Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?

Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?

GM

 

 

“Assalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca  blog doctor dan saya rasa kenaikan berat 2 kg/sebulan adalah normal. Ketinggian saya 163 cm, dan BMI saya ideal. Adakah saya perlu melakukan MGTT?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya mendapati BMI puan adalah ideal dan kenaikan 2 kg ketika berada trimester kedua adalah normal.

 

Jika puan tiada masalah lain, puan tidak perlu melakukan ujian MGTT.

 

MGTT hanya dilakukan untuk wanita yang berisiko tinggi, antaranya:

 

1. wanita yang obese (BMI lebih dari 30)

 

2. wanita yang pernah hamil anak yang besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg ketika dilahirkan)

 

3. wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.

 

4. wanita yang mempunyai ibubapa atau saudara terdekat (adik beradik) yang mengalami diabetes mellitus.

 

Puan boleh berbincang dengan doctor yang merawat puan.

 

Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan paras gula ketika puasa dahulu, sebelum puan menjalani pemeriksaan MGTT.

 

Jika bacaannya tinggi, puan boleh meneruskan menjalani pemeriksaan MGGT.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!