Post Pill Amenorrhea: Dari Kemandulan Sementara Kepada Kemandulan Kekal

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, namun atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka menggunakan ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran.

Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP).

Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka sudah tidak menentu.

Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ada yang menunggu sehingga setahun dua. Namun haids mereka tidak juga muncul.

Bagi seorang wanita muda, tanpa kedatangan haids membuatkan mereka ”tidak seperti wanita lain”. Kehadiran darah haids memberikan satu perasaan mereka adalah wanita yang sempurna dan subur. Ada waktu bersolat, ada waktu direhatkan dari solat. Ada waktu berladang dan ada waktu untuk rehat dari berladang. Begitulah ibaratnya.

Akibat dari ”kekeringan” itu maka banyaklah keluhan sampingan seperti sakit kepala, sakit pinggang, mood yang tidak menentu dan panas badan.

Namun masalah utama ialah isu kesuburan. Tentulah seorang wanita muda yang telah bertahun-tahun  “memandulkan” diri dengan sengaja, akan merasa kecewa apabila mereka menghampiri “kemandulan” yang kekal. Pada pendapat mereka, ketidakhadiran haids menggambarkan bayangan kemandulan yang kekal.

Dahulu mereka mengelak daripada menerima nikmat Allah berupa anak dan zuriat yang bakal mendoakan kesejahteraan apabila telah meninggalkan dunia yang fana’ ini. Kini mereka mengejar-ngejar peluang untuk menambahkan bilangan anak-anak yang soleh dan solehah yang  bakal menjaga mereka ketika tua nanti.

Namun segalanya sudah terlambat. Akibat kejahilan tentang perkara ini atau telah diberikan nasihat yang salah, maka mereka menyesal akan keadaan diri mereka. Sekarang segalanya bergantung kepada belas kasihan Allah, sama ada kesuburan mereka pulih kembali atau Allah telah mencukupkan bilangan anak-anak mereka.

Keadaan inilah yang dinamakan sebagai “Post pill amenorrhea”. Ia berlaku apabila ketiadaan haids selama enam bulan atau lebih pada seorang wanita setelah berhenti mengamalkan OCP. Keadaan ini tidak berlaku pada semua wanita yang mengamalkan pengambilan OCP. Dianggarkan antara 0.2% hingga 3% mengalami masalah ini.

Akibat kitaran haids yang tidang datang, ramai wanita muda yang kebingungan berjumpa dengan saya meminta nasihat. Mereka tertanya-tanya apakah jalan sunatullah yang telah berlaku pada diri mereka? Adakah mereka ditakdirkan menghadapi masalah ini dengan tidak semena-mena, atau kesilapan mereka (mengambil OCP) menyebabkan sesuatu yang buruk ke atas diri mereka.

Klik di sini untuk membetulkan kitaran haid secara selamat

Saya mahu bercerita dari segi medical terminology. Bagi wanita yang biasa dan tidak mengambil OCP, kitaran haids dan kesuburan wanita dikawal oleh kelenjar pituitary. Kelenjar pituitary inilah yang mengeluarkan hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone). Kedua-dua hormone ini penting kerana menyebabkan pembentukan folikel (follicles) pada ovari.

Di dalam folikel ini mengandungi ova (telur/benih wanita). Semasa folikel ini membesar, mereka mengeluarkan hormone estrogen. Apabila folikel cukup besar (bersaiz 20mm), folikel akan pecah dan menghasilkan hormone progesterone. Jika ada kehadiran sperma (benih lelaki), maka benih wanita ini akan disenyawakan.

Apa yang terjadi jika seorang wanita mengambil OCP? Pil perancang sebenarnya mengandungi hormone estrogen dan progesterone. Pengambilan OCP  bermakna tubuh badan wanita itu dibekalkan dengan hormone estrogen dan progesterone dari luar.

Tubuh akan “tertipu” apabila kadar kepekatan hormone estrogen dan progesterone semakin tinggi dalam badan kerana pengambilan pil perancang ini. Kenaikan kepekatan kedua-dua hormone ini akan memberikan ”negatif feedback” yang mengarahkan agar kelenjar pituitari  berhenti mengeluarkan hormon FSH dan LH. Seterusnya tiada lagi pembentukan folikel dan ova dalam ovari.

Maka jika tiada folikel, tiadalah ova (benih wanita). Walaupun dengan kehadiran sperma (benih lelaki), tetapi tanpa ova, proses pembentukan janin akan terhalang. Inilah sebenarnya yang menghalang seseorang wanita itu dari hamil.

Setelah beberapa lama pengambilan OCP, wanita tadi berhenti pengambilan OCP. Namun kelenjar pituitary akan terus “ditipu” dengan menganggap darah masih lagi mempunyai kepekatan estrogen dan progesterone yang mencukupi. Pada hal kadar hormone dalam badan terlalu rendah untuk menyebabkan kitaran haids yang normal.

Sekali lagi kelenjar pituitari tidak akan mengeluarkan FSH dan LH, maka tiada penghasilan folikel dan ova. Maka tubuh akan terus ”dimandulkan” walau tanpa pengambilan OCP selain tidak mendapat kitaran haids yang normal.

Penderitaan seorang wanita menyebabkan dia bertanya-tanya di dalam diri, “sampai bilakah dia harus menunggu kedatangan haidsnya”. Jangan risau, selalunya kitaran haids akan kembali dalam masa tiga hingga enam bulan. Sesetengah wanita terpaksa menunggu sehingga dua tahun untuk mendapat semula kitaran haids yang normal.

Klik di sini untuk membetulkan kitaran haid secara selamat

Walaupun dari segi teori agak sukar untuk mendapat anak akibat haids yang hilang itu, namun kemungkinan besar, dengan kudrat dan keizinan Allah, wanita itu boleh mengandung sebelum kitaran haids  menjadi normal. Kebolehan tubuh badan cuba mengawal dan mendapatkan semula kitaran haids adalah terlalu menakjubkan (dengan izin Allah).

Kadang-kala seorang doktor yang mahir pun tidak dapat menentukan mana satu yang akan pulih dahulu; samada wanita itu menjadi subur (ovulate) semula atau kitaran haidsnya menjadi normal dahulu.

Apa yang harus wanita itu lakukan untuk mengusahakan ikhtiar dalam usahanya bertawakal? Dia seharusnya berjumpa dengan doktor pakar yang berkelayakan, agar diberikan rawatan yang sepatutnya.

Jangan biarkan kejahilan lalu membuatkan kita semakin jahil dengan mendengar “kata orang kampong” atau jiran yang tidak mahu bertangungjawab atas perkataannya. Adakah mereka akan bertanggungjawab atas rekomendasi (cadangan) yang mereka berikan pada wanita muda yang malang itu.

Adakah wanita malang yang semakin ditimpa penyakit yang pelik-pelik akibat mengikut nasihat “orang kampong” atau “jiran” atau “bidan tidak bertauliah” itu akan dibela oleh mereka yang memberikan cadangan? Saya amat berharap agar kejahilan kita tidak keterlaluan.

Jika seseorang wanita muda telah berhenti mengamalkan OCP dan masih lagi tidak mendapat kitaran haids yang normal, dan doktor telah mendiagnosa sebagai post pill amenorrhea , maka jangan risau. Banyakkan berdoa dan tetaplah dengan rawatan yang diberi.

Kemudaratan telah berlaku dan tidak perlu merasa menyesal. Keluh dan resah adalah mainan perasaan yang dibisikkan syaitan agar seseorang itu merasa takdir yng berlaku atas kesilapannya.

Berjumpalah dengan doktor yang pakar dan boleh dipercayai apabila kitar haids tidak menjadi normal setelah lebih setahun (dua belas bulan berturut-turut). Namun ada yang mencadangkan selepas menunggu selama enam bulan. Ini semua bergantung kepada kesabaran. Saya sendiri lebih suka kalau wanita itu menunggu selama setahun dan mengharapkan kedatangan kitar yang normal secara semulajadi, tanpa diberikan apa-apa ubat.

Selalunya doktor akan mencadangkan sejenis ubat (maaf saya tidak boleh memberikan prescripsi secara umum) yang akan merangsangkan kelenjar pituitary mengeluarkan semula FSH dan LH.

Ubat itu juga akan menghalang reseptor (sebagai receptor blocker) yang sepatutnya dirangsang oleh kehadiran estrogen di dalam rahem (uterus). Ini akan menjadikan seolah-olah kandungan hormone estrogen dalam badan pada tahap yang rendah, akibatnya kelenjar pituitary akan mengeluarkan FSH.

Dengan kehadiran FSH dalam tubuh, folikel akan dibentuk di ovari. Folikel akan membesar (dengan perlahan-lahan menaikkan tahap estrogen), dan akhirnya folikel itu pecah dan mengeluarkan ova di samping mengeluarkan hormone progesterone.

Estrogen akan mengarahkan rahem (uterus) agar menyuburkan benih yang ditanam (jika telah ada persenyawaan). Oleh itu, teruskanlah mencuba mendapatkan zuriat dengan aktiviti jimak kerana dengan kudrat Allah, tiada siapa dapat menjangka bahawa wanita itu akan hamil.

Namun jika tiada persenyawaan, rahem akan mengeluarkan darah haids. Ini bermakna dengan sebab pengambilan ubat itu, kitaran haids wanita itu menjadi normal.

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan kedua saya mengenai topik ini)

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad. (260510)

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

5 comments

  1. Salam doc, sy nak tanya adakah normal jika mengalami haid selepas mengambil injection perancang keluarga? (unidepo).
    Utk pengetahuan doc, last period sy adalah pd 26 Jan 2011, dan mengambil injection pada 24 Mac 2011. Dan pada 11 April 2011, sy mengalami haid yg banyak. Sy adalah ibu kpd seorg ank berusia 7 bulan dan masih byk perkara yg perlu sy tahu.
    Adakah sy berpotensi utk subur w/pon sudah mengambil pencegahan?
    Terima kasih atas kerjasama doctor.

    • Oleh kerana soalan saudari bersifat peribadi, saya cadangkan saudari pergi ke ruangan Tanya Doktor. Saudari digalakkan memberikan komitmen kepada Dr Zubaidi untuk mendapatkan sesi konsultasi. Soalan saudari bakal dijawab oleh beliau dgn secepat yang boleh sbg membalas komitmen saudari. Terima kasih.

  2. salam doc.saya ada mengambil pil perancang keluarga.sekarang ini darah haid saya keluar sedikit sahaja dalam masa 3 hari.saya nak bertanya ada tak jenis pil perancang yang boleh membuatkan darah haid kembali normal.sekian terima kasih.

  3. salam doktor..sy baru melahirkan anak 6 bln mlalui pembedahan.skrg sy mengambil pil perancang noriday spt yg dicadangkan oleh doktor di klinik kerajaan kerana sy menyusukan bayi sy. adakah masalah jika haid sy tidak keluar selama 6 bln sy mengamalkan pil tersebut. sy sudah b’tanya dgn doktor & nurse,mereka mengatakan perkara tersebut adalah normal bagi mereka yg mengambil pil noriday.hrp doktor boleh jelaskan kerana sy tidak pernah mengalami keadaan sebegini selps kelahiran anak sblm ini. sy juga mengambil pil perancang tp b’jenama lain seblm ini & kitaran haid normal setiap bulan.

Leave a Reply to aliaCancel reply

error: Content is protected !!