“Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak.
Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang.
Ini kerana dibimbangi pil perancang kehamilan akan menyebabkan susu ibu berkurangan.
Bagi wanita yang tidak menyusui secara eksklusif (menggunakan susu ibu dengan susu formula untuk bayi mereka), boleh memulakan penggunaan pil ini tiga minggu selepas melahirkan anak.
Walau bagaimana pun penggunaan pil ini lebih elok dibincang dengan suami, dan apabila sudah sihat dan bertenaga untuk melakukan hubungan seksual semula.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
2 comments
Pingback: Masa Sesuai Untuk Mula Ambil Pil Perancang Elak ‘Terbabas’ | Viral Meletop
Pingback: 3 Cara Yang Betul Mengambil Pil Perancang Menurut Doktor Pakar - Petua Ibu