Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » salah faham terhadap penggunaan stevia

salah faham terhadap penggunaan stevia

SALAH FAHAM TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA.

 

 

 

  1. APA ITU PEMANIS STEVIA

Stevia adalah pemanis tiruan natural atau semulajadi. Ia adalah daun tumbuhan spesis  Stevia rebaudiana. Bahan aktif dalam tumbuhan ini adalah steviol glycosides. Terdapat dua jenis steviol glycoside yang banyak dalam daun ini iaitu stevioside dan rebaudioside.

 

Ia tidak mengandungi sebarang kalori. Berbanding dengan aspartame, ia adalah pemanis tiruan sintetik yang juga tiada kalori.

 

Jadi daun stevia ini digunakan secara terus (dengan meramaskan daun tersebut dan dicampurkan ke dalam minuman) atau menjalani proses pengekstrakan bagi mendapatkan patinya dan digunakan dalam bentuk serbuk atau cecair.

 

Rasanya  100-200 kali lebih manis dari kemanisan gula pasir yang biasa. Ia bergantung kepada ekstrak stevia ini disediakan dan dicairkan. Jadi stevia diambil dalam kuantiti yang sedikit bagi dicampurkan dalam makanan/minuman untuk mendapatkan rasa manis.

 

Stevia lebih stabil pada suhu yang tinggi dan  ia juga tidak mudah ditapaikan. Jadi ia boleh digunakan dalam masakan tetapi tetapi tidak sesuai untuk digunakan dalam industri makanan dalam proses fermentasi makanan.

 

Ramai yang tidak suka rasa stevia ini disebabkan rasa pahit di hujung lidah, terutama jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

 

Oleh kerana stevia tiada kalori (seperti pemanis sintetik seperti aspartame), ia sesuai digunakan oleh pesakit diabetis dan individu yang obese bagi mengurangkan berat badan mereka bagi mengganti pengambilan gula (yang mempunyai kedua-dua tahap kalori dan indeks glisemik yang tinggi).

 

 

  1. RAMAI YANG MENGANGGAP STEVIA SEBAGAI UBAT BAGI PESAKIT DIABETIS, BETULKAH?

 

Belum ada bukti saintifik yang jelas yang mengatakan bahawa produk stevia (daun atau ekstraknya) boleh digunakan sebagai ubat bagi merawat penyakit diabetes mellitus.

 

Tetapi oleh kerana stevia tidak mengandungi sebarang kalori (seperti pemanis sintetik seperti aspartame), ia sesuai digunakan oleh pesakit diabetis dan individu yang obese bagi mengawal tahap gula dalam darah dan mengurangkan berat badan mereka. Ia digunakan untuk mendapatkan rasa manis, tanpa meningkatkan pengambilan kalori dalam makanan/minuman.

 

Namun ia bukanlah ubat yang menggantikan fungsi ubat bagi pesakit diabetis dan individu yang obes. Kesan pengurangan berat badan dan pengawalan gula yang lebih baik hanya disebabkan oleh kesan stevia secara tidak langsung, iaitu stevia mengandungi jumlah kalori yang sifar.

 

Walaupun begitu ada beberapa kajian berskala kecil dan dilakukan di dalam makmal yang membuktikan stevia memberikan kesan positif terhadap pesakit diabetis mellitus dan mereka yang mengalami masalah insulin resistant, tetapi ia masih di peringkat awal. Banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum ia boleh dianggap sebagai ubat.

 

Jadi buat masa ini, penggunaan stevia hanya digunakan sebagai pengganti gula bagi mendapatkan rasa manis tanpa meningkatkan pengambilan kalori dalam makanan dan minuman. Saya menggalakkannya kerana  saya mendapat pesakit saya yang mengambil stevia, dapat mengawal tahap gula mereka dengan lebih baik dan dapat mengurangkan berat badan mereka.

 

 

  1. ADAKAH SELAMAT STEVIA YANG DIJUAL DI PASARAN?

 

Pengunaan stevia bukanlah baru. Ia telah digunakan lebih 1500 tahun dahulu oleh masyarakat Guarani di Amerika Selatan terutamanya Brazil dan Paraguay. Hanya nama daun ini diambil bersempena dengan nama ahli sains Sepanyol yang bernama Petrus Jacobus Stevus (1500–1556). Bahan aktif daun stevia ini pula pertama kali diasingkan dari daunnya oleh dua orang saintis Perancis pada tahun 1931.

 

Jadi penggunaan stevia secara am dianggap selamat kerana penggunaannnya telah digunakan sejak zaman silam. Lagi pun ia adalah tumbuhan yang natural. Penggunaannya dalam kuantiti yang sederhana sudah tentu memberikan manfaat.

 

Selalunya yang menjadi pertanyaan, adakah proses yang dilakukan untuk mengekstrak stevia itu selamat? Seperti yang sedia maklum, daun stevia yang telah dibersihkan boleh digunakan begitu saja. Ramas daun stevia dan masukkan ke dalam minuman atau makanan.

 

Namun begitu stevia menghasilkan rasa pahit di hujung rasa. Saintis mendapati bahan aktif rebaudioside A adalah bahan yang paling sesuai diekstrakkan kerana ia paling kurang rasa pahit berbanding dengan bahan aktif lain.

 

Untuk menghasilkan ekstrak bahan aktif ini, daun stevia harus dikeringkan dan menjalani proses “water extraction”. Teknik ini menghasilkan  50% bahan aktif rebaudioside A. Untuk mendapat lebih banyak peratusan bahan aktif ini, kebanyakan pengasingkan bahan aktif ini dilakukan dengan teknik ethanol atau methanol extraction . Kemudian bahan solvent ini dipisahkan, dan bahan aktif steviodes dibersihkan. Akhirnya menjalani proses  crystallization bagi menjadikan bentuk kristal seperti gula pasir yang halus. Teknik ini selamat dan dilakukan dalam kebanyakan proses pengekstrakan dalam industry makanan.

 

Di Malaysia penggunaan stevia agak baru. Namun pada tahun 1970an, apabila penggunaan stevia telah mendapat perhatian penduduk Jepun, syarikat Morita Kagaku Kogyo Co., Ltd telah mengeluarkan stevia dengan Teknik “water extraction” pada tahun 1971. Di Jepun stevia digunakan dalam industry makanan dan mereka mencampurkannya dalam makanan dan minuman. Pada tahun 2006, Jepun menggunakan lebih 40% dari jumlah keseluruhan pengeluaran stevia di dunia.

 

Pada pertengahan tahun 1980, stevia pula menjadi popular di Amerika Syarikat di kalangan peminat makanan semulajadi (natural food) dan digunakan sebagai mengganti gula dalam makanan dan minuman.

 

Ini telah menarik perhatian badan autoriti di sana untuk mengkaji adakah penggunaan stevia ini selamat. Pada tahun 2006, satu kajian data yang meneliti tahap keselamatan penggunaan stevia telah dihantar ke WHO dan telah diluluskan sebagai bahan yang tiada kesan sampingan.

 

Rujukan: Benford, D. J.; DiNovi, M.; Schlatter, J. (2006). “Safety Evaluation of Certain Food Additives: Steviol Glycosides” (PDF). WHO Food Additives Series. World Health Organization Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA). 54: 140.

 

Di Amerika Syarikat, daun stevia yang diektrak secara tulen (yang tidak dicampurkan dengan sebarang lain) dan yang bukan berbentuk daun, dianggap sebagai bahan penambah dalam makanan (food additive) atau pemakanan tambahan (dietary supplement) yang selamat dan boleh digunakan sebagai bahan-bahan yang dicampurkan dalam makanan/minuman.

 

Ini bermakna bahan ekstrak dari daun stevia saja yang dibenarkan. Penjualan stevia dalam bentuk daun tidak digalakkan kerana dibimbangi ia mengandungi bahan-bahan aktif lain yang lain belum disahkan selamat. Oleh itu Amerika Syarikat hanya membenarkan penjualan dan penggunaan stevia yang diekstrakkan.

 

Dalam tahun 2016, pihak Kastam Amerika Syarikat pernah merampas produk stevia yang dikeluarkan dari China, bukan kerana ia tidak selamat tetapi kerana pengeluar produk itu menggunakan kanak-kanak sebagai buruh yang dibayar gaji murah.

 

Oleh itu bagi menjawab soalan ini saya percaya dan yakin penggunaan stevia secara amnya selamat dan bermanfaat. Cari syarikat pengeluar yang dipercayai. Gunakan stevia dalam dos yang dibenarkan.

 

  1. PERLUKAH STEVIA DIAMBIL SEUMUR HIDUP BAGI MENGGANTIKAN GULA?

Penggunaan stevia (terutaanya yang telah diekstrakkan) adalah selamat dan sangat bermanfaat jika diambil dengan cara yang betul.

 

Pada tahun 2011 satu kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa penggunaan stevia bagi menggantikan gulasangat bermanfaat pada pesakit diabetes dan  kanak-kanak atau orang dewasa yang obes. Ia juga sesuai bagi mereka yang mahu mengekalkan berat badan.

Rujuk:  Goyal, S. K.; Samsher; Goyal, R. K. (February 2010). “Stevia (Stevia rebaudiana) a bio-sweetener: a review”. Int J Food Sci Nutr. 61 (1): 1–10.

 

Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2010 mendapati tiada kesan berbahaya yang didapati dalam penggunaan daun stevia atau produk stevia yang telah diekstrakkan.

Rujukan: Ulbricht, C.; Isaac, R.; Milkin, T.; Poole, E. A.; Rusie, E.; et al. (April 2010). “An evidence-based systematic review of stevia by the Natural Standard Research Collaboration. Cardiovasc Hematol Agents Med Chem. 8 (2): 113–27.

 

Cuma yang menjadi persoalannya bagaimana menggunakan stevia (sama ada daun atau produk ekstrakan) dalam cara yang betul dan selamat?

 

Pertama kita harus tahu, dos yang dibenarkan. Pada tahun 2010, European Food Safety Authority dan WHO’s Joint Experts Committee on Food Additives telah menerbitkan satu warta bahawa dos yang dibenarkan adalah 4 mg/kg/hari steviol, (dalam bentuk steviol glycosides, iatu daun stevia yang telah diekstrakkan).

 

Commission Regulation (EU) No 1131/2011” (PDF). Official Journal of the European Union: 205. 11 November 2011. Retrieved 15 November 2011. Maknanya jika seorang mempunyai berat 80kg, dos yang dibenarkan ialah 320mg dalam sehari.

 

Kedua, cara penggunaannya. Stevia adalah bahan pengganti gula. Jadi cara yang terbaik ialah dengan meninggalkan gula pasir (sucrose) yang mempunyai banyak kandungan kalori dan mempunyai indek glisemik yang tinggi dan menggantikan dengan sepenuhnya dengan stevia yang tiada kandungan kalori.

 

Ini bermakna untuk mendapat kesan yang signifikan dan jelas, seseorang pesakit diabetis dan individu obes itu harus meninggalkan terus penggunaan sebarang gula pasir. Paling bagus tidak menggunakan langsung sebarang pemanis. Jika tidak mampu, gunakan produk stevia bagi untuk mendapatkan rasa manis.

 

Jika produk stevia ini digunakan berselang seli dengan gula pasir, ia tidak memberikan kesan yang jelas. Jadi kena berhentikan terus pengambilan gula pasir dalam makanan dan minuman. Ambil stevia sebagai ganti.

 

Ketiga, adakah penggunaan stevia ini harus digunakan seumur hidup? Sebenarnya apa yang kita mahukan ialah pengambilan makanan dan minuman yang rendah kalori. Ini bertujuan untuk mendapatkan kawalan gula yang baik dan mengurangkan peningkatan berat badan secara berlebihan.

 

Cara terbaik minum the atau kopi tanpa gula, seperti mana yang dilakukan oleh datuk nenek kita dulu bagi mendapatkan manfaat minuman ini. Gula pasir hanya diperkenalkan di nusantara ini apabila kedatangan penjajah. Mereka memperkenalkan gula pasir. Sebelum ini kita hanya menggunakan madu dan gula kelapa (palm sugar sama ada gula kabong, gula nipah atau gula kelapa). Madu dan gula kelapa mempunyai tahap glisemik yang rendah-sederhana dan kandungan kalori juga tidak sebanyak gula pasir.

 

Namun kita tidak mampu meminum kopi dan teh tanpa gula, kerana kita sudah terbiasa dengan budaya makanan dan minuman yang manis. Jadi kita sentiasa mahukan rasa manis dalam hidangan kita.

 

Menggantikan gula pasir dengan produk stevia adalah sesuatu yang baik dan memberikan manfaat. Namun harga produk ini agak mahal berbanding dengan gula pasir. Jadi agak mustahil kita dapat menggantikan penggunaan gula pasir dengan produk stevia untuk penggunaan sepanjang hayat..

 

Saya mencadangkan agar penggunaan produk stevia selama 4-6 bulan, bagi melatih lidah kita agar di akhirnya kita tidak lagi berkehendakkan rasa manis. Pengalaman saya sendiri menggunakan produk stevia selama 4 bulan akhirnya dapat meninggalkan tabiat berkehendakkan rasa manis dalam makanan dan minuman.

 

Kini saya boleh minum teh dan kopi tanpa gula. Sesekali bagi mengurangkan rasa pahit, saya mencampurkan dengan produk stevia. Kita kembali kepada pengambilan teh dan kopi atau apa saja minuman, tanpa gula.

 

Tujuan kita meninggalkan pengambilan gula dan mengambil stevia adalah untuk melatih lidah kita. Oleh kerana kita sudah biasa dengan pengambilan gula pasir dan biasa dengan makanan dan minuman yang manis, sudah tentu kita agak sukar dan mengambil masa untuk lidah kita untuk menolak rasa manis.

 

Insya Allah dengan azam yang kuat dan usaha yang istiqamah, kita mampu menolak penggunaan gula dan kembali kepada cara pemakanan kita yang sederhana.

 

Wallahu a’lam.

 

Semoga bermanfaat. Terima kasih

Boleh dapatkan stevia daun manis dari kami.

Lawati facebook kami dengan klik

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: