“Assalamaualaikum Dr, saya sudah lama mengalami resdung. Bila makan makanan laut atau terdedah kepada habuk, saya akan bersin dan selsema. Sekarang, sudah seminggu saya terhidu bau asap rokok dan bakar sampah, walaupun tiada asap tersebut. Kadang-kadang, saya terhidu bau asap secara tiba-tiba. Apa masalah saya, doktor? Terima kasih”.
Walaikumusalam
Berdasarkan simptom yang puan nyatakan, kemungkinan besar puan mengalami resdung atau rinitis alahan yang teruk.
Resdung boleh menyebabkan hidung tersumbat, bersin, dan hilang deria bau.
Bau asap yang puan hidu mungkin disebabkan oleh keradangan pada sinus puan.
PUNCA
Resdung, atau sinusitis, boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk:
1. Alahan : Terhadap debu, debunga, bulu haiwan, atau makanan tertentu seperti makanan laut boleh mencetuskan resdung.
2. Jangkitan : Jangkitan virus, bakteria, atau kulat pada sinus boleh menyebabkan keradangan dan resdung.
3. Polip hidung : Pertumbuhan tisu yang tidak normal dalam hidung boleh menyekat saluran sinus dan menyebabkan resdung.
4. Deviated septum : Septum atau tulang dalam hidung yang bengkok boleh menyekat saluran sinus dan menyebabkan masalah pernafasan serta resdung.
5. Keradangan pada bahan kimia : seperti pewangi sintetik, asap rokok, atau pencemaran udara boleh merangsang resdung.
Boleh ambil vitamin E, vitamin C atau minyak ikan Omega-3 bagi mengurangkan keradangan dal tubuh terutama pada pesakit resdung.
Saya sarankan puan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat, jika simptom yang puan hadapi berlarutan.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#sinusitis
#resdung
#minyakikan
Boleh ambil 2 biji Minyak Ikan Omega-3 selepas makan setiap hari bagi mengurangkan keradangan dan mengelakkan kekerapan mendapat sinusitis.
https://www.needsvenue.com.my/products/-family-pack-3-unit-nv-fish-oil-
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :