Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Mengambil antibiotics ketika hamil

Mengambil antibiotics ketika hamil

 pill

 

Saya selalu memberikan nasihat agar berhati-hati terhadap penggunaan antibiotic di kalangan bayi dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang hamil? Adakah ia selamat digunakan oleh ibu yang hamil dan bayi dalam rahem?

 

Antibiotik selalu diberikan kepada wanita hamil yang mengalami jangkitan kuman. Ia tidak diberikan kepada jangkitan virus atau jangkitan fungal. Oleh itu penggunaan antibiotic yang berhati-hati tidak memudaratkan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem.

 

Adakah wanita hamil yang dijangkiti meninggalkan penggunaan antibiotic adalah langkah yang bijak?

 

Seorang wanita sedang sakit dan memerlukan antibiotic untuk sembuh, perlu mengambil rawatan antibiotic. Tidak semua rawatan antibiotic merbahaya, ia bergantung kepada jenis ubat  antibiotic itu, berapa jumlah dos yang diambil dan berapa usia kehamilan ketika ia diambil. Jika manfaat lebih banyak dari kemudaratan, maka mengambil antibiotic adalah sangat perlu.

 

Selalunya doktor akan memberikan ubat antibiotic kepada wanita hamil bagi merawat beberapa jangkitan kuman seperti jangkitan kencing kotor (urinary tract infection), jangkitan kuman pada pundi kencing, jangkitan kuman pada ginjal (pyelonephritis) dan appendicitis. Jika tidak dirawat dengan antibiotic, penyakit ini boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam rahem.

 

Ada banyak lagi jangkitan kuman yang memerlukan rawatan antibitiok bergantung pada pertimbangan seorang doktor.

 

Terdapat beberapa jenis antibiotic yang selamat digunakan oleh wanita yang hamil. Selalunya doktor memberikan antibiotic yang berada di kategori A atau B dalam senarai FDA. Antara ubat antibiotic yang selamat digunakan ketika hamil ialah:

Amoxicillin

Ampicillin

Clindamycin

Erythromycin

Penicillin

 

Ada beberapa ubat yang perlu dielakkan, seperti antibiotic tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Ubat Bactrim dan Septra juga harus dielakkan. Ini kerana Trimethoprim, bahan utama dalam Bactrim dan Septra menghalangkan manfaat folic asid yang sangat penting ketika hamil.

 

Bagi ubat antibiotic nitrofurantoin (atau nama yang dijual di pasaran sebagai Macrodantin atau Macrobid atau Penglobe) tidak boleh diberikan selepas usia kehamilan 36 minggu kerana antibiotic ini memberikan risiko kerosakan pada sel darah merah bayi dalam rahim jika diberikan beberapa hari sebelum bayi dilahirkan.

 

Sebagai kesimpulan, nasihat saya bagi wanita yang hamil:

1. Gunakan antibiotic sebagai pilihan terakhir.

2. Elakkan penggunaan antibiotic di usia awal kehamilan, kurang dari 15 minggu.

3. Pilih antibiotk yang diketahui statusnya selamat untuk wanita hamil.

4. Jangan terlalu banyak makan ubat, gunakan satu ubat yang penting saja dan tinggalkan ubat-ubat yang tidak berapa perlu.

5. Gunakan antibiotic pada dos yang rendah dan berkesan.

6. Jangan mengambil apa-apa ubat lain yang boleh dibeli dari farmasi atau kedai ubat ketika mengambil rawatan antibiotic.

 

Oleh jika doktor mahu memberikan antibiotic kepada wanita yang hamil, berbincanglah dengan doktor tentang risko dan manfaatnya.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top