Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh doctor pakar, bahawa kebarangkalian untuk isteri beliau hamil semula dan mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi, beliau mengharapkan dan berdoa agar biarlah selepas ini mendapat anak yang sihat. Perkataan ‘meramal’ adalah perkataan yang agak keras dan sensitif. Saya bimbang rakan saya mungkin akan salah faham. Isu sama ada Islam …
Read More »Fiqh Perubatan
Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil
Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita. Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat …
Read More »Menghisap ‘rokok elektrik’ adalah amalan sia-sia
Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok. Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan ‘rokok tanpa asap’. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok. Idea untuk mencipta ‘rokok elektrik’ (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun …
Read More »Kesan membesarkan Payudara menggunakan Suntikan Hyaluronic Acid
TERDAPAT GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT Dunia perubatan moden terutama di bidang kecantikan telah berkembang dengan pesatnya. Kalau dulu untuk membesarkan payudara seorang wanita harus menjalani pembedahan besar (major surgery) dan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh, sekarang banyak prosedur yang ringkas dan tidak menyakitkan dapat dijalankan bagi mencapai tujuan itu. Masalah yang timbul, adakah ianya selamat? Bagaimana dengan kebolehan untuk menyusukan anak apabila payudara telah disuntik dengan bahan-bahan itu? Tidakkah ia membahayakan bayi apabila susu dari payudara yang disuntik diberikan kepada anak? As salam mua alaikum Doktor. Saya hendak bertanya, selamatkah bayi yang diberi susu ibu sedangkan saya …
Read More »Hukum mengecilkan Payudara
HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA “TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT” Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai “mengada-ngada”. Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka. Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara yang terlalu besar berbanding dengan saiz tubuh mereka. Mereka mengalami perasaan rendah diri dan mengalami masalah fizikal yang tidak tertanggung. Pelbagai ubat yang telah dicuba sehingga mereka terpaksa merelakan untuk menjalani pembedahan. Antara pertanyaan yang saya terima: “ Assalamualaikum doctor, saya berumur 23 tahun..saya mempunyai masalah iaitu payudara jatuh sejak …
Read More »Hikmah Larangan Jimak ketika Haids
Setiap dari kita mempunyai nafsu dan akal yang bertujuan untuk menimbangkan antara yang baik dan yang buruk. Nafsu dan akal juga membantu kita membuat pertimbangan agar dapat menyalurkan syahwat ke arah kebaikan, iaitu melalui perkahwinan yang sah. Dengan berkahwin, hubungan jimak yang halal dibenarkan asalkan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak. Malah melakukan hubungan ini secara halal antara suami dan isteri, dikira sebagai ibadah dan diberikan pahala. Perkara ini dijelaskan oleh rasulullah s.a.w di dalam satu riwayat hadis. “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, …
Read More »Menggugurkan Bayi kerana Cacat (Edward’s Syndrome)
“Assalamualaikum doktor. Saya hamil 26 minggu. Pada kehamilan saya berusia 20 minggu saya telah menjalani pemeriksaan ultrasound dan mendapati fizikal bayi saya mengalami kecacatan, berkemungkinan disebabkan oleh genetic disorder. Saya juga telah menjalani pemeriksaan amniocentesis dan disahkan mengalami Edward’s syndrome trisomy 18. Saya difahamkan oleh doktor bahawa kebarangkalian untuk bayi saya hidup setelah dilahirkan hanyalah 1%. Sebagai seorang Islam saya masih lagi ragu-ragu lagi dgn keputusan yang bakal saya buat. Serelah berbincang dgn pihak keluarga dan suami, kami bercadang untuk menggugurkan kehamilan saya. Apa pandangan doktor?”. Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan takziah kepada puan atas dugaan …
Read More »Keperluan Vaksin Rotavirus
Jangkitan rotavirus adalah penyebab utama bagi gejala cirit-birit yang serius di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Cirit-birit yang disebabkan oleh virus ini boleh menyebabkan demam, muntah, kekurangan air (dehidrasi) dan boleh menyebabkan kematian. Ia mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain hanya dengan sentuhan. Penjagaan kebersihan sahaja tidak mencukupi bagi mengawal jangkitan rotavirus ini. Vaksin rotavirus adalah salah satu cara terbaik bagi mencegah jangkitan ini. Kebanyakan bayi yang diberikan vaksin ini tidak mengalami cirit-birit akibat jangkitan rotavirus di mana ia menyebabkan dehirasi yang serius dan kematian. Menurut statistik di U.S. Centers for Disease Control (CDC), sebelum vaksin …
Read More »Bahayakah Demam Ketika Hamil?
Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan redha, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.” Saya amat tertarik dengan catatan di atas. Indahnya agama ini kerana setiap ujian yang diberikan oleh-NYA tidak bermakna Allah membenci kita. Setiap mereka …
Read More »Silap Potong Ketika Berkhatan!
Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya. Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu. Ini mengakibatkan hujung kulit zakar mereka tidak dipotong sepenuhnya. Mereka juga dilaporkan mengalami luka yang masih belum kering dan terpaksa memakai kain. Luka itu menjadi punca mereka akan merasa sakit setiap kali mahu membuang air. Kedua-dua orang kanak-kanak itu Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, …
Read More »Tidak Boleh Menderma Darah Setiap Bulan
Banyak berita yang mewar-warkan keperluan pendermaan darah. Setiap hospital awam di seluruh negara menggesa masyarakat setempat mendermakan darah bagi menampung keperluan rawatan yang semakin berkurang. Darah diperlukan untuk menggantikan darah mangsa kemalangan jalanraya, pesakit yang sedang menjalani pembedahan, atau pesakit-pesakit kronik yang memerlukan darah seperti leukemia atau thalassemia. Dalam hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan ‘Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya’. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Menderma darah hukumnya harus. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada …
Read More »Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan
Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat atau menghadapi masalah fungsi hati (liver disease), maka mereka harus menghentikan penggunakan suntikan ini. Untuk itu suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit. Doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan melakukan pemeriksaan darah untuk …
Read More »Bilateral Tubal Reversal
Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka. Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram. Ini berdasarkan ayat al Quran: “..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, …
Read More »Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa
Saya tercengang dan bagai tidak percaya apabila seorang pesakit Melayu beragama Islam meminta saya menuliskan surat pelepasan dari berpuasa. “Doktor boleh tak tuliskan surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa kerana saya mengalami migraine dan tidak boleh berpuasa. Kalau saya berpuasa pasti migraine menyerang. Saya terpaksa makan ubat” “Surat pelepasan?!!” Sepanjang menjadi doctor, tidak pernah saya mendengar ada surat pelepasan untuk tidak berpuasa. Melampaunya! “Ya, surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa. Mana tahu kalau saya tengah makan, pegawai Jabatan Agama lslam Johor menyerbu. Boleh saya tunjukkan surat pelepasan itu..” Saya mengurut dada. Saya dipaksa untuk bersubahat. Tak pasal-pasal saya mendapat dosa …
Read More »Hal-hal Mengenai Perubatan yang Tidak Membatalkan Puasa
(Diterjemahkan dari buku Puasa, Hikmah dan Hukum oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani) Sesungguhnya Majlis Himpunan Fiqh Islam yang bersidang pada perhimpunan muktamarnya yang kesepuluh di Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia, sepanjang jangka masa dari 23 sehingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M); Setelah ia meninjau kajian-kajian yang dikemukakan di dalam tajuk benda-benda yang membatalkan Puasa di dalam skop perubatan, dan [meninjau] penyelidikan, kajian dan saranan yang datang daripada Forum Fiqh Perubatan Ke-9 yang diadakan oleh Badan Islam bagi Sains Perubatan, dengan kerjasama Perhimpunan ini dan pihak-pihak lain, di Dar Baidho’ di Kerajaan Maghribi, di dalam tempoh …
Read More »Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa
Sepanjang bulan Ramadan, ramai di kalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil? Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya. Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil …
Read More »Ibrar Pemakanan Rasulullah SAW: Banyakkan Serat dalam Diet
Seorang rakan menghantar SMS menyatakan dia tidak dapat berjumpa saya dan kawan-kawan di sebuah café. Kebetulan petang itu memang beberapa orang teman berkumpul untuk berbual-bual dan berkongsi informasi baru. Rakan tadi memberitahu bahawa dia sedang berada di Jabatan Kecemasan di salah sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya lagi, kemungkinan besar dia akan ditahan di wad bagi menjalani beberapa pemeriksaan. “Apa ?? Berak darah??” … “Ini mesti perbuatan khianat. Aku tahu ini mesti santau sebab ramai orang dengkikannya. Bukankah dia tu peniaga di pasar malam?” “Tak baik menuduh. Kita tidak ada bukti dan tuduhan itu boleh jatuh pada sesiapa saja …
Read More »Berusaha Yang Betul Tanpa Melawan Takdir
“Doktor tahu ke kalau anak saya akan cacat?” Saya terkedu dengan serangan itu. Umpama satu letupan akibat bedilan peluru berpandu ketika perang Iraq dulu. Saya baru sahaja meng’update’kan status di wall, memberitahu akan menulis kebaikan folic acid kepada bayi yang berada dalam rahem. Serangan dalam ruangan chatting FB amat mengganggu perasaan saya. “Maaf puan, saya tidak mengetahui. Semuanya dalam pengetahuan ALLAH” “Haa..tahu pun. Jadi kenapa doktor pandai-pandai bagi nasihat tentang anak yang belum lahir?’ Saya menggeleng-gelengkankan kepala. Ini pemikiran puak mana? Saya mengurut-ngurut dada. Saya percaya ini adalah wakil golongan Jabariyyah Melayu atau pembaca yang tiada asas pengetahuan agama, tetapi …
Read More »Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid
Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana …
Read More »Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”
Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita. Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka. ”Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat …
Read More »Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?
Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan …
Read More »Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran
Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di’cuci’ dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka. “Doktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!” ”Masihkah suami …
Read More »Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami. ”Perlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?” Saya menjawab, “Berkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan”. ”Doktor, selama ini saya tidak pernah berkhatan. Tidak ada kekurangan pun. Keperluan apa? Doktor bersekongkol dengan mereka yang menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka!” Saya tergamam dengan dakwaan itu. Saya mencari-cari punca. Mengumpulkan segala rasional untuk menjawab dakwaan itu. Satu hadis bermaksud, ” Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut …
Read More »Ada Dara atau Tidak?
Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang hymenal repair, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak. Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai akan berjumpa bomoh dan melunyaikan selaput dara yang berbaki. Selaput dara (hymen) atau ke’dara’an menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, sosial malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan hanya bermakna kebersihan saja, tetapi maruah dari ‘diceroboh’ …
Read More »Keperluan Menilik Jantina Bayi Menggunakan Ultrasound
“Doktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?” Ramai doktor yang teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Perasaan bersalah dan berdosa pernah menjelma di jiwa saya. Adakah saya mengganggu qadar Allah yang menentukan sama yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan? Selama ini saya menganggap apa yang berada di dalam rahem seorang ibu adalah rahsia Allah. Walhal rahsia Allah ialah sesuatu yang ditentukan oleh Allah sebelum benih lelaki dan wanita disenyawakan di dalam rahem. Namun apabila persenyawaan telah berlaku, jantina bayi telah ditentukan, bayi ditempatkan di sebuah ruang sementara bernama rahem. Segala-galanya telah ditentukan Allah dan bukan menjadi rahsia …
Read More »Lelaki dan Kesuburan
Kerana ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah ketidaksuburan. Sesetengah lelaki menganggapnya sebagai langkah mempersoalkan ’kejantanan’ mereka. Belum lagi disahkan sebagai lelaki mandul yang tidak mampu mendapatkan zuriat. Tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mengaku dirinya dalam keadaan begitu. Perkataan ’mandul’, sesolah-olah dekat dengan perkataan ’pondan’. Ia sangat pahit untuk ditelan bersama keegoan lelaki. Maka lebih mudah menuduh isterinya yang mengalami masalah ketidaksuburan. Masyarakat pula lebih mudah menerima jika wanita yang menjadi puncanya. Jika lelaki penyebabnya, istilah ’lelaki mandul’ sendiri seolah-olah telah merabakkan institusi kelelakian. Lelaki lain tentu tidak dapat menerima kehadiran lelaki sebegini di …
Read More »Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil
Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri. Adab melawat pesakit yang dilupakan Apa …
Read More »Pendarahan Ketika Baru Hamil
Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya. Musibah atau rahmat? “Doktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan saya. Saya keguguran ke?” Saya tidak berminat untuk bertanya lanjut mengenai masalah pendarahannya. Sebaliknya saya tersentuh dengan kesedihannya. Agaknya apa yang sedang difikirkan. “Doktor, saya memang harap-harap benar saya mengandung kali ini. Keluarga belah saya dan suami selalu bertanya. Saya harap kandungan ini boleh diselamatkan” Saya menarik nafas panjang. Saya …
Read More »Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak
Suatu petang semasa saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) untuk mengunjungi rakan sekerja, Dr Zainal yang sama-sama selesai menjalani On Call. Saya memang seronok ke sana, di samping mengajak rakan saya ”mengeteh” (istilah orang Johor untuk menggambarkan suasana santai minum teh atau kopi di samping berbual-bual dengan sahabat), ETD merupakan jabatan yang amat sibuk. Di situlah pelbagai insiden kecemasan dan kelam-kabut seperti cerita drama ER di televisyen. Tetapi di ETD adalah ’real life story’. Tidak seperti bekerja di wad pembedahan yang kebanyakan masa tenang, hanya sesekali pesakit collapse (tidak sedarkan diri) …
Read More »Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)
(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini) Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh. Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita …
Read More »Mencari Ubat adalah Tawakal
Saya menolak debat Saya adalah di antara orang yang tidak suka berdebat. Ia bukan kerana saya tiada fakta untuk dilontarkan dalam perdebatan, tetapi pada pendapat saya tiada siapa yang mendapat keuntungan dari perdebatan itu. Selepas perdebatan itu nanti, saya masih dengan pendirian saya dan dia masih dengan pendiriannya. Akhir sekali muka berubah menjadi masam mencuka dan putus ukhwah. Setiap perdebatan memang mengujakan emosi. Bila emosi menggelegak panas dek mempertahankan ego, semua adab perdebatan dan kesahihan/kebenaran fakta disimpan di belakang punggung. Gelojak amarah akan mengemudikan perdebatan itu. Masing-masing mahu menang. Kemenangan dan ego dipertahankan tetapi fakta/kebenaran dibuang. Perdebatan bukan lagi kerana …
Read More »MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?
”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …
Read More »Memilih Jantina Anak : Sains atau Takdir?
Doktor bukannya Tuhan Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka. Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu naïve dan innocent didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan. Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Jadi mereka ketawa, “kami tahu doktor bukan tuhan, cuma kami mahukan tips-tip agar kami dapat anak lelaki”. Jika begitu, cuba perbaiki ayat yang digunakan. Awas kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Adakah mungkin untuk memilih jantina anak yang bakal “diusahakan” itu? Banyak …
Read More »Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Insan : 2) Isu kesuburan adalah ketetapan Allah Tentunya pasangan yang berkahwin mempunyai matlamat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin malahan ada yang mahu mendapatkannya seramai yang boleh. Tekanan daripada keluarga di kedua pihak lelaki dan wanita menyebabkan pasangan suami isteri harus membuktikan bahawa mereka mampu mendapatkan cahaya mata untuk meneruskan kelangsungan salasilah keturunan. Namun ramai yang tidak menyangka bahawa mendapat cahaya …
Read More »Sawan dan Ketumbuhan Otak: Tiada kaitan dengan saka
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Banjir besar di Kota Tinggi “Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir besar dlm sejarah tanahair. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi …
Read More »Kitaran Haids : Fisiologi dan Syariah
“Segala puji Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya” Doktor merangkap ustaz? Saya tidak menyangka tugas saya sebagai doktor juga berhadapan dengan persoalan-persoalan syariah yang diajukan oleh pesakit. Kebanyakan pesakit wanita yang bertanya masalah kitaran haids mereka. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu puan-puan dan saudari-saudari bahawa saya hanya memetik beberapa perenggan kata-kata ulamak mengenai haids. Saya tidak dapat menyertakan nas-nas yang lebih tepat (al quran dan hadis). Jadi jika masih ragu-ragu mengenai haids silalah bertanyakan ulamak yang berhampiran dengan tempat tinggal puan. Namun tujuan …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
