PENGGUNAAN SPRAY UBAT NYAMUK KETIKA HAMIL

 

“Salam doctor. Baru-baru ini kawasan perumahan saya dilanda bencana banjir. Setelah banjir surut, saya dapati banyak nyamuk di rumah saya. Kami terpaksa menggunakan ubat membunuh nyamuk (mosquito coli) dan adakalanya menggunakan spray. Adakah ia merbahaya kepada saya, yang sedang hamil ? Mohon pencerahan. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Saya tidak nafikan kadang kala kita terpaksa menggunakan ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk. Apatah lagi sekarang banyak kes denggi, ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan ada yang meninggal dunia.

 

Banyak jenama ubat nyamuk yang ada di pasaran. Nama yang sering kita gunakan iaitu “ubat”, amat mengelirukan kerana ubat nyamuk ini digunakan bukan untuk melindungi dan menyembuhkan nyamuk, tetapi untuk membunuh nyamuk.

 

Ia dijual dalam bentuk lingkaran yang dibakar untuk mendapatkan asap, semburan aerosol, atau yang dipanaskan menggunakan elektrik.

 

Ubat nyamuk berbahaya untuk manusia karena mengandungi bahan aktif organophosphorus dalam bentuk Dimethyl Dichlorovynil Phosphate (DDVP), Propoxur (Carbamat), & Diethyltoluamide, Transfluthrin, Cyfluthrin, Prallethrin, d-Phenothrin yang merupakan bahan kimia yang membunuh serangga.

 

Selain itu, ubat nyamuk juga mengandungi pewarna, pengawet, serta pewangi yang membahayakan kesihatan.

 

Walaupun kandungan racun dalam ubat nyamuk ini rendah, jika digunakan berulang kali, ia boleh mendatangkan bahaya.

 

Namun risiko yang dihadapi bergantung kepada dos bahan ini yang ada daalam ubat nyamuk itu. Paling bahaya ialah ubat nyamuk yang bakar kerana asapnya mudah disedut. Ubat  nyamuk yang dispray pula mempunyai kepekatan yang lebih rendah. Ubat nyamuk yang menggunakan elektrik mempunyai dos yang lebih rendah lagi.

 

Oleh itu berpada-padalah menggunakan ubat nyamuk. Walau pun belum ada kajian yang menunjukkan kesan buruk ubat nyamuk terhadap kehamilan, seperti keguguran atau kecacatan, namun penggunaannya haruslah digunakan secara berhati-hati.

 

Alternatif lain ialah puan boleh gunakan kelambu ketika tidur. Walau pun ia agak payah untuk menguruskannya, namun ia adalah lebih selamat.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!