SMARTWATCH ADAKAH BERKESAN UNTUK PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH?

 


Smartwatch yang mengukur blood pressure (BP) dan heart rate semakin popular dan ada manfaatnya — tetapi perlu difahami batasan dan ketepatannya.


Kelebihan smatch watch :

 

1. Mudah & pantas: Sesuai untuk pemantauan harian dan gaya hidup aktif.


2. Mengesan corak awal: Boleh beri amaran awal jika ada trend tidak normal (contohnya heart rate terlalu tinggi semasa rehat).


3. Motivasi untuk membantu pengguna lebih peka dengan kesihatan jantung mereka.


Namun terdapat kekurangan smart watch:

 

1. Ketepatan BP tidak setanding alat klinikal:

Bacaan BP dari jam pintar hanya anggaran dan tidak boleh dijadikan asas untuk diagnosis atau penyesuaian ubat.

Kebanyakan jam hanya guna teknologi PPG (photoplethysmography) dan algoritma AI, bukan kaedah inflasi seperti alat sphygmomanometer.

 

2. Heart rate lebih tepat, tapi masih terjejas oleh:

👉Pergerakan tangan

👉Kedudukan jam

👉Jenis kulit (misalnya kulit gelap atau berbulu)

 

3. Tidak ganti alat perubatan :

Bagi pesakit darah tinggi, penyakit jantung atau aritmia, penggunaan jam tidak boleh ganti mesin BP digital lengan atas atau ECG.


Jadi cadangan saya adalah:

1. Guna smartwatch sebagai alat pemantauan tambahan sahaja.

2. Rekod dan kongsi bacaan secara konsisten kepada doktor.

3. Pastikan model jam adalah terbukti secara klinikal, misalnya ada kelulusan FDA atau CE-certified.

4. Tetap jalani pemeriksaan BP sebenar sekurang-kurangnya sebulan sekali di klinik atau di rumah guna alat sah.


Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi
#PageDrZubaidiHjAhmad

Leave a Reply

error: Content is protected !!