Advertorial
Home » Kardiovaskular » Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

Image result for apa trans fat

 

 

APAKAH ITU TRANSFAT?

 

Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon.

 

Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid).

 

Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans fats), dan satu lagi sintetik (artificial trans fats).

 

Related image

 

Transfat yang natural berlaku dalam  usus haiwan tertentu dan kita mendapatkannya dari sumber haiwan tersebut seperti susu dan daging. Proses ini berlaku dalam usus haiwan ruminan (haiwan berkaki empat) seperti lembu, kerbau, kambing tetapi kuantiti lemak transfat yang natural ini sangat sedikit dalam susu dan daging.

 

Transfat yang sintetik diproses dalam kilang oleh industri makanan dengan menambah hidrogen ke dalam minyak tumbuh-tumbuhan (minyak tidak tepu) bagi tujuan menukarkan dari bentuk cecair ke bentuk pepejal.

 

Minyak tidak tepu ini mempunyai ikatan “double bond” antara atom-atom karbon. Dengan menambah atom hydrogen, ini menyebabkan asid lemak menjadi lebih tepu.

 

Lemak atau minyak transfat ini boleh berlaku secara natural. Contohnya molekul lemak vaccenyl acid  dan conjugated linoleyl acid adalah dua jenis lemak transfat yang berlaku secara natural dalam usus haiwan dan disimpan dalam daging dan susu haiwan-haiwan ini. Contohnya mentega (butter) mengandungi 3% lemak transfat.

 

Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik Kanada menunjukkan vaccenic acid yang terdapat dalam daging lembu dan produk tenusu lebih bermanfaat dari minyak atau lemak transfat. Asid ini dapat merendahkan jumlah kolestrol (total cholestrole), LDL dan Triglyceride.

Rujuk:

  1. Wang, Flora & Proctor, Spencer (2 April 2008). “Natural trans fats have health benefits, University of Alberta study shows” (Press release). University of Alberta.
  2. Wang Y, Jacome-Sosa MM, Vine DF, Proctor SD (20 May 2010). “Beneficial effects of vaccenic acid on postprandial lipid metabolism and dyslipidemia: Impact of natural trans-fats to improve CVD risk”. Lipid Technology. 22 (5): 103–106.

 

Secara amnya  kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menunjukkan vaccenic acid (lemak transfat natural yang terdapat dalam daging haiwan ruminant dan produk tenusu) meningkatkan HDL dan LDL sementara lemak transfat sintetik hanya meningkatkan LDL tetapi tidak meningkatkan HDL.

Rujukan:  Bassett, C. M. C.; Edel, A. L.; Patenaude, A. F.; McCullough, R. S.; Blackwood, D. P.; Chouinard, P. Y.; Paquin, P.; Lamarche, B.; Pierce, G. N. (Jan 2010). “Dietary Vaccenic Acid Has Antiatherogenic Effects in LDLr-/- Mice“. The Journal of Nutrition. 140 (1): 18–24.

 

Sumber lemak transfat yang natural dari haiwan, selalunya dalam kedudukan cis yang lebih selamat dari lemak yang dicipta oleh manusia dan dihasilkan oleh industri makanan.

Rujuk: Martin, C. A.; Milinsk, M. C.; Visentainer, J. V.; Matsushita, M.; De-Souza, N. E. (2007). “Trans fatty acid-forming processes in foods: A review“. Anais da Academia Brasileira de Ciencias. 79 (2): 343–350.

 

Dari perspektif molekul lemak asid, perkataan “trans” dan “cis” merujuk kepada posisi atom hidrogen yang ditambah pada molekul asid lemak yang baru.

 

Proses ini dinamakan proses separa penghidrogenasi (partial hydrogenation). Sekiranya proses hidogenasi berlaku secara berterusan, asid lemak tadi akan bertukar menjadi asid lemak tepu. (saturated fatty acid).

 

Bagi mereka yang tiada belakang sains terutamanya biokimia, penerangan tentang kedudukan atau posisi trans dan cis ini mungkin agak mengelirukan. Namun begitu, saya hanya mencadangkan agar kita tidak perlu pening sangat tentang struktur molekul asid lemak ini.

 

Apa yang penting kita tahu bahawa lemak terbahagi dua, ada lemak tidak tepu (ada dua jenis, polyunsaturated fatty acid dan monounsaturated fatty acid) dan lemak tepu (saturated fatty acid).

 

Lemak tidak tepu selalunya dalam posisi cis (yang tidak berbahaya) tetapi dengan menambah satu atom hidrogen dalam molekul ini menyebabkan ia berposisi trans, yang menyebabkan ia menjadi berkeadaan pepejal dari keadaan cecair. Ia lebih bahaya.

 

 

 

MENGAPA INDUSTRI MAKANAN MENGGUNAKAN LEMAK TRANSFAT INI?

 

Penggunaan minyak atau lemak transfat ini bermula sejak tahun 1950an dalam industry pembuatan makanan. Ia biasanya banyak digunakan sebagai marjerin, makanan ringan (snack food), dalam pembuatan kuih moden dan dalam proses menggoreng (deep fry) makanan.

 

Secara semulajadi minyak sayur-sayuran (mengandungi lemak tidak tepu) berada dalam keadaan atau posisi cis (bertentangan lawan cermin dengan kedudukan minyak transfat). Apabila berlaku peroses penghidrogenan, maka molekul-molekul asid lemak dalam minyak-minyak yang sihat ini bertukarkan pada posisi trans.

 

Tujuan industry menukar kedudukan cis kepada trans ini suapay minyak ini menjadi lebih pejal (dari bentuk cecair kepada bentuk pepejal seperti mana lemak haiwan yang lebih tepu). Lemak atau minyak transfat ini hanya akan cair pada suhu yang lebih tinggi 30-40 °C. Pada suhu bilik ia masih lagi dalam bentuk pepejal. Pada hal jika ia dalam bentuk asalnya, pada suhu bilik ia berkeadaan cecair (minyak).

 

Proses menggoreng yang menggunakan haba yang tinggi juga menukarkan molekul minyak atau lemak tidak tepu menjadi lemak tau minyak transfat.

 

Selain itu lemak atau minyak transfat ini dapat digunakan lebih lama dan produk makanan yang diproses dengan minyak ini dapat disimpan dengan lebih lama.

 

Ia juga membuat produk makanan yang diproses menjadi lebih sedap. Minyak-minyak ini lebih murah berbanding dengan minyak masakan yang natural (kerana ia lebih tahan lama dan boleh digunakan berulang kali).

 

SEJARAH PENGGUNAAN LEMAK TRANSFAT

 

Pemenang anugerah Nobel,  Paul Sabatier telah membangunan proses penghidrogenasi (chemistry of hydrogenation), pada tahun 1890. Saintis Jerman, Wilhelm Normann pada tahun 1901 membuktikan minyak dalam bentuk cecair dapat ditukarkan dalam bentuk pepejal. Tujuan utamanya agar minyak ikan paus dan minyak ikan yang lain dapat diambil oleh manusia sebagai suplemen bagi mengelakkan rasa hanyirnya.

 

Image result for cottonseed

Pada tahun 1909 satu syarikat di Warrington, England iaitu  Joseph Crosfield & Sons, Limited, melakukan pembuatan marjerin secara besar-besaran. Kemudian pada tahun yang sama, satu syarikat di Amerika Syarikat iaitu  Procter & Gamble  mendapat hak paten produk ini dan menjual marjerin dengan melakukan proses penghidrogenasasi minyak dari biji kapas (cottonseed). Majerin ini berjenama  Crisco. Mereka menjual majerin ini bersama buku resepi dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

 

Sebelum tahun 1910, kebanyakan lemak diambil dari sumber dari susu (butterfat) atau lemak lembu dan kambing (beef and mutton tallow) atau lemak khinzir (lard). Dengan penemuan teknologi baru ini, lemak haiwan tidak digunakan lagi.

 

 

Pada awal kurun ke 20, apabila Amerika Syarikat mula mengimport kacang soya sebagai sumber protein, banyak terdapat hampas kacang soya yang tersisa. Lalu mereka mencipta minyak kacang soya. Oleh kerana permintaan terhadap lemak dari susu (butterfat) tidak mencukupi, maka minyak soya ini dijadikan marjerin bagi memenuhi permintaan yang semakin banyak.

 

Marjerin yang dibuat dari kacang soya pada masa itu dibuat untuk menggantikan mentega lemak yang bersumber susu. Ini kerana marjerin juga lebih mudah diadun dalam membuat kek dan cookies. Adunannya lebih rata dan rasanya lebih sedap. Ia dijual di Ameriks Syarikat dengan jenama Crisco dan Spry di United Kingdom untuk disapu pada kepingan roti, membuat pie, kek  dan cookies.

 

 

Apabila teknolgi pembuatan peti sejuk (refrigerator) diperkenalkan, penjualan produk marjerin (baca sebagai lemak tansfat) semakin meningkat. Proses penghidrogenasasi membuatkan marjerin lebih mudah disapau pada kepingan roti sebaik saja dikeluarkan dari peti sejuk.

 

Pengeluran minyak atau lemak transfat semakin meningkat pada tahun 1960, apabila minyak sayuran yang diproses menggantikan lemak haiwan di Amerika Syarikat dan negara barat. Ini keranapada masa itu pembuat dasar dan kapitalis percaya ia adalah suatu minyak atau lemak yang murah. Pakar kesihatan pula pada masa itu percaya bahawa lemak dan minyak tidak tepu transfat pada marjerin adalah lebih sihat dari lemak atau minyak tepu dari mentega (susu atau minyak haiwan).

Rujukan: Shurtleff, William; Akiko Aoyagi. “History of Soybeans and Soyfoods: 1100 B.C. to the 1980s”. Archived from the original on 18 October 2005.

 

Seawal 1956, ada kajian saintifik menunjukkan lemak transfat mungkin menyebabkan penyakit jantung (coronary disease) yang semakin meningkat pada masa itu. Namun kebimbangan ini tidak diperdulikan atas faktor ekonomi (keuntungan) oleh pembuat dasar dan kapitalis. Ia dibiarkan tanpa berikan perhatian yang serius selama 3 dekad (30 tahun).

 

Malah pada tahun 1980an lemak haiwan pula yang menjadi perhatian oleh pakar pemakanan. Aktivis seperti Phil Sokolof, membeli iklan satu muka di akhbar terkenal, menyerang penggunaan lemak lembu dalam proses penyediaan makanan (penggorengan) jejari kentang (french fries) di restoren makanan segera terkenal dan mendesak agar menukarkan segera kepada minyak transfat. Kerana pada masa itu semua pakar kesihatan percaya bahawa punca masalah kesihatan jantung bermula dengan penggunaan minyak dan lemak haiwan.

 

Kajian pada awal 1990an mula membuktikan sekali lagi bahaya minyak transfat pada kesihatan. Pada tahun 1994, dianggarkan 20 000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat disebabkan oleh penggunaan minyak dan lemak transfat.

Rujuk: Willett WC, Ascherio A (1995). “Trans fatty acids: are the effects only marginal?“. American Journal of Public Health. 84 (5): 722–4.

 

Tidak lama selepas itu, kerisauan ini mula diberikan perhatian. Beberapa negara telah mewajibkan label makanan yang menunjukkan kandungan minyak transfat dalam makanan yang diproses dalam bungkusan makanan.

 

Pada tahun 2017 , menyedari tentang produk makanan mereka mungkin diharamkan dari dijual, Crisco mula membuat formula baru untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh US FDA iaitu  “zero grams trans fats per serving“. Walau ia disyaratkan sebagai sifar transfat, namun masih dibenarkan bagi setiap hidangan mengandungi kurang  satu gram transfat atau sebanyak 7% bagi keseluruhan berat atau kurang dari 0.5 gram.

Rujuk:

1.”FDA acts to provide better information to consumers on trans fats“. Food and Drug Administration. Archived from the original on 25 June 2005. Retrieved 26 July 2005.

  1. “Newswise: most consumers misinterpret meaning of trans fat information on Nutrition Facts panel“. Retrieved 19 June 2008.

 

APAKAH MAKANAN YANG MENGANDUNGI TRANSFAT

 

Image result for trans fat food

Lemak transfat yang natural, biasanya terdapat dalam susu dan daging haiwan ruminant (seperti lembu, kerbau dan kambing biri) sebanyak 2-5% dari jumlah keseluruhan lemak.

Contoh lemak transfat yang natural seperti conjugated linoleic acid (CLA) dan vaccenic acid.

 

Dulu sumber lemak transfat adalah dari lemak haiwan, sekarang kebanyakan sumber lemak transfat adalah diperolehi dari makanan yang diproses dengan melakukan proses penghidrogeninasi minyak sayur-sayuran yang dulunya minyak yang sihat (unsaturated fatty acid).

 

Minyak transfat ini yang menggantikan minyak haiwan yang natural sama ada dalam bentuk pepejal atau bentuk cecair dalam banyak produk makanan yang dihasilkan sama ada dalam penyediaan makanan segera (fast food), makanan ringan (snack food),makanan bergoreng (fried food), dan makanan yang dibakar (baked biscuits dan crakers).

 

Minyak transfat ini digunakan dalam industri makanan atas pelbagai sebab. Ia meningkatkan jangka hayat produk makanan itu tanpa perlu disimpan lama dalam peti sejuk.  Minyak dan lemak trasnfat ini lebih murah dibandingkan dengan lemak haiwan dan lemak yang dihasilkan dari produk tenusu. Malah ia lebih murah dari minyak kelapa.

 

Dianggarkan sebanyak 45% dari jumlah lemak yang ada makanan yang diproses (dijual dalam bungkusan di pasaraya) dan disediakan oleh restoren makanan segera adalah minyak atau lemak transfat.

 

Makanan seperti cookies yang dibakar dalam ketuhar mengandungi 30% transfat dari keseluruhan lemak yang ada. Marjerin mengandungi 15% lemak transfat. Sementara produk tenusu hanya mempunyai 4% lemak transfat (yang natural). Sementara susu ibu juga mempunyai lemak transfat (yang natural) sebanyak 1-7% bergantung kepada jenis pemakanan yang para ibu makan.

Rujuk: Innis, Sheila M & King, D Janette (1 September 1999). “trans fatty acids in human milk are inversely associated with concentrations of essential all-cis n-6 and n-3 fatty acids and determine trans, but not n-6 and n-3, fatty acids in plasma lipids of breast-fed infants”. American Journal of Clinical Nutrition. 70 (3): 383–390.

 

Image result for makanan ringan malaysia

Di Malaysia, senarai makanan yang menggunakan minyak atau lemak transfat ini terlalu banyak.  Antaranya ialah makanan pastri (termasuk kuih donut), ayam goreng, biskut, pizza (atau roti canai) dan juga makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak Malaysia.

 

Walaupun makanan-makanan ini sedap dan menarik selera kita, namun kita juga harus menyedari kesan buruk akibat pengambilan makanan yang mengandungi makanan yang banyak lemak transfat.

 

 

 

PANDUAN NUTRISI

Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (The National Academy of Sciences-NAS) telah memberikan panduan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada berkaitan sains nutrisi untuk  polisi keguaan awam dan program penglabelan produk.

 

Panduan yang diberikan dapat dirumuskan dalam dua perkara:

  1. Lemak transfat bukanlah sesuatu yang perlu terhadap kesihatan tubuh manusia, sama ada dari sumber haiwan atau tumbuhan.

 

  1. Sungguhpun lemak tepu dan lemak transfat meningkatkan LDL, lemak transfat merendahkan HDL. Ini sudah pasti akan meningkatkan risiko mengalami penyakit jantung, terutamanya coronary artery disease.

Rujuk: Food and nutrition board, institute of medicine of the national academies (2005). Dietary reference intakes for energy, carbohydrate, fiber, fat, fatty acids, cholesterol, protein, and amino acids (macronutrients). National Academies Press. p. 504

 

Kerisauan NAS adalah “makanan yang mengandungi lemak transfat lebih berbahaya dari makanan yang mengandungi lemak beku dalam meninggikan risiko mendapat penyakit coronary artery disease “.

 

 

Analisa ini disokong oleh pandangan saintifik yang diterbitkan dalam  New England Journal of Medicine (NEJM) yang mengatakan “dari sudut nutrisi, pengambilan lemak transfat boleh menyebabkan kemudaratan dan tidak memberikan manfaat

Rujuk: Mozaffarian D, Katan MB, Ascherio A, Stampfer MJ, Willett WC (2006). “Trans Fatty Acids and Cardiovascular Disease”. New England Journal of Medicine. 354 (15): 1601–1613.

 

Malah NAS membuat kesimpulan bahawa tiada tahap yang selamat bagi pengambilan lemak transfat dalam makanan seharian kita. Semakin banyak kita mengambil lemak transfat, lebih tinggi risiko kita mendapat penyakit jantung (coronary artery disease).

 

Namun begitu NAS tidak mencadangkan agar lemak transfat ini dihapuskan langsung dari pemakanan seharian kerana terdapat sedikit jumlah lemak transfat yang natural dalam makanan yang mengandungi daging dan lemak haiwan.

 

Jika dibuang terus lemak transfat yang natural dari makanan, kemungkinan akan terdapat ketidakseimbangan nutrisi yang perlu diambil perhatian dengan lebih teliti. Oleh itu NAS hanya mencadangkan pengambilan lemak transfat ini serendah yang mungkin.

 

World Health Organization (WHO) pula cuba mengimbangkan larangan ini dengan menyarankan pengambilan lemak transfat ini dihadkan kepada tahap kurang dari 1% saja dari keseluruhan tenaga yang dibekalkan oleh makanan seharian.

 

US National Dairy Council pula mengaskan bahawa lemak transfats yang natural dari daging, lemak dan susu haiwan ruminan adalah jenis yang berbeza berbanding dengan lemak transfat yang dihasilkan dari proses penghidroginisasi. Lemak transfat yang natural ini tidak memberikan kesan negatif.

Rujuk: National Dairy Council (18 June 2004). “comments on ‘Docket No. 2003N-0076 Food Labeling: Trans Fatty Acids in Nutrition Labeling’” (PDF). Retrieved 7 January 2007.

 

Kajian meta-analisa yang terbaru oleh saintis Belanda pada tahun 2008, semualemak transfat sama ada yang natural atau yang dihasilkan dari penghidroginasi sama-sama meninggikan tahap LDL dan merendahkan tahap HDL.

Rujuk: Brouwer, I. A.; Wanders, A. J.; Katan, M. B. (2010). Reitsma, Pieter H, ed. “Effect of Animal and Industrial Trans Fatty Acids on HDL and LDL Cholesterol Levels in Humans – A Quantitative Review“. PLoS ONE. 5 (3): e9434.

 

Dalam kajian lain pula, lemak transfat yang natural seperti conjugated linoleic acid (CLA) mempunyai sifat antikanser dan posisi cis-9, trans-11 dalam molekul CLA dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan membantu menentang keradangan dalam tubuh.

Rujuk: 1. Tricon S, Burdge GC, Kew S, et al. (September 2004). “Opposing effects of cis-9,trans-11 and trans-10,cis-12 conjugated linoleic acid on blood lipids in most healthy humans”. Am. J. Clin. Nutr. 80 (3): 614–20.

  1. Zulet MA, Marti A, Parra MD, Martínez JA (September 2005). “Inflammation and conjugated linoleic acid: mechanisms of action and implications for human health”. J. Physiol. Biochem. 61 (3): 483–94.

 

Kesimpulannya, banyak badan nutrisi berautoriti di Amerika dan Kanada mencadangkan semua lemak transfat sama ada yang natural atau yang dihasilkan secara penghidroginasi adalah tidak selamat untuk kesihatan dan pengambilannya harus pada tahap serendah-rendahnya.

 

Ini bertepatan dengan saranan WHO bahawa kandungan lemak transfat seharusnya kurang dari 1% dari jumlah tenaga yang dibekalkan oleh makanan dalam setiap hidangan.

 

United States Food and Drug Administration (US FDA) pula pada 16 Jun 2015 telah mengeluarkan garis panduan bahawa semua minyak yang diproses (partially hydrogenated oils) yang mengandungi lemak transfat adalah tidak selamat (“not generally recognized as safe“) dan dijangka akan diharamkan penggunaannya dalam industri pemakanan di Amerika Syarikat dalam masa tiga tahun.

 

 

 

Pada pengguna di Malaysia, saya mencadangkan beberapa langkah dalam memilih makanan yang sihat:

  1. Cuba cari dan pilih produk makanan yang bebas lemak transfat yang selalunya menyenaraikan “minyak separa hidrogenasi” di dalam ramuan masakannya kerana “minyak separa hidrogenasi” adalah nama lain bagi lemak transfat.

 

  1. Elakkan makanan atau produk makanan yang bergoreng kerana ia mungkin mengandungi lemak transfat yang banyak kerana selalunya industri pemakanan akan menggunakan minyak yang mengandungi transfat bagi mengekal hayat produk makanan, berasa lebih sedap dan harganya lebih murah.

 

  1. Ambil minyak dari lemak monotaktepu seperti minyak zaitun sebagai bekalan tenaga dan nutrisi.

 

  1. Jangan gunakan minyak masak untuk menggoreng dari minyak sayur-sayuran lebih dari sekali kerana ia tidak stabil dan mudah menghasilkan lemak transfat. Minyak kelapa sawit dan minyak kelapa mempunyai struktur molekul yang lebih stabil, namun penggunaannnya tidak seharusnya melebihi 3 kali.

 

  1. Elakkan makanan atau produk makanan yang mengandungi lemak transfat seperti marjerin. Produk makanan seperti pastri atau biskut, makanan segera (kentang goreng, ayam goreng dan burger) makanan sejuk beku (pizza beku, nugget beku, pau) semestinya mengandungi lemak transfat.

 

  1. Amalkan pemakanan yang lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, kompleks karbo seperti beras rebus dan perang, dan daging/daging ayam yang dibuang lemak di bawah kulit.

 

KENAPA LEMAK TRANSFAT BAHAYA KEPADA KESIHATAN?

 

Penggunaan minyak sayuran yang telah menjalani proses separa penghidgrogenasi (partially hydrogenated vegetable oils) semakin menjadi sebahagian dari pemakanan manusia moden bermula kira-kira 100 tahun yang lalu. Ia digunakan dengan lebih meluas sekitar pertengahan abad ke 20th dan ia semakin popular digunakan dalam membuat produk makanan berproses.

 

Minyak sayuran yang diproses ini mengandungi banyak lemak transfat. Penambahan lemak transfat di dalam diet harian menambahkan faktor risiko menjejaskan kesihatan pada setiap orang. Lemak transfat terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL  (kolesterol jahat). HDL yang tinggi meramalkan kebarangkalian seseorang individu untuk mendapat serangan sakit jantung. Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung.

 

Selain itu pengambilan lemak transfat yang tinggi, bukan saja menyebabkan masalah sakit jantung, tetapi juga obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2.

Rujuk: Ulf Riserus (2006). “Trans fatty acids, insulin sensitivity and type 2 diabetes”. Scandinavian Journal of Food and Nutrition. 50 (4): 161–165.

 

 

Bagaimana lemak transfat ini memberikan masalah kesihatan kita? Persoalan ini masih menjadi tandatanya pada semua ahli saintis yang mengkaji.

 

Satu teori mengatakan bahawa dalam metabolism lemak, enzim lipase hanya mampu bertindak dengan sempurna pada lemak yang mempunyai posisi cis dan tidak dapat menghadamkan lemak yang mempunyai kedudukan trans.

Rujuk:  Booyens J, Louwrens CC, Katzeff IE (1988). “The role of unnatural dietary trans and cis unsaturated fatty acids in the epidemiology of coronary artery disease”. Medical Hypotheses. 25 (3): 175–182.

 

Pengambilan lemak transfat mengganggu proses metabolism tubuh yang menghadamkan asid lemak penting (essential fatty acids termasuk Omega 3) yang menyebabkan perubahan dalam struktur molekul phospholipid fatty acid yang menjadi sebahagian lapisan utama dalam saluran darah besar seperti aorta dan coronary sehingga menjadi sumbatan di dalam saluran darah tersebut.

Rujukan: Kummerow FA1, Zhou Q, Mahfouz MM, Smiricky MR, Grieshop CM, Schaeffer DJ (2004). “Trans fatty acids in hydrogenated fat inhibited the synthesis of the polyunsaturated fatty acids in the phospholipid of arterial cells”. Life Sci. 74 (22): 2707–23.

 

Kesimpulannya pengambilan lemak transfat dalam pemakanan boleh memberikan kesan pada kesihatan kita. Antaranya :

 

  1. Penyakit Arteri Kolonori (Colonary artery disease)

 

Image result for coronary block

Banyak kajian menunjukkan pengambilan lemak transfat boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit serangan sakit jantung.

 

Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994, menjangkakan kira-kira 30,000 kematian setiap tahun akibat masalah jantung disebabkan oleh pengambilan lemak transfat.

Rujukan: Willett WC, Ascherio A (1995). “Trans fatty acids: are the effects only marginal?”. American Journal of Public Health. 84 (5): 722–4.

 

Dalam kajian lain menunjukkan apabila menggantikan 2% tenaga yang didapati dari lemak transfat dengan “lemak tidak tepu bukan trans” (non-trans unsaturated fats) dapat merendahkan kebarangkalian mendapat serangan sakit jantung sebanyak 53%.

Rujukan: Hu, FB (1997). “Dietary fat intake and the risk of coronary heart disease in women”. New England Journal of Medicine (PDF). 337 (21): 1491–1499.

 

  1. Penyakit Nyanyuk (Alzheimer’s Disease)

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam journal Archives of Neurology pada tahun 2003 menunjukkan pengambilan lemak transfat boleh menyebabkan masalah penyakit Alzheimer. Keradangan berlaku pada kawasan sekeliling hippocampus, iaitu kawasan dalam otak yang menjaga kebolehan untuk belajar dan mengingat.

Rujukan: Granholm, A. C.; Bimonte-Nelson, H. A.; Moore, A. B.; Nelson, M. E.; Freeman, L. R.; Sambamurti, K. (2008). “Effects of a saturated fat and high cholesterol diet on memory and hippocampal morphology in the middle-aged rat”. Journal of Alzheimer’s disease : JAD. 14 (2): 133–145.

 

  1. Kanser (Cancer)

The American Cancer Society mengakui terdapat kaitan antara lemak transfat dengan kanser namun ia masih lagi tidak jelas. Namun kebelakangan ini ada kajian yang mengaitkan pengambilan transfat dalam makanan dengan masalah kanser prostate.

Rujukan: Brasky, T. M.; Till, C.; White, E.; Neuhouser, M. L.; Song, X.; Goodman, P.; Thompson, I. M.; King, I. B.; Albanes, D.; Kristal, A. R. (2011). “Serum Phospholipid Fatty Acids and Prostate Cancer Risk: Results from the Prostate Cancer Prevention Trial”. American Journal of Epidemiology. 173 (12): 1429–1439.

 

Pengambilan lemak transfat dalam makanan juga meningkatkkan risiko mendapat penyakit barah payudara sebanyak 75%.

Chajès V, A. Thiébaut CM, Rotival M, Gauthier E, Maillard V; Boutron-Ruault MC, Joulin V, Lenoir GM, Clavel-Chapelon F (2008). “Association between serum trans-monounsaturated fatty acids and breast cancer risk in the E3N-EPIC Study”. Am. J. Epidemiol. 167 (11): 1312–20.

 

  1. Diabetes: Lemak trans turut menyebabkan insulin, sejenis hormon yang mengawal aras glukosa dalam darah, menjadi tidak efektif. Akibatnya, pengambilan lemak transfat meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetes. Bagi pesakit diabetik, terutamanya pesakit obes, kawalan aras glukosa menjadi lebih sukar (meskipun dengan ubat) apabila mengambil lemak lemak transfat dalam makanan seharian.

 

Rujukan:  Hu FB, van Dam RM, Liu S (2001). “Diet and risk of Type II diabetes: the role of types of fat and carbohydrate“. Diabetologia. 44 (7): 805–817.

 

  1. Kegemukan (Obesiti)

Ramai saintis bersetuju abahwa pengambilan lemak transfat akan meningkatkan berat badan dan akhirnya menyebabkan kegemukan, walaupun jumlah kalori yang diambil serupa dengan jumlah kaori yang diambil oleh mereka yang tidak mengalami masalah kegemukan.

Rujukan: Kavanagh, K; Jones, KL; Sawyer, J; Kelley, K; Carr, JJ; Wagner, JD; Rudel, LL (15 July 2007). “Trans fat diet induces abdominal obesity and changes in insulin sensitivity in monkeys“. Obesity (Silver Spring). 15 (7): 1675–84.

 

 

  1. Masalah hati (Liver dysfunction)

Lemak transfat dimetabolismekan dalam hati dengan cara yang berbeza dari lemak lain dan kehadirannya dalam hati menggangu fungsi enzim delta 6 desaturase yang terlibat menukarkan enzim yang penting (essential fatty acids) kepada arachidonic acid dan prostaglandins, yang amat penting dalam tubuh kita.

Rujukan: Mahfouz M (1981). “Effect of dietary trans fatty acids on the delta 5, delta 6 and delta 9 desaturases of rat liver microsomes in vivo”. Acta biologica et medica germanica. 40 (12): 1699–1705.

 

  1. Masalah kesuburan di kalangan wanita

Dalam satu kajian yang dilakukan pada 2007 menunjukkan “peningkatan pengambilan lemak tranfat akan meningkat masalah kesuburan di kalangan wanita berkaitan dengan masalah ovulasi”

Rujukan:  Chavarro Jorge E, Rich-Edwards Janet W, Rosner Bernard A, Willett Walter C (January 2007). “Dietary fatty acid intakes and the risk of ovulatory infertility“. American Journal of Clinical Nutrition. 85 (1): 231–237.

 

  1. Masalah kemurungan (Major depressive disorder)

Saintis dari Sepanyol membuat kajian terhadapat pemakanan seramai 12,059 orang selama enam tahun dan mendapati bahawa mereka yang mengambil lemak transfat dalam pemakanan mereka mempunyai risiko mendapat kemurungan sebanyak 48% berbanding dengan mereka yang tidak mengambil lemak transfat dalam pemakanan mereka.

 

Ini kerana  lemak transfat merendahkan docosahexaenoic acid (DHA) dalam kawasan orbitofrontal cortex (OFC) dalam otak. Kawasan inilah yang mengawal pelbagai seperti perasaan keseronokan, rasa bahagia dan rasa diperlukan. Perasaan inilah yang kurang pada mereka yang mengalami kemurungan.

Rujukan: McNamara, Robert, K.; Chang-Gyu Han; Ronald Jandacek; Therese Rider; Patrick Tso; Kevin E. Stanford; Neil M. Richtand (2007). “Selective Deficits in the Omega-3 Fatty Acid Docosahexaenoic Acid in the Postmortem Orbitofrontal Cortex of Patients with Major Depressive Disorder“. Biological Psychiatry. 62 (1): 17–24.

 

  1. 9. Mengurangkan daya ingatan

Pada 2015 , pengkaji sains telah membuat banyak kajian tentang kesan lemak transfat pada kekuatran ingatan. Mereka mendapati mereka yang banyak makan lemak transfat akan mengalami masalah ingatan yang serius.

Rujukan: Golomb, Beatrice A.; Bui, Alexis K. (2015). “A Fat to Forget: Trans Fat Consumption and Memory“. PLoS ONE. 10: e0128129.

 

KOMITMEN NEGARA DALAM MENANGANI MASALAH INI

Tidak banyak negara yang benar-benar menyedari masalah ini dan mengambil langkah yang drastik.

 

Denmark di antara negara yang telah sedar bahaya lemak transfat yang biasa terdapat dalam makanan seharian. Denmark adalah negara pertama yang mengehadkan tahap kandungan lemak transfat di dalam makanan. Amerika Syarikat pula telah mewajibkan setiap produk yang mengandungi lebih 0.5g lemak trans setiap hidangan dinyatakan dalam label pada pembungkus makanan. Makanan yang mengandungi 2g lemak transfat bagi setiap 100g lemak telah diharamkan dari pasar raya.

 

Beberapa negara menghadapi kesukaran untuk menguatkuasakan polisi bebas lemak trans dalam makanan. Ini kerana lemak trans semula jadi tetap terdapat di dalam makanan dalam kuantiti kecil. Industri pemprosesan makanan menggunakan fakta ini sebagai hujah menyatakan bahawa hanya lemak trans buatan shaja yang dapat disingkirkan. Maka, kita tidak dapat mengklasifikasikan sebarang makanan terproses sebagai bebas lemak trans kerana lemak trans semula jadi tetap akan wujud. Terdapat juga beberapa pihak yang mengutarakan bahawa penyingkiran lemak trans dari sumber asalnya akan mengakibatkan kesan yang tidak diketahui terhadap kesihatan individu.

 

Lemak trans merupakan nutrien yang tidak mempunyai Saranan Kuantiti Pengambilan (RDA). WHO mengsarankan pengambilan lemak trans kurang daripada 1% sehari. Kuantiti yang lebih rendah adalah lebih baik. Sebenarnya, tidak mengambil lemak trans langsung adalah yang terbaik.

 

Di Malaysia belum ada lagi peruntukan perundangan yang menghadkan kuantiti kandungan lemak transfat dalam makanan yang dijual. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengkelasifikasikan makanan yang mengandungi kurang 1.5g lemak transfat dalam setiap 100g lemak yang ada dalam makanan sebagai “makanan rendah lemak transfat”.

 

Makanan di Malaysia secara amnya mempunyai kandungan lemak transfat yang rendah (kecuali makanan yang diproses menggunakan minyak sayuran yang selalunya menjalani proses separa penghidrogenasi).  Penggunaan minyak sawit sebagai minyak masak secara meluas di Malaysia dapat mengelakkan pemebentukkan lemak transfat semasa makanan digoreng menggunakan suhu yang tinggi (deep fry).

 

Walau bagaimana pun, makanan yang digoreng menggunakan minyak berulang kali seperti ayam goreng dan pisang goreng dan makanan yang menggunakan marjerin seperti roti canai mengandungi lemak transfat yang agak tinggi.

 

Sebagai pengguna (terutama mereka yang sudah mempunyai masalah penyakit kronik 4 serangkai), maka kita harus berhati-hati memilih makanan. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk kita kekal sihat.

 

Semoga bermanfaat.

06/01/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!