“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”
Wa alaikum mus salam.
Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.
Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.
Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.
Saya menasihatkan agar tidak membeli ubat-ubat di farmasi jika tiada ahli farmasi yang bertugas atau kita tidak diberikan penerangan yang lengkap mengenai kesan dan manfaat ubat yang hendak diberikan kepada anak kita.
Kebanayakan ubat-ubat yang boleh dibeli secara ‘over-the-counter’ untuk batuk dan selsema mungkin tidak memberikan kesan yang baik pada bayi kita.
Ubat-ubat ini hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa.
Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doctor?
Puan boleh melakukan perkara di bawah :
- Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.
- Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.
- Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
- Jika anak puan mengalami batuk atau selsma bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.
- Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas.
- Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.
Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibody dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secardra semulajadi, dengan izin ALLAH.
Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibody dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas.
Cuma ada beberapa keadaan di mana ibubapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik.
- Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari.
- Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
- Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
- Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
Jadi berhati-hatilah dengan ubat yang dibeli dan pada masa yang sama dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak puan.
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Tingkatkan daya tahan anak anda terhadap sebarang jangkitan dengan Set Anak Sihat. Sila klik pada gambar di bawah :
2 comments
Pingback: pelangsing perut dengan bahan alami menghilangkan | LANGSUNGLANGSING.CLUB
Pingback: minum ratu langsing dengan | MADULANGSING.XYZ