Advertorial
Home » Tag Archives: buah pinggang (page 10)

Tag Archives: buah pinggang

Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik

  “Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing.   Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu mahu kencing ... Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress. Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim. Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil. Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula. Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya ... Read More »

Mengelak batu karang berulang

      “Assalamu alaikum, doctor. Saya pernah mengalami penyakit batu karang lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang.. Tetapi masalahnya penyakit itu berulang kembali dan saya kerap rasa sakit hingga ke hari ini sehingga mengganggu tidur saya. Ada kalanya sehingga ada darah dalam air kencing saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam.   Penyakit batu karang dalam system pembuangan air kecil adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Batu karang itu boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal dan pundi kencing atau dalam pundi kencing itu sendiri.   Dianggarkan seorang ... Read More »

Ketahuilah tanda-tanda sakit buah pinggang

  “Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 45 tahun dan mempunyai masalah kencing manis. Saya terbaca bahawa pesakit kencing manis boleh mendapat penyakit buah pinggang. Bagaimana cara untuk mengesan tanda awal, penyakit buh pinggang. Saya bimbang melihat ramai rakan-rakan telah mengalami kesrosakan ginjal dan telah menjalani rawatan hemodialisis”   Wa alaikum mus salam. Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.   Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan.   Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ... Read More »

Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?

    “Assalamu alaikum, baru-baru ini ibu saya mencadangkan kepada saya agar memberikan sedikit ‘garam bukit’ kepada bayi saya yang berumur satu tahun kerana katanya ia adalah cara untuk mengelakkan gangguan jin dan memberikan tenaga untuk bayi saya. Saya keliru, bolehkan bayi saya diberikan sedikit garam pada bayi saya?”     Wa alaikum mus salam.   Saya berpendapat bahawa memberikan sebarang jenis garam pada bayi, terutama berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan malah nyawa bayi puan.     Ini kerana bayi puan masih yang kecil. Organ penghadaman mereka masih tidak matang dan  masih tidak berfungsi dengan sempurna. Bayi ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh ... Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa ... Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.   Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83).   Bagaimana diagnose ... Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

  Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.   Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.   “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”   Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.   Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.   Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat ... Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit ... Read More »

Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia ... Read More »

Hyponatraemia: Penyakit Misteri?

”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Seorang wanita dalam usia 30an mempunyai seorang anak dimasukkan ke hospital kerana lemah badan dan ketika itu dia tidak mampu berjalan, malah sukar berdiri. Saya mengingati kes ini kerana pada masa itu banyak kedengaran kata-kata yang menyindir wanita itu. ”Ala mengada-ngada pesakit ni. Harap je muka cantik, tapi lembik” Saya ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!