Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Darah Tinggi Semasa Hamil

Darah Tinggi Semasa Hamil

klinik ibu dan anak

 

 

“Salam sejahtera doktor saya ingin bertanya jika menghidap tekanan darah tinggi apakah risikonya pada bayi dan juga ibunya. Terima kasih doktor”.

 

Salam sejahtera. Saya bersimpati dengan puan, jika puan mengalami masalah ini. Banyaklah berdoa, insya ALLAH akan akan permudahkan kehamilan puan.

 

Ada wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum beliau hamil lagi. Penyakit ini akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil dan akan memberikan pemantauan yang lebih yang teliti apabila mereka mula memasuki trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang selamat digunakan semasa hamil.

 

Ada pula wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil yang selalunya berlaku selepas kehamilan berusia 20 minggu. Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Selalunya doctor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.

 

Namun jika tekanan darah tidak terkawal, ia akan menyebabkan suatu keadaan yang lebih teruk, dinamakan Pre-eclampsia (PE).

 

Wanita yang hamil apabila telah didiagnosakan sebagai PE, bermakna beliau bukan saja mengalami masalah tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.

 

Oleh sebab itu pemeriksaan ujian air kencing sangat penting untuk mengesan kerosakan buah pinggang di peringkat awal.

 

Sekiranya terdapat banyak protein di dalam air kencing, berkemungkinan besar wanita ini sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam air kencing semakin teruk keadaan pesakit tersebut.

 

Sekiranya keadaan ini tidak dirawat dengan segera, keadaan wanita ini akan menjadi serius, dan mendapat sawan. Keadaan ini dinamakan eclampsia.

 

Dalam keadaan ini risiko keselamatan pada ibu dan anak dalam rahim sangat tinggi dan kedua-duanya boleh meninggal dunia semasa, atau ketika atau selepas proses kelahiran.

 

Banyak sebab berlakuknya masalah ini. Pakar perubatan sebenarnya tidak pasti punca sebenarnya. Ia adalah suatu yang di luar kawalan, dan merupakan ujian ALLAH kepada insan terpilih.

 

Namun begitu doctor boleh menjangkakan wanita mana yang berisiko untuk mengalami masalah ini.

 

Antara wanita yang berisiko ialah:

1.Ia sering berlaku pada kehamilan pertama wanita yang berusia lebih 35 tahun.

2.Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum hamil, atau pernah didiagnosakan mengalami PE pada kehamilan lepas.

3.Wanita yang mempunyai migrane

4.Wanita yang mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mengalami PE semasa hamil

5.Wanita yang terlalu kurus atau terlalu rendah

6.Wanita yang hamil kembar

 

Wanita yang mempunyai penyakit tekanan darah yang tinggi sahaja selalunya tidak menunjukkan apa-apa tanda. Tetapi jika wanita ini mengadu sakit kepala, pandangan yang berpinar atau rasa mahu pitam, pandangan menjadi sensitif kepada cahaya, rasa loya dan muntah, maka doctor akan menasihatkan wanita untuk tinggal di wad bagi pemantauan dan rawatan.

 

Sekiranya tekanan darah ketika itu terlalu tinggi dan tidak diturunkan dengan rawatan yang sedia ada, selalunya doctorakan mencadangkan untuk melakukan proses kelahiran dengan segera. Jika tidak nyawa ibu dan anak dalam bahaya.

 

Ia dapat dilakukan dengan segera dengan pembedahan Ceserean.

 

Oleh itu saya sangat menasihati puan jika mengalami tekanan darah tinggi sama ada sebelum atau semasa kehamilan agar tidak meninggalkan pemeriksaan berkala di klinik ibu dan anak.

 

Ini bertujuan mengurangkan risiko berbahaya pada ibu dan anak.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: