Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Punca keguguran di awal kehamilan

Punca keguguran di awal kehamilan

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN

Parents-kissing-baby

“Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu.

 

Dianggarkan sebanyak  80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan.

 

Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui  beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah darah haid.

 

Risiko keguguran akan meningkat sekiranya wanita yang hamil itu pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini.

 

Antara punca keguguran berlaku di awal kehamilan ialah:

 

a)         Masalah kualiti sperma dan ovum yang rendah menyebabkan percantuman kromosom yang abnormal pada janin.

b)         Janin yang telah disenyawakan tidak ditanam (implantasi) dengan baik dalam lapisan endometrium dalam rahem

c)         Wanita yang hamil mengalami masalah kesihatan yang kronik

d)         Jangkitan pada organ reproduksi seperti rahem, dan faraj.

e)         Wanita itu mengalami kemalangan seperti terjatuh dari tangga atau kemalangan jalanraya.

 

Keguguran di awal kehamilan sukar dielakkan kerana faktor-faktor kualiti sperma dan ovum yang rendah sukar diatasi.

 

Namun begitu saya mencadangkan agar mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

 

Saya mencadangkan pengamalan vitamin C dan E. Selain itu bagi meningkatkan kualiti sperma, saya mencadangkan penggunaan suplemen Proxeed Plus. Untuk info lanjut, sila ke https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: