Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka. Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.
Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.
Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.
“Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)
Selagi belum cukup usaha kita, ALLAH akan menangguhkan kurniaanNYA. Inilah sunnatullah yang telah ditetapkan ALLAH. ALLAH mahu kita berusaha dan memohon dariNYA.
Berusahalah untuk mengekalkan tahap kesuburan tinggi bagi membuka peluang lebih cerah untuk pasangan suami isteri yang telah berusia melebihi 35 tahun mendapat ramai anak.
Sering kita dengar seseorang itu memberi jawapan ‘tiada rezeki’ jika belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin.
Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika wanita berusia bawah 35 tahun masih gagal hamil selepas enam bulan mencuba.
Terdapat banyak faktor mempengaruhi kesuburan terutamanya usia yang semakin meningkat, gaya hidup yang santai, tabiat pemakanan, baka dan genetik, penggunaan ubat-ubatan, pendedahan terhadap bahan kimia dan penyakit-penyakit yang boleh merosakkan kesuburan seseorang.
Wanita yang berusia 35 tahun ke atas, keupayaan menghasilkan telur ovum dari kilang telur mulai menurun, sekali gus mengurangkan tahap kesuburan.
Berat badan berlebihan pula telah menyumbangkan faktor ketidaksuburan di kalangan lelaki dan wanita.
Bagi lelaki berat badan yang berlebihan telah menyebabkan kurang bilangan sperma atau sperma tidak berkualiti dalam air mani.
Manakala bagi wanita, ia memberi kesan ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan telur ovum yang dihasilkan kurang berkualiti.
Panduan untuk kekal subur
Dapatkan berat badan ideal dengan diet seimbang dan senaman.
Urus tahap stres secara bijak – bercuti atau lakukan perkara yang menggembirakan.
Amalkan seks selamat.
Hindarkan merokok – kuat merokok boleh menjejaskan kualiti sperma.
Elakkan pengambilan alkohol.
Amalkan diet sihat – diet seimbang, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, kawal pengambilan daging ayam atau ternakan yang disuntik. Cuba beralih kepada ayam organik.
Amalkan pengambilan makanan mempunyai pelbagai vitamin
Wanita: Amalkan pengambilan asid folik, makanan mengandungi Vitamin E dan selenium, L-Arginine, Vitamin B6 dan B12, zat besi, magnesium dan zink.
Lelaki: L-Carnitine, asid ferulic, Vitamin C dan E dan selenium, zink dan Vitamin B (B6, B12 dan Folate).
Pengambilan herba tertentu seperti:
Wanita: spirulina (sejenis alga), Kacip Fatimah, bee pollen (debunga lebah), cordyceps (sejenis kulat), vitex agnus-castus (herba chasteberry), teh hijau (antioksidan).
Lelaki: Tongkat Ali, bee pollen, cordyceps, dong guai (ginseng).
https://www.facebook.com/EkstrakTongkatAli
Langkah tambahan yang boleh diambil:
1. Rancang kehamilan secepat mungkin dan jangan bertangguh.
2. Pastikan kitaran haid anda teratur.
3. Makan makanan semula jadi – kaya dengan nutrisi, antioksidan dan asid folik. Contoh: buah sitrus, sayuran hijau, brokoli dan bijirin.
4. Elakkan penggunaan ubat atau pil hormone termasuk pil perancang dan pil ‘turun darah’.
Dapatkan nasihat atau pemeriksaan pakar sakit puan sekiranya:
a. Mengalami masalah senggugut yang teruk.
b. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
c. Keluar cecair/lendir faraj yang berlebihan.
d. Kitaran haid tidak teratur.
Semoga ALLAH permudahkan usaha kita dan menganggapnya sebagai suatu ibadah.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

One comment
Pingback: Mudah Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee untuk Suami Isteri | Harga Set Kesuburan Shaklee