Advertorial

Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan

Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan.

Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat atau menghadapi masalah fungsi hati (liver disease), maka mereka harus menghentikan penggunakan suntikan ini.

Untuk itu suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit. Doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan melakukan pemeriksaan darah untuk liver function test, bagi memastikan fungsi hati pesakit dalam keadaan normal dan toksik dari perkumuhan hormone ini dapat dibuang dengan selamat.

Doktor, saya datang sebab mahu meneruskan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tidak sempat untuk ke klinik yang saya selalu pergi..”

“Sudah berapa lama puan mendapatkan suntikan ini?”

“Lebih lima tahun. Doktor yang menyuntik saya tak cakap apa-apa pun. Saya rasa tentu tidak ada masalah untuk mengambil suntikan ini, kan? ”

Saya serba salah..

Suntikan yang biasa diberikan untuk mencegah kehamilan ialah Depo-Provera iaitu suntikan yang mengandungi hormone progesterone sahaja (medroxyprogesterone acetate) atau DMPA 150mg yang memberikan kesan mencegah kehamilan dalam jangka yang lebih lama. Oleh itu suntikan ini diberikan setiap 3 bulan pada punggung atau otot bahu secara suntikan intramuscular.

DMPA mencegah kehamilan dengan cara menghalang perkembangan follicular dalam kilang telur ovari dan seterusnya menghalang ovulasi. Selain itu, ia juga membuatkan lendiran pangkal rahem cervix menjadi lebih pekat dan menghalang sperma memasuki rahem.(1)

Namun kesan ’perlindungan’ ini hanya bermula selepas seminggu suntikan diberikan. Maksudnya selepas diberikan, jika wanita mengadakan hubungan jima’ bersama suami pada malam itu, berkemungkinan beliau boleh hamil. Jadi doktor akan memberikan suntikan itu ketika wanita itu sedang mengalami darah haid kerana ini bermakna wanita itu tidak hamil. (Wanita hamil tidak boleh diberikan suntikan pencegah kehamilan)

Selain itu, sebaik sahaja selesai kedatangan haid (selalunya mengambil masa 5-7 hari), ubat itu mula memberikan kesan perlindungan dan wanita itu boleh melakukan jima’ bersana suami tanpa risau tentang kehamilan.

“Ada kemungkinankah suntikan ini gagal dan saya hamil? Saya bertanya kerana sudah 3 bulan saya tidak kedatangan haid selepas suntikan terakhir”

Saya tidak menafikan ada kemungkinan untuk suntikan ini gagal menghalang kehamilan, iaitu secara purata sebanyak 0.3%. Ini bermakna dalam 1000 orang wanita yang mendapat suntikan, 3 orang berkemungkinan hamil atas pelbagai sebab.(2)

Walaubagaimanapun kebanyakan masalah tidak kedatangan haid adalah disebabkan oleh kesan sampingan suntikan itu sendiri.

Suntikan Depo-Provera boleh menyebabkan masalah kitaran haids yang tidak teratur. Jadi jangan terperanjat jika mengalami kedatangan darah haids yang sedikit  dan hanya beberapa hari saja. Ada wanita yang mengadu tidak mengalami darah haid lebih dari enam bulan.

“Doktor bolehkah saya hamil semula setelah saya menghentikan suntikan ini?”

Pada amnya apabila suntikan dihentikan, seseorang wanita tidak mengalami masalah untuk hamil semula. Cuma masalahnya ialah suntikan ini boleh menyebabkan wanita tidak menjadi subur serta-merta apabila menghentikan suntikan itu. Kesuburan mereka menjadi lewat. Secara purata kesuburan akan datang semula antara 10-12 bulan selepas suntikan terakhir. Malah ada yang mengalami masalah kesuburan selepas 18 bulan.(3)

Wanita yang mengamalkan suntikan ini melebihi 5 tahun juga boleh mengalami masalah kerapuhan tulang. Walaubagaimanapun ia minimal dan boleh diperbaiki dengan menghentikan suntikan itu.(4)

Setakat ini belum ada bukti kukuh suntikan ini boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara pada kebanyakan wanita yang sihat. Namun bagi wanita yang mempunyai ibu, saudara perempuan atau ibu saudara yang pernah mengalami kanser payudara haruslah berhati-hati. Begitu juga dengan risiko kanser pangkal rahem (cervical cancer).(5),(6)

Sudah lama kah puan menerima suntikan pencegah kehamilan ini?” Tanya saya kepada seorang wanita yang berumur 45 tahun.

“Semenjak umur saya 35 tahun, doktor. Apabila umur semakin meningkat, saya takut hamil sebab suami saya masih aktif. Saya datang haid pun sesekali”

Saya tersenyum dengan jawapan ini. Pertama kedatangan haid yang tidak teratur berkemungkinan disebabkan oleh suntikan ini, tetapi beliau sedang memasuki fasa menopause. Keduanya pengambilan suntikan ini tidak perlu terlalu lama, kerana kaedah suntikan pencegahan haid ini hanyalah untuk sementara. Jika diberikan terlalu lama dibimbangi akan mendatangkan kesan yang tidak baik pada badan.

American College of Obstetricians and Gynecologists menasihatkan para doktor agar tidak memberikan suntikan ini melebihi 2 tahun jika dikhuatiri akan menyebabkan kerapuhan tulang dan kesan-kesan yang lain.(7)

Jadi saya mencadangkan agar menghentikan suntikan ini. Saya percaya memberikan suntikan untuk jangka masa lama akan mengundang kemudharatan.

“Doktor, kenapa saya rasa sakit kepala selepas disuntik? Adakah ia disebabkan suntikan terlalu dalam dan terkena saraf saya?”

Suntikan ini harus diberikan pada otot besar seperti otot bahu atau otot punggung. Jika diberikan pada tempat yang betul, ia tidak akan menyebabkan kerosakan saraf.

Bolehjadi suntikan itu menyebabkan bengkak akibat terkena saluran darah yang kecil. Darah yang berkumpul di bawah kulit akan kelihatan lebam dan sakit bila disentuh.

Namun ubat DMPA boleh memberi kesan secara langsung pada rasa sakit kepala. Ini adalah kesan sampingan yang sering dialami oleh wanita yang mengambil suntikan ini.

Kesan sampingan yang lain rasa tidak selesa atau kadang kala merasa sakit perut terutama di bahagian ari-ari, penambahan berat badan, mudah rasa loya dan mahu muntah, mudah rasa letih dan penat (asthenia), mengalami keguguran rambut dan rasa mudah risau atau nervous.

Jadi apabila seorang wanita mengalami simptom-simptom ini, saya sering menasihatkan agar menghentikan pengambilan suntikan itu dan mengamalkan kaedah yang lain. Untuk ini harus berjumpa dengan doktor.

Walaubagaimanapun saya ingin mengingatkan bahawa jika seseorang wanita atau suami menasihatkan wanita untuk melakukan pencegahan hamil bukan atas sebab kesihatan, ia dilarang dan kebanyakan ulama memberitahu hukumnya haram.

Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal dan melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram.

Ini berdasarkan ayat al Quran:

“..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan,(sebenarnya) Kamilah memberikan rezeki pada kamu dan kepada mereka..” (Al An’am:151)

Wallahu a’lam.

 

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

 

Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (140911)

Rujukan:

  1. (Glasier, Anna (2006). “Contraception”. In DeGroot, Leslie J.; Jameson, J. Larry (eds.). Endocrinology (5th)
  2. Trussell J (2004). “Contraceptive failure in the United States”Contraception 70 (2): 89–96.
  3. Speroff, Leon; Darney, Philip D. (2005). “Injectable Contraception”. A Clinical Guide for Contraception (4th ed.). Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins. pp. 201–220.
  4. Scholes D, LaCroix AZ, Ichikawa LE, Barlow WE, Ott SM (2002). “Injectable hormone contraception and bone density: results from a prospective study“. Epidemiology 13 (5): 581–7.
  5. Thomas D, Ye Z, Ray R (1995). “Cervical carcinoma in situ and use of depot-medroxyprogesterone acetate (DMPA). WHO Collaborative Study of Neoplasia and Steroid Contraceptives”.Contraception 51 (1): 25–31.
  6. The Who Collaborative Study Of Neop, (1992). “Depot-medroxyprogesterone acetate (DMPA) and risk of invasive squamous cell cervical cancer. The WHO Collaborative Study of Neoplasia and Steroid Contraceptives”. Contraception 45(4): 299–312)
  7. Committee on Gynecologic Practice (2008). “ACOG Committee Opinion No. 415: Depot medroxyprogesterone acetate and bone effects”. Obstetrics and gynecology 112 (3): 727–730.

23 comments

  1. Raja Fatimah Nazli

    Assalam doc, sy sdg mengalami masalah ini. masih adakah harapan utk saya hamil semula? apakah kaedah rawatan yg perlu dibuat memandangkan umur saya sudah 33 tahun sekarang..jika bole sy ingin mengandung dlm masa terdekat. terima kasih.

  2. salam doktor,

    setelah membaca mengenai perkara ini membuatkan saya rasa bersyukur kerana tidak mengambil suntikan yang dinyatakan doktor. sekarang ini saya mengambil langkah semulajadi untuk mencegah kehamilan. Saya tak paham kenapa doktor-doktor di hospital kerajaan selalu mendesak pesakit2 utk mengambil pencegahan seperti ini walaupun tahu ianya berisiko.
    saya ingin tahu pandangan doktor mengenai pil perancang..adakah risikonya sama seperti di atas atau kurang?? terima kasih

  3. ASSALAM doc..terima kasih atas penerangan ini..saya telah berhenti menggunakannya setelah 4tahun sejak 4bulan yang lepas. Alhamdulillah haid saya teratur seperti sebelum mengambilnya. Klo ada rezeki lepas ini saya akan terima dengan hati yang terbuka.

  4. Assalam doc….
    sy tidak pernah menggunakan apa-apa kaedah pencegah kehamilan…tetapi apa yang membuatkan saya pelik dan tertanya-tanya adalah kenapa kebanyakan doktor kerajaan menyuruh saya menggunakan kaedah pencegahan kehamilan. hal ini adalah disebabkan kerana anak pertama dan kedua saya selang setahun… jadi mereka bimbang saya akan mengandung rapat lagi…walaupun mereka tahu kesan sampingan penggunaan kaedah itu?

  5. salam,,saya telah mengambil suntikan cgah hamil gak tahun lps,,27 okt 2011,,saya period bulan 8,,bulan dah xde period daaa,,bulan 10 ade tpi ckit,,,cuma 1 hari je,,,sampai laaa ni xde period,,risau sgt2,,,dah brp kli wat pgnnt test,,xpulak preggy,,,cmne arrr nk period blik,,,

  6. salam doktor,

    saye ade amik suntikan ini…sy gunakan suntikan ni pun x lame dlm x smpi 1 thn….tp saye da stop pd bulan 9 2011….sehingga kini 28/2/2012, saye masih belum datang haid….pernah awal bln 1 2012, sy check samada saye pregnant tp mmg x….

    saye mmg nk baby…ape yg perlu saye buat yer…tk doktor…

    • sy pn ambil sukntik x smp 1thn..mmg lps itu,sy xdtg period dlm tempoh bbrapa bln..mmg mrisaukn..sy ada rjuk doc swsta.sy diberikan pil primrose oil utk sihatkn rahim n asid folik.kmudian sy try urut tradisional.slps proses urut,sy dtg period 1 kali.lps tu,sy disahkn ngndung.tp xde rzki,sy bleeding n ggur.lps ggur,xde period plak.try cek upt,still -ve.xthu le cmna pasni…

  7. doctot plez answerrrr me,,,,

  8. assalamualaikum dr..

    sy amat setuju dengan artikel ini..sy rasa ramai yg tidak menyedari kesan sampingan suntikan pencegahan hamil ini dan tidak dinafikan ramai yg mengesyorkan pengambilan suntikan ini di kalangan jururawat mahupon dokt lain.. bg pendapat sy..ada byk lagi kaedah lebih baik utk mencegah kehamilan, kaedah semulajadi lebih selamat walaupon peratus berkesanan tidk tinggi…kalo pon tidk berjaya, anggaplah ank itu rezeki..bagi yang betul2 tidak dibenarkan mengandung…carilah rawatan yang lebih selamat..terima kasih

  9. Assalamualaikum…saya tlh mengambil suntikan ini pd 21/1/2012 pd hari pertama period n tlh period selama 23hr (2minggu haid yg byk n selebihnya tompokan coklat pekat)..selang 4 minggu sy period lg selama 24hr..12hr kemudiannya sy period lg sehingga ke hr ini..adakah ini normal doktor?

  10. salam,sy telah mengambil suntikan pencegahan ini selama lima tahun dan paa tahun lepas sy telah berhenti mengambil suntikan ini. bolehkah pada tahun ini sy ingin mengambil suntikan ini semula ini kerana setiap kali mengandung sy akan mengalami gula yang tinggi dalam darah dan darah sy akan tinggi. Sy mohon pandangan dengan segera. terima kasih

  11. slm,sy brumur 33thn.mmpunyai seorg ank brumur 2thn.slps brsalin,sy mngambil suntikan depo utk jarakkn khmilan slama bberapa bln.smasa pngmbilan suntikan,haid sy tratur.slps stop,haid sy trganggu.wlaupn haid xtratur,sy tetap brusaha utk hamil smula.last haid sy pd 25/3/2012.pd 25/5/2012,sy disahkn hamil.rs pelik sbb dlm bln april,sy cek upt,tp-ve.akhirnya,pd 2/6/2012,sy kguguran.nifas sy hbis pd 7/6/2012.shingga harini(23/7/2012)sy msih blm dtg haid.adakah sy ada pluang utk hamil smula?ms ggur,doc ckp x perlu D&C sbb full abortion.

  12. saya dah ambik suntikan depo..
    pd awal pengambilan…sy kerap period..
    tp, skarang dah xde dtg period…
    risaunye,,,,
    nak buat UPT pon x berani…

    • saya dah ambik suntikan depo.. pd awal pengambilan…sy kerap period.. tp, skarang dah xde dtg period… risaunye,,,, nak buat UPT pon x berani…

      Suntikan perancang keluarga jenis Unidepo selalunya akan menyebabkan kitaran haids tidak teratur.

  13. Norazalina Radzuan

    Salam Doc.

    Untuk suntikan depo,ini adalah pertama kali saya mengambilnya.kini genap sebulan pengabilannya tapi masih belum datang period.adakah ini normal doc?kerana saya sangat beraga jaga. Selepas s seminggu suntikan baru saya bersama dengan suami.adakah ininormal bagi mereka yang pertama kali mengambilnya?

  14. ubat yang manakah terbaik untuk mencegah kehamilan,.suntikan..pil,alat dalam rahim.

    • ubat yang manakah terbaik untuk mencegah kehamilan,.suntikan..pil,alat dalam rahim.

      Dr Zubaidi: banyak faktor yang dipertimbangkan kerana setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Hal ini harus dibincangkan dengan doktor dengan lebih teliti.

  15. sya ambil suntikan neh dari bulan 7 , tapi smpai sekarang masih ada darah keluar tanpa henti . . ape sbb erk ? help me

    • sya ambil suntikan neh dari bulan 7 , tapi smpai sekarang masih ada darah keluar tanpa henti . . ape sbb erk ? help me

      Dr Zubaidi: penerangan ttg situasi puan sangat dingkas. Mungkin puan perlu berjumpa semula dgn doktor yang merawat puan.

  16. Ada berapa jenis suntikan pencegah kehamilan? Saya disahkan tidak sesuai dengan pil perancang, jadi saya telah menggunakan iucd. Kemudian saya disahkan mendapat jangkitan bakteria disebabkan iucd. Doc menasihatkan supaya membuang iucd dan mencuba suntikan. Kesan suntikan menyebabkan saya mengalami sakit kepala yg teruk dan sakit dibawah perut. Haid pula sikit2 tetapi berpanjangan melebihi tempoh 10 hari sehingga kini. Mungkin ke terdapat cara lain untuk merancang keluarga kerana saya mempunyai 3 anak dgn jarak kelahiran yg dekat sblm ini. Tkasih

    • Ada berapa jenis suntikan pencegah kehamilan? Saya disahkan tidak sesuai dengan pil perancang, jadi saya telah menggunakan iucd. Kemudian saya disahkan mendapat jangkitan bakteria disebabkan iucd. Doc menasihatkan supaya membuang iucd dan mencuba suntikan. Kesan suntikan menyebabkan saya mengalami sakit kepala yg teruk dan sakit dibawah perut. Haid pula sikit2 tetapi berpanjangan melebihi tempoh 10 hari sehingga kini. Mungkin ke terdapat cara lain untuk merancang keluarga kerana saya mempunyai 3 anak dgn jarak kelahiran yg dekat sblm ini. Tkasih

      DrZubaidi Ahmad: Suntikan dan pil perancang mempunyai hormon bagi tujuan ketidaksuburan, adakalanya akan menyebabkan sakit kepala. Saya mencadangkan puan menggunakan kaedah pengiraan hari subur, dan mengelakan mengadakan hubungan intim dengan suami pada hari-hari tersebut.

  17. Assalam doktor, saya telah mengamalkan suntikan ini 2 tahun lebih dah, bile baca artikel ni, buat saya rasa nak berhenti terus… sbb anak rapat sgt, setahun sorang, pastu sekarang tgh sambung study, tu pasal guna kaedah ini. saya nak tanye, selepas menghentikan suntikan ini, agak2 berapa lama masa utk kita didatangi haid semula? terima kasih, doktor.

  18. sy pn bru je stop ambk suntikan perancang..itu pn sbb doc kt klinik LPPKN x bg sy tunda tarikh amik suntikn..pdhal cma lewat 1 hari je..sy xde mslh lain ambk suntikn ni..just period terlalu lame..kdg2 smpi sebulan..ape pn thanks doc bg info yg berguna..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top