Artikel Terkini

Merawat Jerawat dengan Pil Perancang

  “Sebagai  seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?”.   JAWAPAN   Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka dan tubuh badan kita. Sebum ini akan menyekat liang roma. Liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bakteria. Ini menyebabkan proses keradangan dan seterusnya menjadi jerawat.   Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga …

Read More »

Pendarahan haid yang banyak

SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?   Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna. Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan. Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca. Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan …

Read More »

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

    As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.     Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak …

Read More »
error: Content is protected !!