Advertorial
Home » EKF » Perlukah rawatan D&C selepas Keguguran?

Perlukah rawatan D&C selepas Keguguran?

keguguran

 

“Salam, doctor. Baru-baru ini saya mengalami keguguran. Saya telah menjalani rawatan “cuci rahem”. Setengah doctor berpendapat ia tidak perlu kerana menyebabkan luka dalam rahem. Jadi apakah rawatan yang sebenarnya harus saya terima selepas keguguran? Bolehkah saya hamil semula selepas ini? Terima kasih.”

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.

 

Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula.

 

Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang negatif dan doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat sama ada janin yang telah meninggal dunia itu masih berada dalam rahem, atau rahem puan telah kosong.

 

Jika rahem puan telah kosong doctor tidak perlu mengosongkan rahem puan dengan melakukan prosedur ERPC (Evacuation of Products of Conception) atau D&C (Dilation & Curettage).

 

Jika pemeriksaan ultrasound masih menunjukkan terdapat janin dalam rahem, maka doctor mungkin menasihatkan puan melakukan prosedur itu.

 

Adakah prosedur D&C  diwajibkan ke atas semua wanita yang keguguran apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan janin yang telah meninggal dunia masih berada dalam rahem?

 

1. Jika keguguran itu berlaku pada usia kehamilan 10 minggu, kira-kira 50% dari mereka tidak memerlukan prosedur D&C. Ini kerana janin masih lagi dalam bentuk darah beku dan  kebanyakan proses keguguran berlaku pada waktu ini, berlaku secara lengkap. Ini bermakna keseluruhan janin akan dikeluarkan dengan sendiri.

 

A. Jika pemeriksaan ultrasound masih menunjukkan janin (darah beku) dalam rahem, puan boleh biarkan, ‘tunggu dan lihat’, dan berdoa agar proses keguguran ini dipermudahkan ALLAH.

 

Selepas dua minggu puan boleh memeriksa semula bagi memastikan janin (darah beku) itu telah keluar dari rahem dan rahem menjadi kosong. Dengan itu puan tidak perlu melakukan prosedur D&C.

 

B. Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan masih terdapat janin (darah beku), maka puan bolehlah menjalani prosedur D&C.

 

2. Jika keguguran itu berlaku selepas usia kehamilan 10 minggu, selalunya janin telah mula membentuk anggota tubuh. Proses keguguran yang berlaku selalunya tidak lengkap dan memerlukan prosedur D&C.

 

Selalunya doctor akan terus melakukan prosedur ini, namun puan boleh berbincang dengan doctor untuk membuat pilihan untuk menunggu sehingga proses keguguran berlaku secara lengkap dengan sendiri.

 

Doktor yang baik dan memahami akan menimbangkan pilihan puan dan meminta puan dating semula setelah dua minggu untuk melakukan semula pemeriksaan ultrasound.

 

Ada wanita merasa lebih selesa apabila membuat keputusan untuk menunggu proses keguguraan yang dialami berjalan dengan sempurna, tanpa terburu-buku melakukan prosedur D&C.

 

Mereka percaya kepada keupayaan tubuh sendiri menjalankan proses keguguran ini dengan semurna. Ramai juga wanita yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak mahu menanggung risiko komplikasi keguguran yang lebih teruk dengan segera melakukan prosedur D&C.

 

Jadi terpulanglah kepada pilihan masing-masing setalah berbincang dengan doctor yang merawat.

 

Oleh kerana keguguran dianggarkan berlaku pada 10 hingga 15 peratus kehamilan, maka doctor selalunya menganggap keguguran kali pertama sebagai keguguran yang biasa dan tidak menyarankan sebarang ujian khas untuk mengetahui punca keguguran kali pertama.

 

Jika keguguran untuk kali kedua atau ketiga, selalunya doktor akan melakukan beberapa ujian untuk mengenal pasti sebab keguguran tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan kehamilan selanjutnya tidak berakhir dengan keguguran juga.

 

Keguguran tidak menandakan seorang wanita mempunyai masalah kesuburan. Malah keguguran ini bermakna wanita dan lelaki itu subur kerana boleh hamil, Cuma harus dikenalpasti mengapa janin yang berada dalam rahem tidak mampu kekal lama.

 

Kajian menunjukkan bahawa tiga perempat daripada wanita yang mengalami keguguran sebanyak tiga kali atau lebih akhirnya melahirkan bayi yang sihat tanpa memerlukan sebarang rawatan yang khusus.

 

Namun harus disedari bahawa selepas keguguran kali pertama, risiko keguguran untuk kali kedua sama sahaja dengan sebelumnya. Dan risiko keguguran seterusnya hanya meningkat sedikit sahaja.

 

Kebanyakan doktor akan mengesyorkan anda tunggu sehingga mendapat sekurang-kurangnya tiga kali haid yang normal sebelum mencuba lagi. Ini bagi memberi peluang kepada rahem kembali normal.

 

Oleh itu perlu amalkan pemakanan yang sihat di samping memastikan nutrisi yang dimakan mengandungi vitamin yang lengkap.

 

Saya juga mencadangkan untuk mengalamkan Ekstrak kacip Fatimah sebagai suplemen untuk merawat rahem dan faraj yang cedera semasa keguguran dan prosedur D&C.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: