“As salamu alaikum doctor, Saya ingin bertanya adakah pemberian air glukos pada bayi digalakkan dan pada usia berapakah ia boleh dilakukan? Mohon pencerahan. Terima kasih ”
Wa alaikum mus salam.
Memberikan air glukos pada bayi dan kanak-kanak telah menjadi amalan biasa dalam sesebuah keluarga. Mereka percaya bahawa air glukos memberikan faedah pada bayi dan anak mereka seperti mana orang dewasa mendapat kesegaran apabila minum air glukos setelah penat bekerja atau sedang dalam pantang.
Glucose adalah bahan yang sangat penting untuk bayi mendapatkan tenaga dan mengaktifkan minda mereka.
Namun begitu memberikan bayi berumur kurang setahun air glukos bukanlah langkah yang baik.
Ini kerana glukos boleh didapati dari pencernaan makanan yang seimbang terutamanya dari makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, dan gandum.
Air glukos yang dijual di pasaran sebenarnya tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Ia tidak mengandungi zat makanan kecuali glucose yang bertindak sebagai pembekal tenaga.
Untuk tumbesaran yang baik dan sempurna, bayi memerlukan zat makanan yang lengkap iaitu protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.
Pemberian air glukos hanya akan menggalakkan kanak-kanak lebih gemar untuk minum minuman manis dan mengganggu selera mereka untuk makan makanan yang seimbang.
Ia juga akan mudah merosakkan gigi.
Meminum air glukos untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan bayi dan kanak-kanak ini mengalami penyakit diabetis.
Wallahu a’lam.