MINYAK ZAITUN DAN JUS DELIMA UNTUK PENYAKIT DIABETIC NEUROPATHY

MINYAK ZAITUN DAN JUS DELIMA UNTUK PENYAKIT DIABETIC NEUROPATHY

Assalamualaikum. Adakah dgn mengambil minyak zaitun dan jus delima dpt merawat penyakit diabetik neuropati? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Minyak zaitun dan jus delima adalah makanan, bukan ubat spesifik untuk masalah diabetic neuropathy.

Minyak zaitun mengandungi minyak sihat mono unsaturated fatty acid. Ia  membantu merawat kecederaan pada penebat yg membungkus saraf (myeline sheath) yang rosak. Jus delima pula mengandungi mineral dan vitamin yang membantu melancarkan pergerakan signal sensori sepanjang saraf dari tisu ke otak dan pergerakan signal motor dari otak ke tisu.

Oleh kerana tahap mineral dan vitamin yang sederhana, ia mengambil masa yang lebih lama untuk merawat kerosakan ini. Selain itu kesannya juga agak sederhana.

Saya juga mencadangkan pesakit mengambil suplemen tambahan seperti vitamin E, vitamin C atau vitamin D jika masalah jni agak serius, contohnya rasa mencucuk-cucuk sehingga mengganggu tidur atau rasa kebas sehingga ketap terlepas pegangan barang.

Selain itu pengawalan gula amat penting dalam merawat masalah ini. Oleh itu pastikan pesakit mendapat tahap gula yang normal, sama ada dengan ubat yang diberikan, cara pemakanan yang betul atau  aktiviti fizikal yang sesuai atau kombinasi ketiga2 cara ini.

Amalkan minyak zaitun dan jus delima adalah lebih baik dalam merawat masalah ini secara holistik.

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik gambar di bawah: 

Leave a Reply

error: Content is protected !!