PERBEZAAN ANTARA OMEGA 3 DAN MINYAK IKAN

PERBEZAAN ANTARA OMEGA 3 DAN MINYAK IKAN

Ketika memilih suplemen yang mengandungi Omega 3, periksa pada botol dan cari nilai omega 3 yang ada. Ini kerana ramai yang menyangka bahawa minyak ikan dan omega 3 adalah dua perkara yang sama.

Minyak ikan adalah minyak yang ada pada ikan. Ia mengandungi pelbagai jenis asid lemak. Manakala omega 3 adalah sejenis asid lemak dari kelas polyunsaturated fatty acid. Maknanya minyak ikan mengandungi Omega 3 dan asid lemak yang lain. Jadi ia istilah umum. Yang kita mahu adalah Omega 3.

Sekali lagi, Omega 3 adalah sejenis asid lemak dalam kumpulan lemak tidak tepu poli (polyunsaturated fatty acid). Omega 3 mengandungi 3 jenis asid lemak iaitu ALA, EPA, dan DHA. DHA dan EPA boleh didapati dalam ikan seperti cod, sardin, dan lain-lain. ALA, sebaliknya, boleh didapati daripada minyak sayuran seperti minyak soya kacang badam (almond), walnut dan flaxseeds.

DHA dan EPA adalah komponen Omega 3 penting kerana hanya terdapat pada minyak ikan. Jadi jika kita membeli suplemen minyak ikan, ikan akan dapat dua komponen Omega 3 ini. Dalam suplemen minyak ikan, untuk mendapatkan Omega 3 kita harus melihat kedua-dua nilai DHA dan EPA. Bukan melihat nilai minyak ikan.

Contoh satu biji softgel mungkin mengandungi 500mg minyak ikan tetapi nilai DHA 250mg dan EPA 125mg. Nilai omega 3 adalah 375mg. Yang selebihnya, pihak farmaseutikal yang mengeluarkan produk itu, mencampurkan dengan minyak zaitun atau minyak sayur. Jadi jangan tertipu dengan nilai dos minyak ikan tetapi lihat nilai DHA dan EPA.

Omega 3 sangat bermanfaat kepada manusia untuk menurunkan tahap kolesterol dalam darah, dan seterusnya dengan itu mencegah pembentukan sumbatan pada saluran darah (arterosklerosis). Ia juga mencegah hipertensi dan pengumpulan trigliceride dalam darah. Dengan ini akan melindungi mendapat serangan strok.

PENGAMBILAN SUPLEMEN OMEGA 3 DAPAT MERENDAHKAN RISIKO STROKE RUJUKAN : Larsson SC, Orsini N, Wolk A. Long-chain omega-3 polyunsaturated fatty acids and risk of stroke: a meta-analysis. Eur J Epidemiol.
2012;27:895–901. doi: 10.1007/s10654-012-9748-9

Ini bermakna Omega 3 dapat mencegah risiko serangan strok dan serangan jantung yang merupakan punca utama kematian di seluruh dunia. Omega 3 sendiri bertindak sebagai anti-keradangan untuk mengurangkan rasa sakit badan dan sendi.

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan satu gram omega 3 setiap hari bagi mereka yang ada masalah penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol yang tinggi.

Rujukan: Omega-3 Fatty Acids and Cardiovascular Disease. New Recommendations From the American Heart Association. Penny M. Kris-EthertonWilliam S. HarrisLawrence J. Appel and for the AHA Nutrition Committee https://doi.org/10.1161/01.ATV.0000057393.97337.AE Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology. 2003;23:151–152.

Paling baik Omega 3 diperolehi dari makanan ikan yang berminyak.

Semoga bermanfaat.

Dapatkan Fish Oil Needs Venue yang bersaiz lebih kecil dari dalam pasaran, sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak 1 biji, dewasa 3 biji. Boleh klik link di bawah : 

[FAMILY PACK] – 3 UNIT NV FISH OIL !! SAVE RM15 !! – Needs Venue

Pertanyaan boleh wassap ke pada saya Dr Zubaidi bin Hj Ahmad. www.wasap.my/60197022391.

Leave a Reply

error: Content is protected !!