..sy ade buat prgnent test tp negatif..so sy nk c’tinue blk pil ni bl seharusnya sy mkn??

  46. Assalamualaikum doktor. saya berumur 16 tahun pada tahun ni. sy didatangi haid msa umur 14thun pada blan April. haid sy teratur sblum2 ni, ckup 28 hari, haid sy datang. tapi sthun slpas tu, pada umur 15 thun, haid sy tdak datang slama 2 bulan. ibu sy ckp bnda tu normal. lpas tu haid sy kmbali normal shingga skarang, dah masuk 4 bulan stgh haid sy xdtg. last haid pda bulan jun. bulan lps sy ada mggunakan pantiliner herba, lps tu ada dlm stitis dua drh yg kluar lepas tu dh tak kluar smpai skarang. sy ada ambil vitamin buffered C jnama Blackmores tapi tu slpas bulan jun. sy risau doktor. adakah ini normal? sy risau skranya organ reproduktif sy tersumbat atau sbliknya, mnyebabkan sy tidak bleh mengandung kelak. apa harus sy lakukan? tolong sy doktor.

  47. Salam dok..sy dah bersalin ank pertama 1 thn 8 bln yg lalu..sy juga dh berpisah dgn suami 5 bulan yang lalu..sekarang sy x dtg haid selama sbulan..sy kerap sakit kepala,loya dan muntah sjak akhir2 ni..sy nak tnya doktor adakah kemungkinan sy hamil setelah 5 bulan x bersama suami? Utk pgtahuan doktor,haid sy tratur dan dtg tiap2 bulan selepas mlahirkan ank dulu..tlg sy doktor

  48. Assalam Dr. Zubaidi… saya ingin bertanya soalan yg seakan sama tapi tak serupa.

    Saya berumur 29 thn dan mempunyai 4 org anak, berkahwin pd november 2005. Saya telah melakukan perancang keluarga dgn kaedah suntikan sejak Disember 2010… Saya mengalami haid yg tidak teratur pd mulanya, dan kemudian setelah 5 bulan, haid saya tidak keluar sehingga sekarang.
    Saya khuatir, saya tidak keluar darah kotor selama tempoh tersebut. Persoalannya, bolehkah saya mengambil pil untuk keluar haid sekarang utk mengeluarkn darah haid tersebut? Dan saya akan bersuntik lagi pd 5 Nov ini.. diharap doktor dpt bg penjelasan dan apa pilihan yg saya ada.. terima kasih doktor… :)

    • “Assalam Dr. Zubaidi… saya ingin bertanya soalan yg seakan sama tapi tak serupa.
      “Saya berumur 29 thn dan mempunyai 4 org anak, berkahwin pd november 2005. Saya telah melakukan perancang keluarga dgn kaedah suntikan sejak Disember 2010… Saya mengalami haid yg tidak teratur pd mulanya, dan kemudian setelah 5 bulan, haid saya tidak keluar sehingga sekarang. Saya khuatir, saya tidak keluar darah kotor selama tempoh tersebut. Persoalannya, bolehkah saya mengambil pil untuk keluar haid sekarang utk mengeluarkn darah haid tersebut? Dan saya akan bersuntik lagi pd 5 Nov ini.. diharap doktor dpt bg penjelasan dan apa pilihan yg saya ada.. terima kasih doktor “

      Dr Zubaidi: Kitaran haid puan menjadi tidak teratur adalah disebabkan oleh puan mengambil suntikan perancang keluarga. Suntikan ini menyebabkan puan tidak subur untuk sementara dan kitaran haid puan menjadi tidak teratur. Pil untuk mengeluarkan haids, akan menyebabkan puan haid mengalami pendarahan ‘haids secara paksaan’, dan ia akan menjadi tidak teratur semula. Jika puan mahukan kedatangan haid secara normal dan semulajadi, puan harus menghentikan suntikan perancang kehamilan itu.

  49. doktor ,saya sekarang berada dalam linkungan awak remaja dan saya masih belom datang haid,persoalan saya ialah sekarang ada lendir putih yang keluar dari badan saya namun saya tidak tahu adekah itu merupakan tanda2 akan datang haid atau pon tidak . boleh doktor terangkan selabihnya mengenai masalah saya ni ?

    • doktor ,saya sekarang berada dalam linkungan awak remaja dan saya masih belom datang haid,persoalan saya ialah sekarang ada lendir putih yang keluar dari badan saya namun saya tidak tahu adekah itu merupakan tanda2 akan datang haid atau pon tidak . boleh doktor terangkan selabihnya mengenai masalah saya ni ?

      Dr Zubaidi: Saya perlukan butiran umur, berat dan ketinggian saudar dan hantarkan ke drzubaidiahmad@gmail.com. Terima kasih.

    • “doktor ,saya sekarang berada dalam linkungan awak remaja dan saya masih belom datang haid,persoalan saya ialah sekarang ada lendir putih yang keluar dari badan saya namun saya tidak tahu adekah itu merupakan tanda2 akan datang haid atau pon tidak . boleh doktor terangkan selabihnya mengenai masalah saya ni ? “

      Dr Zubaidi: Lendiran itu bukan haids, kerana haids sepatutnya berwarna merah atau merah kecoklatan dan berlangsung selama sehari.

  50. salam sejahtera doctor.sya dari kecil memang ada masalah haid tidak teratur.macam macam ujian doc.saya sudah buat.tetapi masalahnya tidak berbaik.saya sudah berkahwin 4 tahun.masih tidak ada anak.baru baru ni saya ada mencuci perut dan selepas tu tidak dtg period.sudah 3 bulan.saya amat risau.tak tahu nak buat apa.tolong saya doctor.apa batut saya buat?

    • salam sejahtera doctor.sya dari kecil memang ada masalah haid tidak teratur.macam macam ujian doc.saya sudah buat.tetapi masalahnya tidak berbaik.saya sudah berkahwin 4 tahun.masih tidak ada anak.baru baru ni saya ada mencuci perut dan selepas tu tidak dtg period.sudah 3 bulan.saya amat risau.tak tahu nak buat apa.tolong saya doctor.apa batut saya buat?

      Dr Zubaidi: saya mendapati kitaran haids puan tidak teratur akibat ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan puan sukar hamil. jika puan rasa berputus asa dengan rawatan moden, puan boleh mencuba secara rawatan herba kacip fatimah.

Leave a Reply to rinCancel reply

error: Content is protected !!