
KETULAN DI PAYUDARA
“Assalamualaikum doktor,
Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan ada ketulan di payudara. Saya sudah berjumpa doktor di hospital dan pemeriksaan menunjukkan ia bukan kanser, tetapi lebih kepada masalah hormon dan keradangan.
Apa yang perlu saya ambil untuk bantu pulihkan keadaan ini?
Sekarang saya sangat berhati-hati sampai banyak makanan saya pantang, puasa pun kerap, sampai badan jadi lemah. Saya jadi takut untuk makan.
Umur saya 34 tahun, dari Langkawi.
Terima kasih, Dr Zubaidi.”
************
Walaikumusalam puan,
Terima kasih kerana bertanya.
Syukur doktor di hospital sudah sahkan ketulan itu bukan kanser, tetapi berkaitan hormon dan keradangan. Itu berita yang sangat baik.
Untuk keadaan seperti ini, fokus utama ialah stabilkan hormon dan kurangkan keradangan dalam badan.
1. PUAN TAK PERLU PANTANG KETERLALUAN atau takut makan.
Berpuasa terlalu kerap atau terlalu mengawal makan boleh ganggu hormon dan buat badan jadi lemah. Makan seperti biasa, cuma pilih yang sihat.
2. NUTRISI YANG BOLEH BANTU PULIH LEBIH CEPAT :
- Omega-3 (NV Fish Oil) – kuat untuk kurangkan keradangan.
- Vitamin E (Natrieo) – baik untuk tisu payudara & keseimbangan hormon.
- Olivie 30+ – anti-keradangan yang sangat baik dan bantu stabil hormon.
Semua ini bukan ubat, tetapi nutrisi yang bantu badan kembali seimbang.
3. FAKTOR YANG BANTU KETULAN CEPAT SURUT :
* tidur cukup
* jaga stres
* kurangkan gula & makanan proses
* amalkan nutrisi anti-keradangan
* banyakkan sayur, buah, air
4. BILA PERLU ULANG PEMERIKSAAN :
Jika ketulan makin besar, sangat sakit, kulit berubah, atau keluar darah dari puting.
Buat masa ini, berdasarkan pemeriksaan doktor, keadaan puan tidak membimbangkan.
Jika puan nak, saya boleh bantu susunkan pelan pemakanan harian untuk stabilkan hormon.
Terima kasih.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Coach Wellness A’fiyat.
Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30X di S I N I :

Boleh dapatkan NV Fish Oil di S I N I :

Boleh dapatkan NATRIEO TOCOTRIENOL di S I N I :

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
