
KOPI VS MATCHA: MANA SATU LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA?
Ketika populariti matcha meningkat, anda mungkin tertanya-tanya adakah lebih baik menggantikan kopi dengan matcha sebagai minuman berkafein harian.
Matcha ialah minuman berasaskan serbuk teh hijau berkualiti tinggi yang dibancuh dalam air panas atau susu.
Ia mempunyai rasa unik dan kaya dengan antioksidan dan asid amino yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan seperti mencegah kanser dan meningkatkan fungsi otak.
Kopi juga kaya dengan antioksidan. Di AS, separuh daripada populasi dewasa menikmatinya setiap hari untuk mengurangkan keletihan.
Kajian menunjukkan bahawa kopi boleh membantu mencegah keradangan, diabetes jenis 2 dan kemurungan.
Jadi, mana satu lebih baik untuk kesihatan?
KEBAIKAN KOPI
Selain kandungan kafein yang tinggi, kopi turut menawarkan manfaat kesihatan lain:
✅ Sumber antioksidan yang baik: Terutama asid klorogenik yang mengurangkan keradangan, mengawal gula dan lemak darah, dan boleh mencegah kanser.
✅ Mengurangkan risiko Parkinson: Kopi membantu mengurangkan pengeluaran protein yang berkait dengan penyakit ini.
✅ Mengurangkan risiko diabetes: Setiap cawan kopi tambahan dikaitkan dengan 6% penurunan risiko diabetes jenis 2.
✅ Baik untuk kesihatan otak: Kajian menunjukkan kopi (dengan atau tanpa teh) mengurangkan risiko dementia selepas strok.
✅ Mengurangkan kemurungan: Minum 1.5 cawan kopi sehari dikaitkan dengan kadar kemurungan yang lebih rendah. Setiap cawan tambahan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 8%.
KEBAIKAN MATCHA
Sama seperti kopi, matcha juga tinggi kafein dan mengandungi manfaat unik:
✅ Kaya antioksidan: Terutama katekin seperti EGCG yang mengurangkan radikal bebas dan risiko kanser usus, pundi hempedu dan saluran empedu.
✅ Tingkatkan fungsi kognitif: Kajian menunjukkan wanita warga emas yang minum matcha setiap hari mengalami peningkatan fungsi otak. Ia juga bantu memori dan kurangkan keresahan melalui kesan pada dopamin dan serotonin.
✅ Baiki kesihatan metabolik: Dalam individu berlebihan berat badan, matcha meningkatkan HDL (kolesterol baik), menurunkan glukosa dan meningkatkan IL-10 (protein anti-radang).
✅ Kurangkan kemurungan: Kajian ke atas tikus menunjukkan matcha mempunyai kesan antikemurungan melalui sistem dopamin otak. Dalam manusia, teh hijau dikaitkan dengan kemurungan lebih rendah dalam wanita menopaus.
PERBANDINGAN KANDUNGAN KAFEIN
KOPI : 10–12 mg kafein per gram. Secawan biasanya 80–100 mg.
MATCHA : 18.9–44.4 mg/g. Satu hidangan (2g) mengandungi sekitar 38–89 mg.
FDA mencadangkan maksimum 400 mg kafein sehari untuk orang dewasa sihat.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN UTAMA
✅ Antioksidan:
Kopi: Kaya asid klorogenik.
Matcha: Kaya katekin (terutamanya EGCG).
✅ Tenaga dan Fokus:
Kopi: Memberi lonjakan tenaga yang kuat dan segera.
Matcha: Tenaga lebih perlahan dan berpanjangan. Matcha juga mengandungi theanine yang bantu kurangkan stres dan kesan “berdebar” kafein.
✅ Kesihatan Mental dan Otak:
Kopi: Lebih banyak bukti mengurangkan kemurungan.
Matcha: Membantu fokus, kurangkan keresahan dan lebih menenangkan.
✅ Asid dan Penghadaman:
Kopi: pH lebih rendah (4.85–5.13), berisiko sebabkan asid refluks.
Matcha: pH lebih tinggi (5.58–5.94), lebih lembut pada perut.
JADI MANA YANG LEBIH BAIK?
1. Kedua-duanya baik jika diminum secara sederhana.
2. Pilih kopi jika perlukan tenaga kuat atau mahu manfaat antikemurungan.
3. Pilih matcha jika sensitif pada kafein, sering alami refluks asid, atau perlukan fokus lebih tenang dan stabil.
Kesimpulannya:
✅ Kopi dan matcha ialah dua minuman berkafein yang kaya antioksidan dan menyokong kesihatan.
✅ Tapi jika anda mudah cemas atau perut sensitif, matcha mungkin lebih sesuai kerana kandungan kafeinnya lebih rendah dan sifat anti-stres daripada theanine.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi