SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUMMUSSALAM. Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing. …
Read More »Mahu Hamil
PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT PCOS
“Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan. Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. …
Read More »APAKAH PELUANG HAMIL KEMBAR BILA MENDAPAT RAWATAN KESUBURAN
“Doktor, apakah peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan? Terima kasih” Peluang untuk hamil bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan. Selalunya selepas pemeriksaan, doktor pakar kesuburan akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur (ovari) untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi. Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2% …
Read More »belum dapat anak, perlu bersyukur juga
BELUM DAPAT ANAK, PERLU BERSYUKUR JUGA Hari ini sifat rasa syukur semakin berkurangan malah semakin malap dalam kehidupan kita. Kita hanya akan rasa bersyukur jika kita mendapat sesuatu yang dihajati. Kita tidak pernah rasa syukur terhadap apa yang telah kita perolehi. Kita sentiasa menganggap kita masih tidak mendapat apa yang kita mahukan. Kita selalu menganggap kita masih kekurangan. Kita lupa tentang banyak nikmat yang kita telah perolehi. Kita berlumba-lumba mengejar pangkat, jawatan, kekayaan. Kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Tanda-tanda hati tidak bersukur ialah kita sering melihat kekurangan kehidupan kita. Kita berasa tidak puas hati …
Read More »Sabar Menghadapi Ujian Untuk Hamil
SABAR MENGHADAPI UJIAN UNTUK HAMIL Banyak dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Ada wanita yang mudah hamil, tetapi kemudian diuji dengan ujian kesihatan apabila jantung atau rahem menjadi lemah. Ada yang hamil, tetapi keguguran. Ada yang ingin sangat zuriat, diuji pula mendapat anak Down Syndrome. Ada juga yang mengalami kesukaran untuk hamil walau pelbagai usaha yang dilakukan. Semua ujian ini pada mata kasar amat menduga kita, membuatkan kita marah, kecewa dan benci pada semua orang. Tapi itulah peringatan yang ALLAH berikan. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, …
Read More »Sukarnya untuk hamil
1. SUKARKAH NAK HAMIL? Seorang wanita berusia 30an, agak putus asa dan bertanya kepada saya, “Susah sangat kah untuk saya hamil?” Saya bertanya, “kenapa puan kata begitu?” “Saya sudah berkahwin satu tahun enam bulan, doktor. Belum hamil. Adik saya baru berkahwin empat bulan, sudah pun hamil. Saya sedih” Saya faham. Tiada satu peraturan yang sama untuk semua orang. Maknanya selepas berkahwin sekian lama, seorang wanita itu pasti hamil. Banyak faktor yang menentukan. Namun bagaimana terdapat satu anggaran purata terhadap kebarangkalian seorang wanita akan hamil setelah berkahwin. Jika 100 orang wanita berkahwin pada hari ini, …
Read More »Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin
MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN “Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal. Saya tidak …
Read More »Sukar Hamil Anak Kedua
SUKAR HAMIL ANAK KEDUA Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama. Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak lewat berkahwin. Dia sekarang berumur 36tahun sementara suami berumur 40tahun. Anak pertama juga agak lambat. Dia lahir setelah 3 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk mendapat anak kedua, malangnya mereka telah mecuba untuk hamil hamil tetapi tidak berjaya. Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan anak dengan normal, selalunya …
Read More »Berapa Cepat Saya Boleh Menguji Kehamilan dengan UPT?
BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT? “Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah gejala nak datang haid? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda payudara menegang dan sakit tidak bermakna puan sedang hamil. Mungkin juga puan akan mengalami kedatangan darah haid. Jadi cara terbaik untuk menguji puan hamil atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan UPT. Ketepatan ujian UPT ini bergantung kepada jenis …
Read More »KEGUGURAN LALU MENJEJASKAN PELUANG HAMIL SEMULA?
“Salam, saya telah melakukan beberapa kali D&C ketika saya masih belajar di universiti. Atas kesilapan saya, saya menjalani prosedure itu kerana kami suami isteri belum bersedia untuk hamil. Sekarang kami telah bekerja dan umur pekahwinan kami memasuki 6 tahun. Adakah saya sukar hamil akibat prosedure D&C yang lepas? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah sukar hamil yang puan alami mungkin tiada kaitan dengan keguguran dan prosedure D&C yang pernah puan jalani. Kebiasaanya prosedure itu selamat dan tidak mendatangkan komplikasi. Namun ada beberapa peratusan kecil, di mana prosedure D & C ini menyebabkan parut di bahagian atas pangkal rahem atau …
Read More »KAFEIN DAN IVF
KAFEIN DAN IVF “Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF. Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran. Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein. Wa allahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »Asid Folik untuk Lelaki
ASID FOLIC UNTUK LELAKI “Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “ WA ALAIKUM MUS SALAM. Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin. Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan. Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan. Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat …
Read More »SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN
“Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil. Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Ini kerana mereka selalunya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak …
Read More »PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN
“Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu. Dianggarkan sebanyak 80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah …
Read More »