“Assalammualaikum Dr Zubaidi. Betul ke tidak boleh minum air teh ketika haid? Terima kasih”.
Waalaikumussalam.
Sebenarnya tudak ada larangan untuk minum teh semasa haid, tetapi ia bergantung kepada jenis teh dan kesan individu terhadap tubuh.
Contoh teh herba (seperti chamomile, peppermint, atau ginger tea) membantu melegakan kekejangan, kembung, dan rasa tidak selesa.
Chamomile tea, khususnya, mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.
Teh hijau pula kaya dengan antioksidan dan boleh membantu mengurangkan kelesuan atau keletihan.
Namun cuba elakkan teh berkafein tinggi (seperti teh hitam atau teh oolong) ketika haid.
Ini kerana kafein boleh meningkatkan dehidrasi dan menyebabkan kekejangan lebih teruk pada sesetengah individu.
Kafein juga boleh meningkatkan kegelisahan atau perubahan mood.
Elakkan juga teh yang terlalu manis. Gula tambahan boleh menyebabkan kembung atau membuat simptom haid lebih ketara.
Jadi secara umumnya, teh herba adalah pilihan terbaik semasa haid kerana sifat menenangkannya.
Namun, teh berkafein tinggi mungkin tidak sesuai jika puan sensitif terhadap kafein.
#HealthDrZubaidi
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz