Ketahui Tanda-Tanda Wanita Sedang Subur
Bagi mereka yang agak lewat berkahwin, sudah tentu ingin mendapat anak dengan segera. Jadi mengetahui hari subur wanita adalah penting bagi kehamilan kerana setiap wanita mempunyai hari subur wanita yang tersendiri.
Bagi wanita yang masih muda, dengan mengetahui hari subur wanita sangat membantu mereka untuk merancang kehamilan. Dengan memilih hari tidak subur untuk melakukan jimak bersama suami, dapat mengelakkan kehamilan.
Kitaran haid dan hari subur wanita
Jadi untuk mengetahui hari subur wanita, perlu ketahui apa yang dinamakan kitaran haid. Kitaran haid bermula dari hari pertama seorang wanita mengalami darah haid (ini dinamakan hari pertama haid) sehingga kering darah haid (hari terakhir haid).
Hari subur wanita merujuk kepada beberapa hari sebelum dan selepas ovum (benih wanita) dikeluarkan dari kelenjar ovari dan telah sedia untuk disenyawakan. Hari di mana ovum dikeluarkan dari ovari dinamakan hari ovulasi. Oleh kerana sperma (benih lelaki) dapat hidup selama 3 hari dalam rahim dan saluran fallopian, jadi hari subur wanita adalah 3 hari sebelum dan 3 hari selepas ovulasi. j
Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Hari ovulasi pada hari ke 14. Jadi hari subur wanita mereka adalah pada hari yang ke 12 hingga ke 16 selepas haid. Oleh itu saya cadangkan agar puan menandakan pada kalendar hari kedatangan haid. Kemudian dapat mengira hari subur wanita dengan mudah.
MENGETAHUI KITARAN HAID YANG NORMAL, BACA https://drzubaidi.com/blog/kitaran-haid-yang-normal/
Jadi untuk memudahkan kehamilan, boleh lakukan jimak pada hari subur wanita ini. Paling baik apabila melakukan pada hari ovulasi.
Tanda-tanda hari subur wanita
Ada setengah wanita mengalami tanda dan setengah wanita lain tidak mengalami apa-apa tanda.
1. Menggunakan kit ujian segera OPK.
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu, agak sukar untuk menentukan hari subur wanita. Walaupun sudah dikira namun ia mungkin hari subur wanita bagi dirinya yang sebenar. Jadi saya mencadangkan pada yang diramalkan mengalami hari subur wanita, lakukan pemeriksaan OPK.
MAHU MENGETAHUI CARA MENGGUNAKAN OPK. BACA https://drzubaidi.com/blog/ovulation-predictor-kits-opk/
2. Lendiran serviks yang pekat
Selain itu tanda hari subur wanita adalah terdapat lendiran pekat (seperti putih telur) yang keluar dari faraj. Ia bersifat pekat, jernih dan licin. Ia dikeluarkan bagi tujuan agar sperma mudah berenang menuju ke pembukaan rahim (dinamakan serviks). Ini memudahkan sperma masuk ke dalam rahim dan menuju ke saluran fallopian untuk bertemu dengan ovum. Selain itu lendiran ini membantu kemasukan zakar ke dalam faraj tanpa rasa ada sakit.
BAGAIMANA LENDIRAN FARAJ MENUNJUKKAN KESUBURAN, BACA https://drzubaidi.com/blog/lendiran-dari-faraj-tanda-subur/
3. Libido yang meningkat.
Libido bermakna rasa ghairah untuk melakukan hubungan intim. Ia semakin meningkat apabila berada dalam waktu hari subur wanita.
4. Perubahan suhu tubuh
Perubahan pada suhu tubuh juga memnadakan seorang wanita sedang mengalami hari subur wanita. Semasa tidur, seorang wanita mengalami suhu tubuh yang paling rendah sekitar 35.5-36.6°C. Pada masa kesuburan, mereka akan mengalami peningkatan suhu sebanyak 0.5°C. Jadi sebaik bangun tidur cuba catatkan suhu tubuh dan rekodkan dalam buku diari. Sebelum dan selepas ovulasi, suhu tubuh akan turun seperti biasa.
5. Payudara rasa sakit
Sebahagian wanita mengalami rasa sakit atau tidak selesa pada payudara. Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami. Namun ia adalah tanda hari subur wanita yang subjektif. Maknanya rasa sakit pada payudara mungkin tanda hari subur wanita atau ia disebabkan oleh masalah yang lain.
6. Sakit ovulasi
Sesetengah wanita akan mengalami rasa sakit pada abdomen. Ia dinamakan mittelschmerz. Ia rasa seolah-olah dicucuk secara tiba-tiba. Ia berlaku ketika ovum keluar dari ovari. Ia mungkin menandakan hari subur wanita. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang lain.
INGIN TAHU UBAT KESUBURAN WANITA, BACA https://drzubaidi.com/blog/ubat-kesuburan-wanita/
Kehidupan suami isteri haruslah dijalani dengan rasa nikmat dan bahagia. Kehamilan bukan satu eksperimen makmal. Tidak perlu terlalu menantikan hari subur wanita sehingga rasa tertekan. Yang penting nikmati perjalanan hidup berkahwin.
BACA LAGI PENULISAN MENGENAI TANDA SUBUR SEORANG WANITA DI https://drzubaidi.com/blog/tanda-seorang-wanita-itu-subur/
Semoga bermanfaat.
“Ingin mengetahui cara membetulkan kitaran haid dengan pendekatan Perubatan Melayu Lama? Kacip Fatimah dapat membantu“
KEBAIKAN KACIP FATIMAH PHYTOPLUS

KACIP FATIMAH PHYTOPLUS adalah produk herba yang disediakan oleh Phyto Biznet Sdn Bhd iaitu anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Setiap kapsul mengandungi Labisia pumila (Kacip Fatimah) 40mg dan Croton caudatum (Manjakani) 10mg.
Dos satu atau dua biji setiap hari selepas makan, pagi dan malam. Bagus untuk meningkatkan tenaga, memulihkan kitaran haid, memulihkan kesihatan selepas bersalin atau keguguran dan meningkatkan hubungan suami isteri.
Sebotol RM90 tidak termasuk pos. Boleh dapatkan di S I N I .
Pertanyaan boleh wassap ke pada saya Dr Zubaidi bin Hj Ahmad. www.wasap.my/60197022391.