Diabetic Ketoacidosis (DKA) adalah komplikasi serius dikenalpasti apabila bahan ketone dan tahap gula yang terlalu tinggi di kalangan pesakit Diabetes Mellitus.
Ia menyebabkan tubuh mengalami keadaan darah berasid.
Pada pesakit diabetis, gula tidak digunakan kerana kerintangan insulin. Tubuh mencari sumber lain selain glukosa bagi menghasilkan tenaga. Jadi tubuh menghasilkan ketone dari pencernaan lemak bagi menjadikannya sumber tenaga alternatif.
Penghasilan ketone terlalu banyak dan kurang minum air menyebabkan ketone berkumpul terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan badan berasid. Keadaan ini dikenali sebagai ketoasidosis.
Oleh itu bagi pesakit diabetis, tahap gula yang terlalu tinggi mungkin menunjukkan bahan ketone sedang dihasilkan.
Antara simptom DKA adalah:
👉🏻Dahaga yang berlebihan.
👉🏻Kerap kencing.
👉🏻Loya dan muntah.
👉🏻Rasa lemah dah cepat letih.
👉🏻Sesak nafas.
👉🏻Dehidrasi.
👉🏻Sakit kepala.
👉🏻Kering dibahagian kulit dan mulut.
Buat pemeriksaan gula menggunakan mesin glukometer dan boleh periksa tahap ketone dalam air kencing.
Tetapi jika ada simptom seperti di atas, lebih baik bawa ke hospital untuk rawatan.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Ingin mencari pemanis yang natural dan original tanpa menaikkan gula dalam darah (zero kalori), boleh ambil OLEVASTEVIA. Boleh dapatkan di link :
https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/oleva-stevia-12ml

Pengambilan minyak zaitun OLIVIE bagus kerana mengandungi poliphenol yang meningkatkan kesihatan kita. Boleh dapatkan di link :

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
