“Doktor apakah tanda jangkitan paru-paru pada bayi 1 tahun 8 bulan?. Mohon pencerahan. Terima kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM
United Nations Children’s Fund (UNICEF) telah membuat anggaran bahawa penyakit jangkitan kuma di paru-paru (pneumonia) di kalangan kanak-kanak telah membunuh kira-kira 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun.
Ini bermakna jangkitan penyakit ini sangat bahaya.
Kematian ini berlaku terutama di kalangan kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik paru-paru akibat kelahiran pra-matang, penyakit jantung semenjak lahir (kongenital), dan kanak-kanak yang mengalami daya tahan yang rendah (immunosuppression).
Walaupun kebanyakan kematian berlaku di negara-negara yang miskin, tetapi ia masih menjadi punca utama kematian kanak-kanak bawah lima tahun , di negara membangun dan negara maju.
Kanak-kanak dan bayi yang berusia kurang dari dua tahun lebih mudah mendapat penyakit jangkitan kuman di paru-paru. Mereka selalunya mengalami demam, batuk , tidak mempunyai selera untuk makan untuk beberapa hari, tidak aktif, mudah merengek dan marah, bernafas dengan laju, tidur berdengkur dan kelihatan sukar bernafas.
Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman seperti kumpulan B Streptococcus, Listeria monocytogenes, atau rod gram-negatif (misalnya, Escherichia coli, Klebsiella pneumoniae).
Kumpan bakteria kumpulan B streptococci adalah kuman yang menyebabkan jangkitan yang paling sering berlaku pada bayi dalam rahem.
Sementara virus paling biasa berlaku adalah virus syncytial pernafasan (RSV).
Saya ada menulis mengenai jangkitan virus RSV dalam blog saya. https://drzubaidi.com/blog/jangkitan-respiratory-syncytial-virus-rsv/
Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan yang agak agresif apabila kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah ini mengalami tanda-tanda yang disebutkan.
Memerhatikan bagaiaman kanak-kanak ini bernafas semasa pemeriksaan fizikal adalah langkah pertama yang penting dalam mendiagnosis pneumonia.
Selain dari kanak-kanak atau bayi ini bernafas dengan laju, cara bernafas yang berombak pada dada dan perut juga menunjukkan bayi atau kanak-kanak ini sukar bernafas. Bila dilihat pada dada, akan kelihatan, tulang dada akan lebih menonjol apabila dia menarik nafas.
Ini sudah cukup menunjukkan bayi ini perlu pemeriksaan yang lebih lanjut, seperti pemeriksaan darah untuk pemeriksaan kiraan sel darah yang lengkap, serologi dan culture, dan xray dada.
Jadi jika anak puan mengalami tanda di atas, harus segera melakukan pemeriksaan.
Wallahua’alam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz