Nasib Pelajar Jururawat Kolej Swasta

1000am 150310 Semasa berjumpa dengan teman-teman yang mempunyai anak gadis, saya menerima banyak rungutan dari mereka (ibubapa) tentang anak-anak perempuan mereka yang telah tamat mengikuti nursing course dari Kolej Swasta, masih lagi menganggur tanpa pekerjaan.

Mungkin ada di antara mereka yang bernasib baik dapat bekerja di klinik swasta, namun tangga gaji ditawarkan hanya RM450, iaitu gaji bagi lulusan SPM bukan tangga gaji bagi lulusan diploma nursing.

Ibubapa menjadi tidak puas hati kerana ketika ditawarkan kursus oleh kolej jururawat swasta ini (bukan pelajar yg memohon), mereka dijanjikan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Kononnya Hospital Kerajaan akan mengambil mereka sbg Staff Nurse (Jururawat Terlatih), namun itu semua hanyalah suatu janji manis. Ramai yang masih menganggur walaupun telah lama tamat pengajian.

Semasa di tahun akhir pengajian, mereka hanya dibenarkan membuat praktikal di hospital kerajaan. Setelah tamat pengajian pihak kolej kejururawatan swasta ini langsung tidak memperdulikan mereka.

Pinjaman pelajaran pula mencecah RM70K, termasuk caj perkhidmatan. Soalnya bagaimana pelajar-pelajar ini mahu melunaskan hutang mereka?

Jika tidak mendapat pinjaman pelajaran, ada ibubapa yg menjual tanah dan barang kemas semata-mata kerana ingin anak mereka menjadi seorang jururawat terlatih, mendapat pekerja di mana-mana hospital dan mampu membayar balik pinjaman atau menebus tanah atau barang kemas yang digadaikan.

Pekerjaan sebagai jururawat profesi sokongan di mana mereka hanya dibenarkan membantu doktor di wad. Maka pekerjaan mereka seharusnya di hospital (hospital-based).

Secara logiknya jika Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Msia telah menyediakan kolej kejururawatannya sendiri, sudah tentu graduan-graduan kolej kejururawatan swasta tidak mendapat tempat untuk bekerja. Maka di mana kebenaran dakwaan pihak pengurusan kolej itu yang mengatakan bahawa mereka akan diberikan pekerjaan di hospital kerajaan?

Jika tiada tempat atau jawatan kosong, jangan berjanji kepada pelajar lepasan SPM itu, kerana mereka akan meminjam sejumlah wang yang besar untuk belajar atau menggadaikan tanah dan barang kemas, hanya untuk mengejar fantasi menjadi jururawat dan bekerja di hospital.

 “Sblm masuk belajar, janji boleh bekerja sbg nurse di hospital kerajaan, bila dah lulus, bukannya nak tanya khabar dah dapat pekerjaan, tapi dibiarkan saja..” keluh seorang bapa kpd saya.

2 comments

  1. Salam 1 malaysia.
    Sememangnya benar tentang isu semasa ini. Saya juga merupakan graduate RSN July 2011 daripada kolej swasta di selangor. Terlalu banyak persaingan di kalangan ‘kami’.
    Pekerjaan untuk kami menjadi amat terhad. Kebanyakan hospital amat mementingkan pengalaman dalam pengambilan staff nurse. Jika kesemua hospital atau pun pusat perawatan ini berterusan dengan pengambilan staff yang berpengalaman, bagaimana kami, sebagai orang baru dalam bidang ini ingin menjana pengalaman bekerja? Kami tidak diberi peluang. Memang betul ada hospital atau pusat perawatan yang sanggup mengambil ‘fresh graduate’ dan memberi latihan pekerjaan, tetapi peluang untuk kami amat terhad. Tidakkah mereka fikir, jika bukan kami, generasi baru yang menyambung tugasan mereka, siapa lagi. Pada saya, pihak tertentu haruslah membuka mata dengan isu semasa ini kerana terlalu ramai graduate RSN yang menganggur. Perkara ini sedikit sebanyak telah memburukkan imej pekerjaan sebagai Jururawat.

  2. Assalammualaikum..
    Apa yg d nyatakan di atas ada betul nya..
    Jika hospital mgmbil stffnurse yg bpengalaman bagaimana kami yg baru ni..
    Yg baru graduated…

Leave a Reply to ZaraaliaCancel reply

error: Content is protected !!