BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL

Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.

Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda.

Alah ikut je lah arahan doktor…”

Saya bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit, tak payah lah periksa kencing!” Suara wanita itu menegakkan hujahnya.

Menyusahkan. Itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan. Namun penggunaan perkataan yang amat pedas ini tidak menepati makna perkataan itu sendiri.

Menyusahkan” hanya untuk suatu perbuatan yang tidak perlu tetapi diadakan untuk merumitkan keadaan. Sebagai contoh jika seorang lelaki atau wanita yang mahu berkahwin, mereka harus menjalani ujian HIV. Ianya perlu untuk mecegah penyakit itu merebak pada pasangan mereka.Namun jika mereka perlu menjalani ’kursus menurunkan berat badan’ untuk meningkatkan stamina sebelum kahwin, maka ia menyusahkan.

Jadi adakah pemeriksaan air kencing bagi wanita hamil pada setiap pemeriksaan berkala adalah suatu yang tidak perlu? Membazir, malah menyusahkan?

Agaknya kalau ditanya pada ibu-ibu yang hamil atau wanita yang mempunyai anak lima tentang ’kencing kotor’, pasti mereka tidak pasti apa sebenarnya keadaan itu.

Adakah kencing kotor bermakna air kencing mereka tidak jernih, berkeladak dan bersampah sarap? Oh tidak …

Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan Kuman di Saluran Kencing, atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit ‘kencing kotor’ adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh) .

Doktor, kenapa saya selalu dapat kencing kotor?” Tanya seorang wanita kepada saya.

Kencing kotor ini merbahaya ke? Sampai boleh kena sakit buah pinggang?” bertalu-talu soalan ditanya sebelum saya sempat menjawab.

Kuman dari lubang dubur

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama  di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabilaberlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Kencing rasa terbakar

Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza. Seorang wanita mengadu rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.

Ada pesakit yang mengadu mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.

Ada yang mengadu air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop.

Saya merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.

Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.

Malah ada yang mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.

Namun ada juga pesakit tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, ‘kencing kotor’ yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan uah pinggang/ginjal.

Oleh itu di Malaysia, setiap wanita hamil perlu menjadi pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil.

Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?

Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana  wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).

Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon  dalam wanita yang hamil.

Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.

Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.

Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.

Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.

Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.

Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air kencing dan kelihatan sihat.

Perlukah rawatan susulan ?

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).

Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital

Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?

Jika wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.

1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,  dan mempunyai perasa lemon.

Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.

Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.

2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan  mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.

4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.

6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.

8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.

9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.

Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.

Wallahu a’lam.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131210)

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

32 comments

  1. Doktor,Saya menghidapi nephrotic syndrome sewaktu hamil anak kedua dan bacaan air kencing saya sehingga 4 plus..saya mengambil 12 biji prednisolone dan 2 biji frusemide setiap hari sejak kandungan berusia 6 mggu..dos tersebut semakin dkurangkan apabila bacaan protin dlm air kencing semakin berkurangan sehinggalh dhentikan pd mggu ke 26 kehamilan..tetapi selepas itu penyakit itu dtg semula diusia kehamilan 33 mggu, kaki bengkak dan air kencing kotor semula. Saya dimasukkan ke wad, buat urin protin 24 hours dan terpaksa mengambil prednisolone dan frusemide semula..adakah gejala ini berlaku dsebabkan kehamilan saya dan adakah penyakit ini akan lenyap setelah saya melahirkan bayi saya?sebelum ini saya tidak pernah sakit dan semasa mengandungkan anak pertama pun saya sihat2 saja..

  2. salam doktor,
    sy berumur 21thn dan masih bujang. masalah sy adalah apabila sy buang air kecil, kemaluan sy terasa sakit yg amat sangat. keluar shj air kecil tersebut, sakit itu mula mencucuk2 kemaluan sy. sehingga selesai membuang dan sy terpaksa menahan sakit tersebut selama lebih kurang 5 minit. mulanya sy fikir hanya berlaku sekali shj,tp sudah berlanjutan sehinnga 3 hari termasuk hari ini. setiap kali membuang. ini membuatkan sy trauma utk membuang air kecil. ketika sakit itu dtg,sy cuba menekan2 kemaluan sy utk mengurangkan rasa sakit,tp makin sakit lagi. apa perlu sy buat doktor?
    terima kasih.

    • Salam, mungkin saluran air kencing dan pundi kencing sdri sedang dijangkiti kuman. Saya mencadangkan puan minum air yang banyak dan jaga kebersihan dengan lebih baik. Pastikan air kencing berwarna putih. Jika Tidak sembuh, sdri mungkin perlukan ANTIBIOTIK.

    • elakkan memakai seluar dalam yang ketat dan sentiasa cuci kemaluan dengan bersih

  3. salam dokter, saya kini hamil 5bulan masalhnya adalah sejak dari bulan ke hamil sya sudah mengalami kencing kotor, saya sudah makan antibiotik y diberikan dr hingga habis dan saya juga sudah cuba minum air bali untuk menghilangkan kencing kotor tetapi setiap kali pemeriksaan air kncing saya masih mengalami kandungan protein antara 1 ke 2, dan setiap kali berjumpa dokter2 menyuruh saya memperbanyakkan minum air masak padahal saya memang minum air mask dengan bnyak.. untuk maklumat dokter sy tidak berasa sakit ketika kncg dan juga masalh2 lain. cuma kerapp kncg terutama malam kerana minm air dgn bnyk. lagi 1 dr saya nk tanya sya seorang yg berbadan gemuk adakah seorang yg berbadan besar mempunyaii masalah untuk melahirkan bayi secara normal atau mempunyai risiko tinggi untuk melahirkan, saya tidak tahu mengapa saya ada pergi ke 2,3 klinik swasta untuk minta buat chekup bulann di situ tetapi mereka tidak mahu menerima dan menyuruh untuk pergi ke klinik kerajaan kerana mempunyai berat badan yang berlebihan katanya.untuk pengetahuan dr saya mempunyai tinggi 149cm manakala berat ketika awl mengandung 94.9 dan berat sekarang 94.8. saya tiadda masalh kenaikan yg tggi malahan awal kehamilan berat juga turun kerana mengalami mabuk. tq didahulukan untuk dr.. diharap sudi menjelaskan masalah saya.

    • masalah awak sama dengan masalah saya, skrg saya mengandung 5 bulan juga, dan sejak awal mengandung saya mempunyai kencing kotor, dah makan antibiotik pon masih ada kencing kotor malah bertambah 4+, ikhtihar yang saya lakukan skrg, minum air barli dan kurangkan makanan yang berminyak, tinggi saya 172cm dan berat 126kg, culture pon saya dah buat di hospital, kumpul air kencing pon dah dibuat, tapi doktor masih tak pasti apa penyebab masalah saya, bulan depan pula kena x-ray untuk check saluran kencing.

  4. Assalamualaikum dr..sy ade sedikit pertnyaan utk dr..sy kini hamil 4bulan..sy tidak tahu samada sy telah dijangkiti kencing kotor atau tidak..sy membuang air kecil seperti biasa..cume pd waktu pagi air kencing sedikit berbau dan berwarna kuning.kini,sy selalu merasa berdenyut di bhgian kiri pundi kencing..adakah sy telah dijangkiti kuman kencing kotor?apakah yg perlu sy lakukan?

  5. asslm dr..sy buat check up ms 19 wks and disahkan kencing kotor..ada bagi antibiotik.mslh nya slps mkn antibiotik tu sy muntah smpai 3 ari,bdn pn jd lemah.ada yg kata sbb alegik ubat tu..lps tu sy stop mkn antibiotik,amalkan minum air msk byk2,xda dh muntah2 lagi..xpe ke klau x continue antibiotik tu?takut nnti klau buat check up next month msh lagi kencing kotor..apa plu sy lakukan ya?

  6. Salam,sy ber umur 26th&sudah menikah dan sy alami kenapa sy selalu kencing,perut bawah sakit sampai ke pinan g di dalam perut saya selalu beraunyi seperti orang masuk angin kenapa ya dok tolong solusinya

  7. siti syakina kader

    saya selalu rasa nyeri di bahagian bawah perut.tapi sakit itu hanya sepintas lalu.saya sedang hamil.saya tak pasti apa maknanya rasa nyeri tu.

  8. Sy ingin bertanya dgn doct, slama ni sy mpunyai mslh kencing kotor yg kerap. ttp mslh protein dlm kencing mcecah 4plus kdaan ni tjd smnjak klinik swasta tmpt sy pergi tleah memberi sy dos yg berlebihan untuk antibiotik. mreka memberi anti fungal insert dlm vagina, injection anti fungal jg, 2 different antibiotik tablet untuk diambil slps mkn. smjak sy mgambil ubatan ini sy muntah dgn teruk dan sakit pinggang belah kanan. oleh kerana kedaan tidak berubah sy tlh mrujuk perkara ini ke HUKM, doctor amat terkejut dgn ubat2n yg telah dberi drp klinik bkenaan.sy amat takut buah pinggang sy tlh effected from the medicine i took. doctor ada mberi sy appoinment tuk sterusnya ttpi tlalu lama iaitu 3 bln. dan sy tlh termiss.
    dan tidak membuat apa2 rawatan lg.
    dan terbaru sy tlh mngandung, sy sgt takut mslh ni akan mberi kesan kepada bayi sy.
    apa perlu sy buat? Thanks.

  9. salam..doktor zubaidi.
    saya belom berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan seks. baru baru ini bahagian ari ari saya terasa amat sakit dan kerap kencing.doktor di klinik mengesahkan saya mengalami kencing kotor.apabila membaca di internet kebanyakkan jangkitan ini kebanyakkan bagi golongan wanita mengandung.tetapi saya tidak mengandung.saya juga mengalami masalah angin dalam badan sejak dari remaja.

  10. salam doktor,
    Adakah kencing kotor ini membahayakan bayi dalam kandungan? sekarang kandungan saya telah mencecah 34 minggu..baru2 ni saya telah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan ibu hamil…apabila saya membuat test air kencing, didapati terdapat banyak kuman.dan doktor diklinik itu telah memberikan saya ubat antibiotik utk dmakan selama 5 hari…skrg ni sy masih rasa berdenyut di bahagian ari2..dan kadang kala membuat kan saya tidak dapat tidur malam.

  11. jejaka binggung

    salam,dok.saya ni risau sngat ni.saya selalu kerap kencing kalau saya mula2 kencing lepas tu dalam 10 minit mesti rasa mcm nk terkencing lagi.kdang2 bila hendak mandi saya kencing dahulu lepas tu hbis mandi selalu akan terkencing sekali lgi.saya cukup risau tmbah2 saya ni lelaki,smpai kwn2 saya kta saya bocor psl mesti akn terkencing.kalau ari hujan dn sejuk mesti lebih dripada biasa akn terkencing lbih pada 10 kali.macam mna saya nk mengatasinya.

  12. noridah bte abu bakar

    sy ni br ad pyakit kncing kotor??? tetapi adakah ianya terjadi pda wanita hamil ataupn x .. sy p klink dan cek up sy x bertya pn pd dr sma ada sy mgndung atau x… tp dr g bg tau saya hidapi kncing kotor,,, adalah kencimg ini terjadi pada wanita hamil shj

  13. sy pnh mngalami mslh kncing kotor lbh krg 8thun dulu.. sblm kawin. skrg sy mempunyai masalah kencing tidak lawas.. sy selalu rs sakit di bhgn blkg,atas pd pinggul.. bla sy pegang, terasa spt ada ketulan di sebelah kanan.. rs sakit x teruk, cme terasa mcm x selesa, rasa spt nk buang air kecil.. adakah ini tanda2 mslh kencing kotor? apa yg harus sy lakukan?

  14. salam,dr,sy ade mslah spt nur ain 18/11/2011,sy mhon explaination dr,sy dh cube minum air barli tetapi masalah tersebut berulang kembali

  15. Salam doc.seblan yg lalu sya diberi ubat aspirin dan ubt kolestrol,dan sya telah mngambil shingga ke hari ini.tp masalahnya sya sejk 2 hri yg lalu,selepas saya mngmbil ubt berkenaan,dan apabila saya kencing saya akan merasa sakit kencing yg teruk.apa kh ada kaitan dengan kedua2 ubt berkenaan?saya tdak berani utk berhnti memakan ubt trsebut.

    • Wsalam. Boleh jelaskan kenapa puan diberikan aspirin?

      • Sya mngalmi sakit dada dan apabila sya mmbuat pemerksaan ECG dan ujian darah doktor dapati ECG sya kurang ok dan darah sya mngandungi kolestrol 6.7.tp blum di sah kan mngidap sakit jantung.sebab itu lh sya tlah dberikan ubat aspirin.yg pelik nya apabila sya makn ubt aspirin dan ubat kolesterol (aspirin mkn waktu pg dan kolesterol wktu mlm).sya akan mgalami sakit kencing yg semntara sja pda kedua2 wktu tsebut.sya jga tlah mgamalkan minum air putih lebih drpada 2 liter shri.mngkin kh ini d sebb kan sya tlh mngmbil ubt trsbut?

      • Saya cangkan puan buat pemeriksaan lengkap iaitu pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvis, pemeriksaan UFEME dan ‘culture and sensitivity’.. Terlau sukar saya memberikan panduan untuk puan kerana masalah puan agak kompleks.

  16. Assalamualaikum Dr,
    saya nak tanya sesuatu,sekarang baby dalam kandungan saya dah masuk 10minggu,tapi dalam masa yang sama pada minggu ke 9 dan ke10 kehamilan,keluar cecair warna coklat kadangkala datang selang 2 atau 3 hari kemudian..hari 2 dah pi kat hospital Penang,dan doktor scan,kira baby ok,cuma doktor x dapat nak jelaskan kenapa dan apa penyebab keluarnya cecair coklat tersebut,n doktor nasihatkan banyak berehat sbab baby ada risiko untuk gugur..2/4/2012 ni jumpa pi klnik…harap DR dapat bantu saya..Terima kasih..

  17. salam dr.
    hari ini saya baru selesai check up di klinik kesihatan kerajaan atas sebab saya mengandungkan anak pertama dan usia kandungan saya masuk 37 minggu. hari ini, kaunter pendaftaran di klinik menyuruh saya urin dan saya buat seperti biasa. malang sekali bacaan air kencing saya tidak normal (kencing kotor). inilah kali pertama sepanjang mengandungkan baby pertama ini kencing jadi kotor. seterusnya saya dikehendaki membuat ujian air kencing di makmal pula bagi mengesahkan keputusan tersebut. bacaan menungjukkan +2. saya kuatir kandungan saya akan bermasalah. dan saya refer dr dan diberikan antibiotik dan perlu dihabiskan dalam masa 5hari dan satu lagi sidium bicar.citrate acid and tartrate acid yang perlu dihabiskan dalam masa tiga hari dan dinasihatkan minum air kosong yang banyak…dalam masa 3hari lagi saya perlu membuat pemeriksaan semula di klinik tersebut.

  18. saya sakit perut di tepi kanan dan terasa keluar darah dari rahim bila terlalu dgn ……fahamlah.tolong

  19. salam doc..
    saya nk tanya apa akan jd kalau uti kerap berlaku kpd wanita yg tidak berkahwin lg? tp saya cepat2 ambil ubat antibiotik pd doctor dan tidak membiarkan penyakit uti ni berlanjutan.. dlm 2-3 hari saya makan ubat antibiotik tu alhamdulillah lega..saya just nak tanya kalau uti jd dgn kerap apa jd ye? adakah bahaya sehingga boleh merebak ke buah pinggang?

  20. Salam doc,
    sy mengalami masalah kencing kotor semenjak kandungan mencecah
    4 bulan dan shingga kini sy masih mengalami masalah yg sama. Pada 6/05 ni sy diarahkan untuk xray buah pinggang. Soalan sya
    i) Xray nanti adakah akan membahayakan/ memberi kesan kepada
    bayi
    ii) sy memang kerap minum air masak, air barli pun sya dah cuba
    ada x cara lain untuk atasi masalah kencing kotor?
    TQ

  21. Assalamualaikum,
    dr sy berusia 28 tahun dan sedang hamil 7 minggu, sy mengalami masalah kencing kotor (blood 3+ protien 2+) dan telah mengambil antibiotik selama 2 minggu, seminggu pertama uphalexin 250 dan bertukar kepadaunasyn sultamicillin + ural, masih xberhasil mlah protin bertambah 3+ creatinine 74.0…..mohon penjelasan dr apa yg perlu sy buat, minum air memang banyak….setelah makan antibiotik masuk minggu ke 2 sy mengalami pv bliding…adakah ia berbahaya atau bagaimana ini merupakan kandungan ke 5 saya pernah mengalami 2 kali keguguran…penjelasan dr amat dihargai,terima kasih

  22. mohd sharizal bin shuib

    assalammualaikum doc….
    Isteri Saya telah dikesan mengalami tekana darah tinggi, bengkak kaki & kencing kotor dan telah dirujuk ke hospital bersalin dan telah diarahkan utk bersalin serta merta (awal 2 minggu dari tarikh due date) dan selamat melahirkan baby kami secara normal. sekarang diarah terus menjalani ujian air kencing selama 24 jam tanpa henti dan belum dibenar keluar dari hospital dan dirujuk pula kepada pakar buah pinggang… tapi tidak diberikan sebarang ubat lagi… saya amat risau keadaan ini tambahan pula isteri saya ada mengalami demam.. soalan saya … tidakkah pengambilan ujian air kencing selepas bersalin secara normal akan merencatkan keputusan apabila ianya bercampur dgn darah… apakah pandagan doc…tq

  23. salam doc , sya skg hamil masuk 2 bulan.Sebelum nie sya pernah pergi hospital untuk mendapatkan rawatan disebabkan kencing kotor.Doktor telah memberikan sya ubat antibiotik untuk dmakan.saya sudah pun mengikut arahan yg diberikan doktor namun sya masih kerap kencing dan mendapati kencing sya berbau kurang menyenangkan (Busuk).adakah ini masih menandakan sya mengalami kencing kotor?

  24. Salam doc,sekarang saya sedang hamil dan hampir bersalin, pada awal kehamilan saya telah ditahan di hospital kerana mengalami kekurangan air dalam badan serta kencing kotor. setelah sembuh saya dibenarkan pulang dan menjalani tugas harian seperti biasa namun kerap berasa tidak puas ketika kencing. saya juga turut mengeluarkan air seakan air kencing ketika dan selepas bersama suami. lebih buruk lagi ia mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan saya dan suami. doktor mengesahkan saya mempunyai kencing kotor dan merisaukan saya nurse yang memeriksa kehamilan saya bulanan memberitahu saya ada keputihan yang teruk dan kencing yang kotor, ia boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan saya. apa yang saya boleh buat untuk merawat dan menghilangkan keputihan yang merunsingkan ini?di harap doc boleh jawab pertanyaan saya, terima kasih.

Leave a Reply

error: Content is protected !!