RASA LEMAH, CEPAT PENAT, KERAP DEMAM DAN SAKIT-SAKIT BADAN

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 50an. Tidak lama lagi saya bersara dari perkhidmatan awam. Masalah saya adalah saya mempunyai penyakit diabetis dan hipertensi. Saya mendapat rawatan di klinik kesihatan di Putrajaya. Alhamdulillah, semuanya terkawal. Saya ingin bertanya, walaupun saya tidak obes, tetapi saya cepat penat, rasa lemah badan, kerap demam dan selalu sakit-sakit badan. Boleh doktor komen masalah yang saya alami? Terima kasih”.

 

Waalaikumussalam.

 

Saya percaya tuan mengalami masalah keradangan kronik akibat hidup sedentari, mengalami penyakit kronik, ambil ubat-ubatan, kurang melakukan aktiviti fizikal, dan mungkin mengalami masalah tidur dan stress dalam hidup.

 

Keradangan kronik adalah keadaan di mana tubuh terus-menerus mengirimkan sel-sel inflamasi meskipun tidak ada ancaman dari luar.

 

Ia juga berlaku kepada pesakit yang alami masalah autoimmune, PCOS dan tiroid.

 

Keradangan kronik dapat menyebabkan berbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, serangan stroke, masalah ginjal, dan sakit sendi dan otot.

 

Tanda-tanda keradangan kronik boleh berbeza-beza bergantung pada bahagian tubuh yang terjejas dan tahap keradangan.

 

Antaranya adalah :

1. Kepenatan Berterusan: Rasa letih yang tidak hilang walaupun selepas berehat.

2. Sakit dan Ketidakselesaan: Sakit sendi atau otot yang berterusan.

3. Masalah Pencernaan: Masalah seperti kembung, gastritis atau sembelit.

4. Perubahan Berat Badan : Penurunan atau peningkatan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

5. Masalah Kulit: Ruam, kemerahan, atau kulit yang meradang.

6. Demam Rendah: Demam yang berterusan tetapi tidak terlalu tinggi.

7. Masalah Tidur: Kesukaran untuk tidur atau tidur yang tidak nyenyak.

8. Masalah Mental: Kebimbangan, kemurungan, atau masalah kognitif seperti kesukaran untuk fokus.

 

Antara rawatan yang dicadangkan adalah mengamalkan diet anti-keradangan.

 

Selain itu beberapa suplemen dan superfood dapat membantu.

Antaranya:

1. Minyak Ikan
2. Minyak Zaitun
3. Vitamin C
4. Vitamin E
5. Co-enzyme Q10

 

 

Bagaimana minyak ikan dapat mengawal dan menurunkan berat badan?

Minyak ikan omega-3 mengandungi asid lemak seperti eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA) yang memiliki sifat anti-radang yang kuat.

 

Dalam kajian yang diterbitkan, minyak ikan omega-3 membantu mengawal dan merendah keradangan kronik dengan :

1. Mengurangkan Pengeluaran Molekul Pro-radang : Omega-3 dapat mengurangkan pengeluaran molekul seperti prostaglandin dan cytokine yang menyebabkan keradangan.

2. Menghalang Aktiviti Enzim Pro-radang : Minyak ikan dapat menghalang enzim seperti cyclooxygenase (COX) dan lipooxygenase (LOX) yang terlibat dalam proses keradangan.

3. Meningkatkan Pengeluaran Molekul Anti-radang : Omega-3 membantu meningkatkan pengeluaran sebatian seperti resolvine dan protectin yang membantu menyelesaikan keradangan.

4. Mengurangkan Tekanan Oksidatif : Antioksidan dalam minyak ikan membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan keradangan kronik.

 

Dengan mengurangkan keradangan, secara tidak langsung minyak ikan omega-3 dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan arthritis.

 

Ambil 1000-2000 mg Omega-3 setiap hari dengan segelas air kosong selepas sarapan atau sebelum tidur.

 

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

 

#HealthDrZubaidi
#fishoil
#minyakikan
#keradangan
#keradangankronik

 

 

Boleh dapatkan minyak ikan omega 3 NV di

https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-combo-jimat-omega3-3-unit-nv-fish-oil-

 

NV FISH OIL (35)

 

 

Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!