Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Adakah selamat mengambil vitamin C ketika hamil?

Adakah selamat mengambil vitamin C ketika hamil?

ADAKAH SELAMAT MENGAMBIL VITAMIN C KETIKA HAMIL?

vit C 1

 

“Salam. saya ada soalan tentang vitamin C. Soalannya adakah ibu hamil dan menyusukan anak boleh mengambil vitamin C dengan dos 1000mg. Saya beli dari  farmasi di United Kingdom. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pengambilan Vitamin C semasa hami sebenarnya sangat bagus.  Ada kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mengambil cukup vitamin C dengan mudah mengalami kebocoran air tuban dan menyebabkan kelahiran pramatang.

 

Rujuk: “Vitamin C intake and the risk of preterm delivery.” Am J Obstet Gynecol. 2003 Aug;189(2):519-25. Siega-Riz AM1, Promislow JH, Savitz DA, Thorp JM Jr, McDonald T.

 

Saya menasihatkan agar puan berhati-hati ketika mengambil suplemen semasa hamil. Elakkan mengambil  vitamin C yang mengandungi dos yang tinggi.

 

Lihat pada label dan berbincang dengan ahli farmasi jika puan membelinya di farmasi.

 

Pengambilan vitamin C yang berlebihan dos akan mengganggu perut kerana vitamin C akan meninggikan asid dalam perut.

 

Selain itu vitamin c yang berlebihan akan keluar melalui air kencing dan  tidak diserap dalam tubuh. Ini menyebabkan pembaziran.

 

Puan boleh mendapatkan vitamin C boleh diambil dengan memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti jus oren, kiwi, tomato, atau strawberi.

 

Bagi wanita hamil atau yang menyusukan anak , dos yang dicadangkan antara 100-200mg sehari.

 

Oleh kerana vitamin C yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui air kencing, ia selamat digunakan jika diambil melebih dos yang dicadangkan.

 

Namun begitu, puan akan mengalami masalah berkaitan berlebihan dos (overdose) apabila puan mengambil melebihi 2,000 mg sehari.

 

Wallahu a’lam

 

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!