Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Sakit pinggang selepas bius spinal anesthesia

Sakit pinggang selepas bius spinal anesthesia

 

backache 2

 

“Salam doktor. Saya melahirkan nak pada awal Februari lalu secara pembedahan Ceserean kerana extended breech presentation. Saya telah dibius secara spinal. Masalah saya adalah sehingga kini saya masih alami sakit belakang yang agak teruk. Ia menggangu tidur dan saya terpaksa meminta bantuan suami untuk duduk dari posisi baring. Ia berlaku sesekali. Saya harap dapat penjelasan doktor doctor. Terima kasih”

 

Ramai wanita yang telah melahirkan anak secara ceserean dan diberikan bius spinal, mengadu mengalami masalah yang sama seperti yang dicerita oleh wanita di atas.

 

Terasa sakit menyucuk-cucuk pada tempat yang disuntik dengan jarum bius spinal, hingga kadang kala rasa sakit merebak ke bahagian punggung dan kaki.

 

Mengapakah keadaan ini berlaku, sedangkan kebanyakan wanita lain tidak mengalami sakit belakang selepas pembedahan?

 

Rasa sakit di bahagian belakang (di sebelah bawah tulang belakang) selepas disebut sebagai Postoperative Back Pain. Kesakitan disebabkan oleh jarum bius spinal ini berlaku pada tempat yang dicucuk saja.

 

Sementara keadaan lain pula, terdapat wanita yang mengadu rasa sakit pada pada kaki dan peha selepas pulih sepenuhnya dari keadaan bius.

 

Ini bermakna selepas saja kaki dan peha hilang dari rasa kebas, pesakit merasa rasa sakit bermula dari belakang dan merebak hingga ke bahagian kaki dan peha.

 

Keadaan ini dinamakan ‘Transient Neurological Symptoms, TNS’ di mana berlakunya kerosakan saraf yang sementara akibat reaksi saraf terhadap penggunaan bahan bius lignocaine.

 

Ia lebih kerap berlaku jika bahan bius menggunakan lidocaine berbanding dengan bupivacaine, prilocaine, atau procaine.

(rujuk: Zaric D, Pace NL. Transient neurologic symptoms (TNS) following spinal anaesthesia with lidocaine versus other local anaesthetics. Anesth Analg 2005;100:1811–16)

 

Bahan ini yang memberikan rasa kebas pada pesakit untuk menjalankan pembedahan dengan lancar tanpa sebarang rasa sakit, tetapi sesetengah wanita bahan bius inilah yang memberikan kesan sampingan dan menyebabkan kerosakan saraf dan menyebabkan mereka merasa sakit.

 

Tetapi adakah semua sakit belakang selepas pembedahan disebabkan oleh suntikan bius spinal?

 

Sebenarnya kebarangkalian untuk seorang pesakit yang dibedah untuk  mendapat sakit belakang adalah tinggi, walaupun tidak menggunakan bius spinal.

 

Dianggarkan sebanyak 46% dari pesakit yang menjalani pembedahan akan merasa sakit belakang walaupun hanya diberikan bius tidur (general anaesthesia) dan tidak disuntik untuk bius spinal.

(rujuk: Hickmott KC, Healy TEJ, Roberts SP, Faraghart. Back pain following general anaesthesia and surgery: Evaluation of risk factors and the effect of an inflatable lumbar support. Br Journ Surgery 1990:77;571-575)

 

Ini bermakna tidak semua sakit belakang disebabkan oleh kesan dari jarum suntikan bius.

 

Kesakitan ini bergantung kepada banyak perkara, seperti jenis dan tempuh pembedahan, tempoh tidak bergerak selepas pembedahan, dan posisi pesakit semasa diberikan suntikan bius spinal.

 

(rujuk: Cook T. M., Counsell D., Wildsmith3 J. A. W. Major complications of central neuraxial block: report on the Third National Audit Project of the Royal College of Anaesthetists. British Journal of Anaesthesia 2009;102(2):179–90).

 

Selain itu, bergantung sama ada pesakit itu pernah mengalami sakit belakang atau pernah mengalami kecederaan tulang belakang sebelum pembedahan dilakukan.

 

Jadi sukar juga saya menjawab soalan di atas tanpa melakukan pemeriksaan. Ramai pesakit yang mengaitkan bius spinal dengan sakit pinggang walaupun seperti yang saya beritahu bahawa setiap pembedahan besar boleh menyebabkan sakit belakang walaupun tulang belakang mereka tidak disuntik dengan jarum.

(rujuk: Butler R, Fuller J. Back pain following epidural anaesthesia in labour. Can J Anaesthesia 1998;45:724-8)

 

Jadi cara untuk menentukan sama ada sakit belakang ini disebabkan oleh suntikan bisu spinal atau hanya akibat berbaring lama ketika pembedahan, ialah dengan pemeriksaan semula oleh doctor.

 

Sakit belakang yang berpanjangan melebihi 7 hari adalah tidak lagi normal. Pesakit boleh menunggu sehingga 3 bulan sebelum satu tindakan susulan yang drastic perlu diambil.

 

Bagi mengurangkan rasa sakit belakang, selain dari pengambilan pil ubat penahan sakit, pesakit juga boleh mengambil suplemen seperti Q10 untuk memperbaiki saraf yang cedera.

 

https://www.facebook.com/c0Q10

 

 

(wanita yang baru melahirkan anak secara normal dan mengalami sakit belakang boleh membaca satu artikel “Kecederaan saraf  selepas melahirkan anak menyebabkan kaki tidak boleh memijak ke lantai”

http://drzubaidi.com/blog/?p=3035)

Bacaan lain:

Mohammad Kashif Rafique, Arshad Taqi. “The causes, prevention and management of post spinal backache: an overview” Anaesth Pain & Intensive Care 2011; 15(1):65-69.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: