Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Hamil pada usia 40an

Hamil pada usia 40an

HAMIL PADA USIA 40AN

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

“Salam. Dr, saya berharap sangat dr akan membalas mesej saya ini. Saya berusia 43 thn 24 Nov ini. Saya mempunyai 4 org anak. Saya mengambil pil perancang selepas anak keempat dan sudah genap 5 thn sy ambil pil norriday. Baru2 ini saya mengalami keguguran iaitu pada 16 Oktober (unplanned). Saya termengandung mungkin sebab ada tercicir ambil pil tersebut. Saya teringin untuk menambah cahaya mata lagi (mungkin yg terakhir) sebelum saya mungkin membuat keputusan utk ikat. Persoalannya adakah saya masih boleh menagandung? Anak pertama usia 16 thn, kedua 15, ketiga 10, keempat 5. Saya start mkn pil selepas anak kedua. Saya stop mkn pil sblm mengandung anak kedua sbb dua bln tak dtg period namun tidak hamil. Saya risau kesan pil tersebut jadi sy stop. Slps itu saya hamil. Begitu juga sblm mengandung anak keempat. Saya rasa saya ni jenis senang nak melekat. Adakah sudah terlewat bg saya utk mengandung thn depan. Adakah saya mempunyai peluang cerah utk mengandung semula? Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya ingin mengucapkan tahniah pada puan keran telah mempunyai 4 orang anak dan pada usia 40an, puan masih lagi boleh hamil.

 

Memang saya tidak menafikan ada sebahagian wanita yang masih subur dan boleh hami pada usia 40an. Dalam keadaan puan, saya percaya kemungkinan untuk hamil untuk puan masih ada dan masih tinggi.

 

Persaoalannya adakah puan akan selamat apabila hamil pada usia 40an?

Ini kerana tubuh seorang wanita akan semakin tidak berdaya untuk kehamilan, berbandingan semasa umur mereka 20an atau 30an.

 

Di samping itu pada usia 40an ini, banyak penyakit kronik yang telah dihidapi oleh mereka, atau wanita berusia 40an lebih mudah mendapat penyakit-penyakit kronik.

 

Oleh itu berbincang dulu dengan doctor yang biasa merawat puan. Jika puan hamil, puan dimasukkan dalam kumpulan “berisiko tinggi” dan hanya sepanjang kehamilan puan diperiksa oleh doctor pakar dan kelahiran puan juga akan disambut denga doctor pakar, jika puan menggunakan perkhidmatan hospital awam.

 

Dalam banyak kajian menunjukkan bahawa wanita yang hamil pada usia 40an mengalami risiko duak lai ganda berbanding dengan wanita yang berusia 20an untuk mendapat :

 

  1. kencing manis semasa hamil.
  2. Masalah pra-eklampsia
  3. Masalah tekanan darah tinggi
  4. plasenta previa (uri rendah)
  5. abruption plasenta, (uri terpisah dari dinding rahem)

 

Begitu juga masalah ketika proses melahirkan anak.  Wanita berusia 40an mungkin lebih mudah mengalami masa seperti:

 

  1. Menjalani pembedahan Ceserean (bukan kelahiran normal)
  2. Bayi akan lahir dalam songsang
  3. Bayi yang lahir dengan berat  badan yang ringan
  4. bayi dilahirkan terlalu awal (pramatang)

 

Masalah yang menjadi kebimbangan setiap doctor dan ibubapa ialah risiko untuk mendapat anak yang mempunyai masalah kromosom lebih besar, berbanding dengan wanita yang lebih muda.

 

Kira-kira satu dalam 200 bayi yang dilahirkan oleh wanita yang berumur 40 atau lebih mempunyai “Down Syndrome”.  Statistik ini dianggap tinggi kerana risiko untuk ibu yang berusia 35 kepada 39 tahun, akan mendapat bayi seperti ini hanya satu dalam 700 bayi yang dilahirkan.

 

Sementara bagi ibu yang berumur antara 20-24 tahun , risiko untuk melahirkan anak seperti ini adalah satu dalam 1,500 bayi yang dilahirkan.

 

Namun saya berpendapat tiada doctor yang dapat menghalang keinginan puan. Cuma puan haruslah berbincang dengan suami dan fikir semasak-masaknya risiko yang mungkin puan hadapi.

 

Pada masa ini , perubatan moden dibantu oleh teknologi moden. Pemeriksaan yang lebih kerap harus dilakukan. Carilah doctor yang puan rasa selesa berbincang dan akan membantu puan sepanjang kehamilan puan dan semasa proses melahirkan anak nanti.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: