Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Serangan sakit jantung secara senyap

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP

heart attack

“Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.

 

Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui.

Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).

 

Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi, terutamanya risiko penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung. Kebiasaanya jika dalam masa 10 hingga 15 tahun selepas disahkan doktor menghidap diabetes, dan pesakit tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, beliau diserang penyakit serangan sakit jantung, yang boleh membawa kematian.

 

Ini kerana kandungan gula dalam darah yang tinggi menyebabkan dinding saluran darah aretri menjadi senang tersumbat dan jika pesakit mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi dalam darah, pengumpulan plak kolestrole pada dinding saluran darah arteri mudah berlaku.  Apabila plak kolesterol ini tiba-tiba pecah, ia menyebabkan serangan sakit jantung atau strok.

 

Apa yang membimbangkan, gejala serangan sakit jantung dalam kalangan pesakit diabetes masih lagi mengalami kesukaran akibat apa yang dipanggil “iskemia senyap” (serangan sakit jantung tanpa disedari).

 

Kebiasaannya  serangan sakit jantung menyebabkan sakit dada atau keadaan tidak selesa. Dalam kes  “iskemia senyap” , pesakit tidak mengalami sebarang rasa sakit.

 

Ini menyebabkan kelewatan mendiagnosis dan pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna untu penyakit serangan sakit jantung dengan lebih awal.

 

Akhirnya apabila serangan kali kedua, selalunya pesakit akan terus pengsan atau meninggal dunia.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: