1000am 190310 Saya diminta oleh seorang rakan FB untuk menasihatinya yang sedang belajar di tahun pertama fakulti perubatan di sebuah univerisiti di Indonesia. Memandangkan saya telah lama meninggalkan alam pembelajaran di fakulti perubatan saya merasakan tentu banyak perubahan sistem pembelajaran sekarang.
Namun ada satu yang saya pasti masih tidak berubah iatu tentang nilai. Maka saya meminta kepada adik-adik yang sedang belajar medic di mana pun jua, fahamilah tanggungjawab yang bakal anda pikul. Nilai kemanusiaan harus diterapkan ke dalam hati masing-masing.
Jangan belajar medic dgn hati yg takabur. Rendahkan hati dgn mengharapkan agar Allah mengurniakan ilmu yg terbaik agar kita nanti berpeluang berkhidmat kpd masyarakat. Soal ganjaran dunia berupa wang ringgit, pengiktirafan dan jawatan, hendaklah diletakkan di luar hati, kerana bimbang ianya akan mengubah NIAT kita.
Akhir sekali, nasihat org alim, ” Jika kamu memasuki universiti dalam keadaan tawaduk, jangan pula nanti keluar dalam keadaan takabbur”.