“Salam doktor. Saya penggemar kafein. Benarkah pengambilan kafeine boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan, terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Ya benar, pakar perubatan menasihatkan agar mengurangkan, jika tidak mampu menghentikan pengambilan kafein semasa hamil. Setakat ini tiada ada panduan khas yang menghadkan pengambilan kafein untuk wanita yang ingin hamil.
Cuma saya cadangkan agar pengambilan kafein tidak melebihi 200mg sehari.
Pengambilan kafein melebihi 200mg sehari meningkatkan risiko untuk keguguran.
Jika puan seorang penagih kafein, cuba kurangkan kafein, jika tidak dapat menghentikan pengambilannya.
Wallahu a’lam.