“Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman? Mohon pencerahan, terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj. Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.
Tandanya ialah seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian ari-ari, bau yang busuk dan kadangkala ada terdapat lendiran bercampur darah dari faraj.
Oleh itu rawatan yang betul harus diberikan agar ia dapat disembuhkan.
Jika jangkitan ini tidak dirawat dengan sempurna, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pra matang pada wanita yang hamil, barah serviks, rosaknya tiub fallopian, mengandung luar rahim dan sebagainya.
Hubungan dengan suami juga mungkin akan bermasalah.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
