Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Sakit bawah perut akibat masalah round ligamen menegang

Sakit bawah perut akibat masalah round ligamen menegang

SAKIT BAWAH PERUT AKIBAT MASALAH ROUND LIGAMEN MENEGANG

round ligamen 2

“Salam doktor, saya berumur 16 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami rasa sakit di bahagian abdomen, terutama selepas bangun pagi. Kadang kala sakit ini berlaku ketika saya ketawa, berlari dan berjalan. Adakah itu yang disebut sebagai ‘round ligament pain’? Mohon doctor memberikan penjelasan. Terima kasih”.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Dalam tubuh wanita, terdapat satu struktur ligament yang kuat dinamakan “round ligament of the uterus”yang terletak dalam abdomen.

round ligamen

Ligamen ini berbentuk leper dan mengikat sudut antara rahem dan saluran fallopian dengan  seterusnya memasuki satu saluran dinamakan  “inguinal canal” yang terletak dicelah peha  dan tertambat pada bibir faraj (labia majora).  Ligamen ini akan memastikan rahem kekal pada kedudukannya.

 

Ligamen ini berada di kanan dan kiri rahem, panjangnya natara 10-12 cm. Di dalam saluran fallopian ini mengandungi fibrous tisu, saraf, saluran darah dan limfatik.

 

Selalunya kesakitan yang berasal dari ‘round ligamen’ bermula pada bahagian pelvis apabila  ligament ini mengalami renggangan atau kecutan sehingga menyebabkan ligemen ini mengalami tekanan.

 

Sebagai contohnya apabila seorang wanita yang hamil mengalami pembesaran saiz rahem, akan menegangkan ligament ini dan menyebabkan rasa tidak selesa atau rasa sakit.

 

Begitu juga jika struktur di sekeliling ligament ini mengalami jangkitan kuman atau keradangan,  ia akan memberikan tekanan pada ligament ini dan menyebabkan rasa sakit.

 

Rasa sakit akibat regangan atau kecutan ‘round ligament’ini biasanya dirasai seperti saya yang ditarik atau rasa senak.  Selalunya ia tidak lama, dan akan perlahan-lahan hilang apabila berehat. Rasa sakit ini berlaku apabila seorang wanita itu menjalani pergerakan yang banyak.

 

Selain rasa sakit, wanita itu mengalami rasa demam dan mengigil, pening dan pitam, rasa loya dan muntah, rasa sukar bernafasa dan menyebabkan bernafas laju.

 

Bagi wanita muda yang belum pernah hamil, stuktur  ‘round ligamen’ ini sangat mudah lentur dan menyerap sebarang tekanan. Oleh itu jarang berlaku.

 

Namun begitu rasa sakit ini mungkin berlaku di kalangan wanita mudah atau wanita yang belum berkahwin apabila terdapat  masalah pada stuktur di sekeliling ‘round ligamen’ ini.

 

Antaranya disebabkan oleh masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS), endometriosis, lekatan pada struktur dalam pelvis (pelvic adhesions), appendicitis, ketumbuhan dalam pelvis, atau mungkin setakat masalah sembelit sehingga menyebabkan rajis berkumpul terlalu banyak dan memberikan tekanan pada rahem.

 

RAWATAN

Rasa sakit akibat masalah pada ‘round ligamen’ ini tidak perlu memerlukan apa-apa ubat. Cukup sekadar berehat dan menuam abdomen dengan air suam. Jika tidak tahan sakit, mungkin perlukan ubat penahan sakit, namun saya tidak menggalak pengambilannya kecuali jika terlalu sakit. Ambillah penahan sakit yang tidak terlalu kuat. Mengambil ubat paracetamol sudah untuk mengurangkan rasa sakit.

 

Namun jika mengalami rasa sakit yang keterlaluan sehingga menyebabkan pening, pitam, pendarahan pada faraj  dan demam, pemeriksaan lanjut harus dilakukan.

 

Berkemungkinan rasa sakit itu bukan disebabkan oleh regangan atau kecutan pada ‘round legamen’tetapi masalah yang lebih teruk, seperti yang saya sebutkan tadi.

 

Untuk keseimbangan hormon, saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM. Info lanjut di  https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: