Saya ingin berkongsi pengalaman seorang ibu yang melalui Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sejak kehamilan pertama pada usia 21 tahun, sehingga kehamilan kelima pada usia 40 tahun.
Kini, beliau berusia 55 tahun—dan perjalanan beliau dengan isu gula darah tidak berakhir di bilik bersalin, tetapi terus menjadi bab penting dalam penjagaan kesihatan beliau hari ini.
Setiap kali beliau hamil, ujian minum air gula pasti ‘sangkut’. Bacaan menunjukkan beliau ada GDM, namun beliau tidak pernah menggunakan insulin.
Beliau memilih untuk mengawal hanya melalui diet yang ketat . Alhamdulillah, beliau sangat tegas dalam pemakanan dan pemantauan harian bacaan gula.
Kehamilan kelima, bacaan gula selepas ujian minum air gula mencecah 20 mmol/L.
Doktor menyarankan insulin, tapi beliau berkeras untuk cuba diet ketat dahulu. Beliau pantau bacaan 4 kali sehari dan Alhamdulillah, sepanjang kehamilan tiada bacaan melebihi 8 mmol/L – malah kebanyakannya bawah 6 mmol/L.
Setiap kali selepas bersalin, beliau bebas dari GDM.
Berat badan beliau mula naik sedikit selepas anak kelima – dari 50 kg ke 60 kg, walaupun beliau cuba kawal. Beliau tingginya hanya 155 cm, dan ketika berumur 50 tahun, beliau akhirnya disahkan menghidap diabetes.
Beliau berjaya turunkan berat badan beliau sekitar 55 kg, tapi beliau dapati sukar untuk dapat bacaan gula puasa di bawah 6 mmol/L kecuali beliau berpuasa.
Kini, beliau mengamalkan puasa sunnah Nabi Daud – selang sehari, dan ia membantu beliau menstabilkan bacaan gula.
Kesimpulannya, GDM bukan sekadar “masalah semasa mengandung”. Ia adalah amaran awal bahawa tubuh kita cenderung kepada gangguan metabolik.
Jika tidak dijaga, ia boleh berkembang menjadi diabetes jenis 2 pada usia 40-an atau 50-an walaupun tidak hamil lagi.
Jaga pemakanan. Amalkan gaya hidup aktif. Berpuasa secara berkala. Buat IF dan Diet Keto. Kawal stres dan cukup tidur. Kawal berat badan. Semakin meningkat usia, metabolisme semakin perlahan – dan risiko makin tinggi.
Bersiap dari awal lebih baik daripada menyesal kemudian.
GDM adalah amaran awal untuk kita ubah gaya hidup. Gunakan peluang itu.
#GDM #KawalGulaDarah #DiabetesWanita #PuasaSunnah #KisahBenar
#HealthDrZubaidi
Jom dapatkan buku DIET KETOGENIK MALAS di ruang komen.
https://needsvenue.onpay.my/order/form/ketomalas