BOLEHKAH AMBIL VITAMIN C 1000MG?

 

“Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Saya XXXXX dari Kuantan. Saya ingin bertanya mengenai tablet vitamin C 1000mg yang larut dalam air yang baru saya beli. Saya hanya membeli 10 biji sahaja. Saya bebas dari penyakit 3 serangkai.

Saya telah menyemak dalam talian dan juga bertanya di farmasi, dan mereka mengatakan bahawa ia selamat untuk mengambil 1000mg sehari. Namun, saya ingin mendapatkan kepastian daripada doktor.

Terima kasih, Dr Zubaidi.”

 

Waalaikumussalam.

 

Terima kasih atas soalan tuan.

 

Mengambil vitamin C 1000mg sehari biasanya dianggap selamat untuk kebanyakan orang dewasa yang sihat.

 

Walaupun keperluan harian vitamin C bagi orang dewasa yang sihat adalah sekitar 100mg sahaja tetapi apabila vitamin C diambil, ia akan mengalami tindakbalas asid dalam perut, menyebabkan dos yang meresap dalam tubuh mungkin 10.-30% sahaja.

 

Bagi mereka yang berusia, ada penyakit metabolik 3 serangkai, pesakit autoimmune, perokok dan wanita hamil, mungkin memerlukan dos yang lebih tinggi.

 

Oleh itu formulasi vitamin c di farmasi ada yang 500mg, atau 1000mg.

 

Jika lebih rendah dibimbangi tidak mencukupi keperluan akibat tindak balas dalam perut. Apatah lagi jika ia bercampur dengan gula, yang menghalang penyerapan vitamin C.

 

Vitamin C adalah vitamin larut air, jadi lebihan vitamin ini akan dikeluarkan melalui air kencing.

 

Jadi pasti minum air secukupnya.

 

Ada kalanya doktor mencadangkan pengambilan dos yang lebih tinggi atas sebab-sebab tertentu. Tetapi eloklah mendapatkan pemantauan doktor.

 

Dos yang melebihi 2000mg mungkin menyebabkan kesan sampingan bagi sesetengah orang, seperti gangguan pencernaan (contohnya, cirit-birit dan mual) dan mungkin batu oxalate dalam ginjal.

 

Selalunya jika anda mengambil 1000mg sehari untuk tempoh yang singkat (seperti 10 hari), ia biasanya tidak akan menyebabkan masalah.

 

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

 

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#vitaminC

 

Jika berminat mendapatkan vitamin C tanpa asid dan tanpa gula tambahan, boleh dapatkan di

https://www.needsvenue.com.my/products/non-acidic-vitamin-c-1000mg-with-bioflavonoids-60-s-?srsltid=AfmBOoq2MAhpdlOLB0eA2EdSQATPVy6GS7WEXZYJf-NAOdUmK3fgEt24

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!