Tag Archives: uterus

Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?

“Assalamu alaikum, doktor.  Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..” Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi. Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan  pemeriksaan doctor. Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan. Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia dapat …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Pecah Tuban Sebelum Waktunya

Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini. Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga. “Doc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah basah..!” “Itu tanda mahu melahirkan…” “Betul ke? Isteri saya baru masuk 30 minggu. Hairannya dia tak rasa sakit..” “Kalau begitu, bawa saja ke hospital untuk pemeriksaan..” Saya menyandarkan diri dan berdoa agar isteri rakan saya tidak melahirkan anaknya pada masa ini kerana masih terlalu awal. “Abah, air tuban tu apa?” …

Read More »

Pemindahan rahem dari ibu kepada anak

Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang  bernama Sara Ottoson berumur  25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012.     Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu  Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung.     Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun …

Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …

Read More »
error: Content is protected !!